Grab the widget 

Saturday, April 9, 2011

Kelantan Mengamuk,T-team Tunjuk Taring

Pasukan kelantan berpesta gol di stadium Sultan Muhamad keempat stelah menewaskan Felda United 6 gol tanpa balas sekaligus berjaya merampas takhta liga daripada Selangor Setelah Perak kecundang 1-2 kepada Sabah.

Keputusan jurulatih The Red Warriors yang merehatkan kapten Kelantan,Piya ternyata berbuah hasil hasil apabila meletakkan Danial Fazly bergandingan dengan Shakir Shaari dibahagian tengah berjaya menggerakkan jentera serangan untuk menghasilkan peluang gol.


Hasilnya Pasukan Kelantan menjadikan Felda United sebagai mangsa belasahan dengan kemenangan paling besar setakat ini 6-0.Shakir Shaari membuka jaringan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-43 disusuli jaringan Norshahrul Idlan Talaha hasil sepakan penalti dua minit sebelum berakhir babak pertama.


Pada babak separuh masa kedua pula,Kelantan mengeluarkan Norshahrul yang digantikan dengan Nizad Ayub.Nizad ternyata tidak mensia-siakan peluang yang diberi untuk beraksi apabila berjaya menyumbangkan dua gol untuk Kelantan masing-masing pada minit ke-62 & 73.


Gol kelima kelantan dihasilkan melalui sepakan percuma oleh Danial Fazly pada minit ke-84 dan pemain dari Skuad Presiden Mohd Izuan Salahuddin mencatatkan nama sebagai penjaring gol keenam untuk Kelantan pada minit-minit terkahir perlawanan.


Manakala di Stadium Shah Alam Selangor menjadi mangsa terbaru kepada T-Team selepas Kelantan dengan kekalahan 0-2 dan sekaligus Skuad Red Giants turun ketangga kedua liga. Selangor hanya sempat bertahan selama lima hari dipuncak liga dan dirampas kembali oleh Pasukan Kelantan.

Tuesday, April 5, 2011

Kelantan Diaibkan T-Team

Kelantan akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 4-3 kepada T-team dalam aksi liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah K.Trengganu sebentar tadi.Kekalahan ini juga merupakan kekalahan kedua untuk Kelantan setelah mengharungi sembilan pelawanan.

Gol gol pasukan T-team dijaringkan oleh dua bekas pemain Kelantan musim lalu iaitu Nor Farhan, Indraputra dan dua lagi dijaringkan oleh Zairo Anuar dan Haris Safwan.Walupun ketinggalan 0-3 pada awalnya,Pasukan Kelantan bangkit untuk mencari gol dan hasilnya Danial Fadly berjaya membuka jaringan untuk Kelantan.

Selang beberapa minit S.Chanturu menceriakan penyokong Kelantan dan sekali gus membuka peluang untuk Kelantan menyamakan kedudukan dengan gol kedua untuk pasukan Kelantan.

Keghairahan pemain Kelantan mencari gol penyamaan akhirnya menerima padah apabila pasukan T-Team sekali lagi menghukum barisan pertahanan Kelantan untuk menjarakkan kedudukan kepada 4-2.

Pada minit-minit terakhir pengadil menghadiahkan penalti kepada pasukan Kelantan apabila S.Chanturu dijatuhkan didalam kotak penalti dan Shakir Shaari tidak mensia siakan peluang yang kedua setelah sepakan pertama dibatalkan.

Namun kehebatan Pasukan T-Team untuk menyekat kemaraan pasukan Kelantan menyamakan kedudukan akhirnya berjaya sebaik saja wisel penamat dibunyikan.Buat pertama kali pintu gawang Kelantan dibolosi empat gol dan dengan kekalahan ini pasukan Kelantan turun ketangga ketiga dibelakang Selangor dan Perak.

Tuesday, January 25, 2011

Sathia nyala semangat Kelantan

KUTIP tiga mata Liga Super dan rampas Piala Sultan Ahmad Shah daripada Selangor!
Itu pesan jurulatih Kelantan, B Sathianathan yang kembali menerima padah hukuman penggantungan enam bulan yang tertangguh sejak Oktober lalu.

“Saya masih belum melihat surat penggantungan itu, selepas membaca sendiri surat itu baru saya akan bincangkan dengan Tan Sri (Annuar Musa) mengenai kedudukan saya sebagai jurulatih,” kata Sathianathan ketika dihubungi, semalam.

Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bersidang semalam menolak rayuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkenaan penggantungan Sathia yang sepatutnya bermula Oktober lalu, sebaliknya memilih meneruskan hukuman itu lima hari sebelum sepak mula musim baru Liga Super.

Kelantan berdepan Selangor dalam perebutan Piala Sultan Ahmad Shah 29 Januari ini, terpaksa turun tanpa kelibat bekas jurulatih kebangsaan itu, sekali gus merencatkan persiapan juara Piala Malaysia itu pada perlawanan pembuka tirai musim ini.

“Apapun keputusan FAM, saya tidak mahu skuad Kelantan lemah semangat,” kata Sathia. “Penyokong dan pemain Kelantan adalah nyawa bola sepak Malaysia, jadi saya mahu mereka meneruskan aksi dengan cemerlang dan menang perlawanan ini walaupun tanpa kehadiran saya.

“Mengenai keputusan FAM, jika benar saya digantung sehingga Julai depan, saya tidak mahu komen apa-apa. Cuma saya rasa untuk mencari jurulatih baru dalam tempoh singkat ini memang sesuatu yang sukar.”

Oktober lalu, Sathia dikenakan tindakan gantung enam bulan kerana mengkritik jadual perlawanan FAM musim lalu. Namun penggantungan itu ditangguh bagi memberi laluan kepadanya menerajui Kelantan pada aksi final Piala Malaysia.

Jawatankuasa Rayuan turut mengekalkan penggantungan enam bulan ke atas bekas pengendali T-Team, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Noor yang berakhir 21 April depan - juga kerana mengkritik badan induk itu.

Sumber : Kosmo

FAM tetap hukum Sathia

DENDA sudah pun dibayar, rayuan juga sudah dibuat, namun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampak masih “terasa” dengan kritikan pedas dilontarkan oleh B Sathianathan, tahun lalu.

Semalam, Jawatankuasa Rayuan badan induk berkenaan mengekalkan hukuman gantung enam bulan ke atas jurulatih Kelantan yang harus menerbitkan segala rasa gelisah kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyahut cabaran musim Liga Malaysia tanpa seorang pengendali pada saat getir ini.

Sathia terpaksa ‘menyepi’ sehingga 23 Julai ini selepas hukuman itu berkuatkuasa, semalam. Juara baru Piala Malaysia itu menentang Selangor dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

“Saya serahkan kepada Tan Sri (Annuar Musa) untuk memutuskan kedudukan saya sebagai jurulatih,” kata Sathia yang sehingga kini masih menganggap dirinya sebagai jurulatih Kelantan selagi tidak diputuskan Presiden KAFA itu.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan itu juga tampil menafikan khabar angin yang bertiup kencang, semalam bahawa dia sudah meletak jawatan.

Sementara itu, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan menerima surat rasmi dari FAM berkenaan penggantungan itu semalam, tetapi turut menafikan khabar angin yang mengatakan Sathia meletak jawatan.

Saturday, January 22, 2011

The Red Warriors mula tunjukkan peningkatan

Pasukan Kelantan mula menunjukkan aksi positif apabila menutup tirai perlawanan siri persahabatan dengan mencatatkan kemenangan bergaya keatas Pulau Pinang 4-0.Sebelum itu Skuad kijang juga memenangi perlawanan Piala muhibah keatas Perlis 2-0.

Peningkatan mula jelas keatas barisan anak buah B.Sathianathan setakat ini setelah dibelenggu kekalahan demi kekalahan sebelum ini.Kehadiran semula Norshahrul Idlan Talaha dan juga Khairul Fahmi Che Mat kedalam kesebelasan utama dilihat dapat menyemarakkan lagi semangat dan moral pemain pemain lain.

Namun Kemenangan ini tidak boleh untuk dibanggakan kerana ini merupakan perlawanan persahabatan cuma dengan keputusan ini dapat meningkatkan lagi keyakinan para pemain untuk menghadapi Selangor minggu depan.

Bagi B.Sathianathan pula,beliau munkin berpuas hati dengan peningkatan aksi anak anak buahnya,dan beliau sudahpun membayangkan skuad yang akan dibentuk untuk menghadapi saingan liga super untuk musim ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...