Grab the widget 

Thursday, December 30, 2010

Kekalahan ketiga untuk Pasukan Kelantan

Pasukan Kelantan mengalami kekalahan ketiga berturut turut dalam siri perlawanan persahabatan di lembah kelang.Pada petang semalam skuad Kelantan tewas 0-4 kepada Felda United yang beraksi di Stadium MPPJ.

Sebelum ini pasukan Kelantan juga tewas kepada Sarawak 1-2 dan tewas pada aksi pembukaan kepada Harimau Muda 1-4.


Tahniah Harimau Malaya



Sekalung tahniah buat skuad bolasepak Malaysia yang berjaya menjulang piala AFF Suzuki buat kali pertama sekali gus menamatkan penantian selama empat belas tahun.Pada perlawanan semalam yang beraksi dihadapan hampir 95,000 penyokong fanataik Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno Indonesia.

Berbekalkan tiga gol dibawa dari Bukit Jalil ternyata memberi kedudukan selesa untuk anak anak buah K.Rajagobal memberi saingan sengit kepada pasukan Indonesia sepanjang 90 minit perlawanan.

Biarpun tewas tipis 2-1 kepada Indonesia namun Malaysia berhak juara dengan kiraan agregat 4-2.Dengan kemenangan ini Pasukan Malaysia berjaya membawa balik Piala AFF ke bumi Malaysia dan memenangi wang tunai USD 100,000.

Wednesday, December 29, 2010

Kelantan tewas aksi sulung

KELANA JAYA – Skuad Liga Super Kelantan membuka tirai siri perlawanan persahabatan di Lembah Klang dengan aksi mengecewakan setelah tewas 4-1 kepada Harimau Muda A dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, malam semalam.

Dalam perlawanan tersebut, gol tunggal Kelantan telah dijaringkan oleh Ketua Pasukan, Muhd Badhri Radzi menerusi sepakan penalti yang menyaksikan Kelantan terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah penyerang, Muhammad Khalid Jamlus diperintah keluar padang kerana menerima kad merah pada babak awal permainan.

Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan ketika dihubungi berkata, kekalahan tersebut tidak menggusarkan kerana beliau sedar misi utama Kelantan mengadakan perlawanan tersebut adalah bagi mengukur sejauh mana kemampuan para pemainnya setelah hampir sebulan menjalani latihan.

“Kekalahan ini merupakan satu keputusan yang baik. Perlawanan seperti inilah yang saya nantikan. Apabila kita bertemu dengan lawan yang kuat dalam perlawanan yang kompetitif seperti ini, kita dapat mengesan kelemahan pasukan kita dengan sendirinya.

“Kekalahan ini membuka minda pemain sebenarnya. Sudah pasti mana-mana pasukan yang bertemu dengan kita akan bermain habis-habisan kerana mereka sedar kita adalah juara Piala Malaysia musim lalu. Ada pemain yang masih dalam keadaan mendabik dada, mereka ingat kita masih bergelar juara. Pemikiran seperti ini perlu dibuang.

“Saya tidak kecewa dengan kekalahan ini. Kita kena banyak belajar dan memperbaiki kelemahan terutamanya di bahagian pertahanan yang saya lihat tidak membentuk satu kombinasi yang baik. Para pemain perlu bekerja keras mengatasi kelemahan ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Sathianathan berkata, walaupun benteng pertahanan dilihat bermasalah namun pada masa yang sama beliau berpuas hati dengan persembahan dua baru iaitu K Soley dan Mohd Nurul Azwan Roya yang menunjukkan persembahan yang baik pada perlawanan itu.

“Mereka berdua berfungsi dengan baik. Kita mempunyai banyak peluang melalui gerakan serangan yang dilakukan oleh kedua-dua pemain sayap itu namun penyudah kita kurang berkesan. Ramzul (Zahini Adenan) walaupun cemerlang dalam kejohanan Piala Emas Raja-Raja baru-baru ini tetapi masih tercari-cari rentak sebenar beliau. Kita bagi masa kepada beliau.

“Sebab itulah saya katakan saya mempunyai tiga misi utama semasa berada di sini. Pertama, saya mahu mencari perlawanan persahabatan yang berkualiti, kedua saya mahu mengenal pasti barisan pemain yang mungkin akan disenaraikan bagi menghadapi Selangor dalam perlawanan Piala Sumbangsih pada 29 Januari dan ketiga, pemain kini masih lagi dalam fasa menjalani latihan keras dan saya perlu memantau tahap kecergasan mereka selain mengenal pasti kombinasi dan persefahaman yang terbaik melalui perlawanan seperti ini,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

* Selasa 28/12/2010- Sarawak(2) vs Kelantan (1)

Monday, December 27, 2010

Ujian sebenar menanti Kelantan

KOTA BHARU - Kemenangan dalam tiga perlawanan persahabatan sebelum ini masih belum memberi kepuasan kepada pengendali, B Sathianathan biarpun skuad The Red Warriors sudah menjalani latihan hampir sebulan lalu.

Dalam perlawanan persahabatan sebelum ini, Kelantan menumpaskan pasukan pilihan Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) dengan kemenangan 8-0 dan mengalahkan pasukan pilihan Kelab-kelab dengan 3-0.

Terbaru, Kelantan sekali lagi unggul dengan kemenangan 3-0 ke atas pasukan yang beraksi dalam Liga FAM, kelab Melodi Jaya dari Johor dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Padang Penjara pada Jumaat lalu.

Gol Kelantan dijaringkan Ramzul Zahini Adenan, K Soley dan Mohd Nizab Ayub.

Sathianathan berkata, keputusan tiga perlawanan itu tidak menggembirakan beliau kerana pihak lawan disifatkan sebagai bukan lawan sebenar.

“Masih terlalu awal memperkatakan mengenai pasukan ini walau sudah terbentuk keserasian dalam kalangan pemain, namun masih banyak kerja yang perlu dilakukan dalam memperkemaskan persembahan pasukan secara keseluruhan,” katanya semalam.

Baginya, kesemua perlawanan itu adalah untuk melihat sejauh mana persefahaman terbentuk antara pemain memandangkan pasukan ini kini menggabungkan pemain lama dan baru.

“Dalam semua perlawanan persahabatan sebelum ini, saya memberi peluang kepada semua pemain turun beraksi dalam tempoh 45 minit, namun untuk empat perlawanan persahabatan akan datang, saya hanya akan menggunakan 13 atau 14 pemain beraksi dalam sepenuh masa,” katanya.

Menurutnya, empat perlawanan persahabatan yang dihadapi bermula hari ini memberi peluang kepada beliau menilai secara kolektif persembahan pasukan Kelantan secara keseluruhannya.

“Empat perlawanan ini cukup penting bagi saya untuk menilai kelemahan pasukan apabila bertemu pasukan yang kuat, sekurang-kurangnya kita mempunyai masa yang cukup untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

“Semua pemain baru yang bersama kita memang mempunyai kualiti tersendiri, tetapi yang penting saya perlu menerapkan corak permainan pasukan Kelantan kepada mereka,” katanya.

Sathianathan berkata, latihan selepas ini lebih tertumpu kepada bagaimana pemain bekerja keras tanpa bola.

"Jika mereka kehilangan bola, mereka perlu bekerja keras mendapatkannya semula," katanya.

Kelantan akan memulakan siri perlawanan persahabatan menentang skuad Harimau Muda A, pasukan bimbingan Ong Kim Swee yang mengutip pengalaman di Slovakia baru-baru ini, malam ini, sebelum menghadapi Sarawak, KL Felda United FC dan pendatang baru Liga Perdana musim depan, Sime Darby FC dalam perlawanan terakhir.

Sumber : Sinar Harian

Friday, December 24, 2010

Liga Super mula 29 Januari

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memutuskan bahawa saingan Liga Super 2011 bakal bermula 29 Januari depan manakala Liga Perdana 2011 pula bermula dua hari selepas itu.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah menemukan Selangor dan Kelantan turut akan berlangsung pada 29 Januari di Stadium Shah Alam.

"Sebelum ini, kita telah menetapkan perlawanan sumbangsih serta aksi pertama Liga Super 2011 untuk pasukan lain akan berlangsung pada 15 Januari depan.

"Namun setelah diteliti berhubung aspek teknikal dan penajaan, kita akan mulakan Liga Super 2011 pada 29 Januari depan," kata Hamidin selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.

Kosmo! difahamkan, kontrak Telekom Malaysia Berhad (TM) selaku penaja utama Liga Malaysia sejak 2004 hanya akan berakhir pada 26 Januari depan dan TM tidak berhasrat menyambung tajaan untuk musim 2011.

Justeru, FAM terpaksa mencari tarikh selepas 26 Januari depan untuk memulakan saingan musim 2011 di bawah label penaja baru.

Hamidin turut memberitahu, saingan Liga Super 2011 tidak akan dihentikan ketika skuad Harimau Muda A menentang Pakistan untuk aksi pusingan pertama kelayakan Sukan Olimpik 2012 pada 23 Februari dan 9 Mac depan.

"Saingan tidak akan dihentikan. Harimau Muda A mempunyai baki pemain lain yang boleh diturunkan untuk aksi Liga Super ketika sebahagian besar pemain mereka beraksi pada kelayakan Olimpik itu," jelas Hamidin.

Namun tindakan itu turut menjejaskan beberapa pasukan lain kerana jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee bercadang menyerapkan Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan), Faizal Abu Bakar dan Ahmad Shakir Md. Ali (Kedah) untuk dua aksi kelayakan Olimpik itu.

Sementara itu, JKPT semalam turut memutuskan saingan Piala Presiden akan bermula 10 Februari, Liga FAM bermula 13 Februari, final Piala FA pada 11 Jun, Piala Malaysia bermula 7 September dan final Piala Malaysia pada 29 Oktober.

Sumber : Kosmo

Monday, December 13, 2010

Kegemilangan bola sepak Kelantan

PEMAIN skuad Kelantan meraikan kejayaan mereka muncul juara Puncak Piala Emas Raja-Raja edisi ke-70.

PERSATUAN Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) berpuas hati dengan penganjuran edisi ke-70 saingan Puncak Piala Emas Raja-Raja dan berharap kejohanan tahun depan dapat dianjurkan pada skala lebih besar selain terus menjadi medan penting mencungkil bakat baru.

Presiden PBSMM, Datuk Takiyuddin Hassan berharap kejohanan Piala Emas Raja-Raja dapat dijadikan pentas buat pasukan-pasukan mengenal pasti, mencungkil dan mengasah bakat pemain-pemain yang berpotensi untuk diketengahkan dalam skuad utama Liga Perdana atau Liga Super.

“Matlamat kami ialah menjadikan kejohanan ini sebagai medan bagi pasukan-pasukan mengetengahkan bakat pemain ke saingan liga lebih tinggi,” katanya.

Menurut Takiyuddin, sebagai antara kejohanan tertua di negara ini, Piala Emas Raja-Raja boleh memainkan peranan signifikan dalam membantu usaha pembangunan bola sepak tanah air terutamanya penyaluran barisan pemain pelapis.

Menerusi siaran langsung di Astro Arena (Saluran 801) dan sokongan padu media cetak dan elektronik tahun ini, pertandingan itu dapat diikuti dengan lebih dekat, sekali gus memberi pendedahan dan meningkatkan profil pemain dan pasukan.

“Peranan media amat penting, terutama bagi kejohanan seperti Piala Emas Raja-Raja yang selama ini dianjurkan dengan bajet yang amat terhad,” katanya sambil berterima kasih kepada Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. yang merupakan penaja utama kejohanan.

Buat tahun kedua berturut-turut, Puncak Niaga muncul sebagai penaja utama dengan jumlah tajaan RM200,000 untuk edisi tahun ini.

Pengurusan PBSMM juga berharap dapat melakukan penambahbaikan bagi memastikan kualiti pertandingan terus meningkat dan dapat menarik pembabitan lebih banyak penaja.

Tahun ini, pendaftaran lima pemain dari Liga Super dibenarkan dengan tujuan merancakkan saingan dan memberi peluang kepada pasukan memperkuatkan barisan mereka.

Masalah jadual juga bakal diperhalusi terutama apabila mengambil kira pertandingan di akhir tahun yang sering dibelenggu masalah hujan dan musim tengkujuh.

Menurut Takiyuddin, PBSMM mempunyai beberapa perancangan masa depan termasuk membentuk sebuah pasukan untuk bersaing dalam Liga FAM dan liga-liga yang lebih tinggi.

“Ini tentunya memerlukan kos yang amat tinggi, harapan kami ia menjadi realiti pada tahun 2012. Pada masa ini, kami merancang untuk menjana dana menerusi aktiviti amal,” katanya.

Saingan tahun ini bermula sejak 5 November lepas tanpa menggunakan sistem zon seperti lazimnya. Sebaliknya 16 pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan tanpa mengira zon.

Empat venue dipilih bagi perlawanan peringkat kumpulan iaitu Stadium Utama Negeri Kangar, Stadium Perak di Ipoh, Stadium UiTM di Shah Alam dan Stadium Sultan Muhammed ke-IV di Kota Bharu.

Dalam pada itu, penganjuran perlawanan akhir di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di Kota Bharu semalam berjalan lancar tanpa sebarang insiden buruk seperti edisi tahun lepas.

Kelantan melengkapkan kejayaan tahun ini dengan mengetepikan Kedah pada perlawanan akhir menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0.

Ia merupakan kejayaan berganda buat Kelantan yang sebelum ini berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke Kota Bharu.

Kelantan menundukkan Kedah 4- 3 menerusi penentuan penalti, sekali gus memberikan hadiah berganda buat 10,000 ribu penyokong Red Warriors yang hadir memberi sokongan padu di Stadium Sultan Mouhammed ke-IV Kota Bharu itu.

Dengan kemenangan itu, Kelantan meraih hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 dan piala manakala Rosairil Asrol Mat Nor dipilih sebagai Pemain Terbaik kejohanan.

Sumber : Kosmo

Thursday, December 9, 2010

Padah tak balas notis

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my

DARI KIRI:NOR FARHAN, AZIZI, INDRA PUTRA

TIGA bekas pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat Rose berdepan kemungkinan digantung satu musim andai mereka didapati bersalah melanggar kontrak bersama pasukan lama mereka, Kelantan.

Indra, Farhan dan Azizi dikatakan telah menyertai pasukan T-Team untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2011 dan mereka dikatakan sudah turun menjalani latihan di Kuala Terengganu pada minggu ini.

Mereka didakwa tidak membalas notis tawaran lanjutan kontrak yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang membawa maksud pemain-pemain tersebut telah bersetuju untuk bersama Kelantan bagi musim 2011.

Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pemain yang melanggar syarat tersebut boleh dikenakan hukuman penggantungan selama semusim.

“Notis tersebut dikeluarkan pasukan dalam tempoh tiga bulan sebelum kontrak tamat. Jika pemain mendapat tawaran pasukan lain untuk musim berikutnya, mereka perlu membalas notis itu dalam tempoh 14 hari.

“Namun jika pemain tidak balas langsung notis tersebut, maka secara automatik mereka dianggap bersetuju menyambung kontrak dan perjanjian bersama pasukan itu akan terus berkuat kuasa untuk musim berikutnya.

“Tetapi jika pemain tidak menerima notis lanjutan kontrak itu dalam tempoh tiga bulan terakhir sebelum kontrak tamat, barulah dia bebas untuk berpindah ke pasukan lain,” jelas Takiyuddin pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Take a quiz & stand a chance to win Transitions lenses!

Namun Kosmo! difahamkan, dua lagi bekas pemain Kelantan yang berhijrah ke pasukan baru iaitu Akmal Rizal Rakhli (Perak) dan Hairuddin Omar (Negeri Sembilan) tidak berdepan masalah kerana mereka tidak menerima notis tawaran lanjutan kontrak daripada KAFA.

Takiyuddin memberitahu, setakat ini jawatankuasa FAM itu masih belum menerima sebarang aduan atau bantahan daripada mana-mana persatuan negeri dan kelab termasuk KAFA.

“FAM belum menerima apa-apa bantahan. Tetapi kita tidak tahu jika ada persatuan yang akan mengemukakan bantahan ini selepas tarikh akhir pendaftaran pemain musim 2011 iaitu pada 15 Disember ini.

“Jika selepas tarikh tersebut pemain yang sudah menandatangani kontrak bersama pasukan baru dan mahu berpatah balik kepada pasukan lama kerana mereka melanggar syarat tersebut, ia sudah terlambat.

“Ini merupakan peringatan penting buat semua pemain supaya bertindak mengikut peruntukan dalam kontrak sebelum mereka membuat apa-apa keputusan,” tegasnya.

Sumber: Kosmo

Wednesday, November 3, 2010

2010 tahun kegemilangan pasukan Kelantan

Pemenang Anugerah

Setelah berjaya mencipta sejarah dengan merangkul Piala Malaysia buat julung kalinya minggu lepas,kini Pasukan Kelantan boleh berbangga lagi dengan kejayaan tiga wakil daripada pasukan Kelantan yang berjaya memenangi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2010 yang berlangsung semalam.

Penyerang berbisa kebangsaan Norsharul Idlan Talaha memenangi anugerah penyerang terbaik dan juga pemain paling berharga.Beliau berjaya membawa balik dua trofi dan wang tunai sebanyak RM3500.

Manakala Khairul Fahmi Che Mat pula dinobatkan pejaga gol terbaik mengetepikan empat pencabar yang lain termasuk penjaga gol utama kebangsaan Sharbinee Alawi.Selain itu juga Khairul Fahmi menggondol anugerah pemain muda terbaik.

B.Satianthan pula berjaya memenangi anugerah jurulatih terbaik,walaupun beliau dihukum penggantungan selama enam bulan,beliau sememangya layak dipilih sebagai jurulatih terbaik untuk tahun 2010.

Foto(berita harian)

Norshahrul terbaik

PARA pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM2010 bergambar dengan Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa (lima dari kanan) dan Pengarah Urusan F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd,, James Teo (enam dari kanan) pada majlis anugerah tersebut di Holtel Hilton, Petaling Jaya semalam.

PENYERANG Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM 2010 yang berlangsung di Hotel Hilton, Petaling Jaya tengah hari semalam.

Selain itu, Norshahrul yang juga penyerang kebangsaan merangkul satu lagi anugerah iaitu Penyerang Terbaik, menewaskan calon-calon lain terdiri daripada Safee Sali, Ashaari Shamsuddin, Azlan Ismail dan Zamri Hassan.

Rakan sepasukan Norshahrul dalam skuad kebangsaan dan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat turut merangkul dua anugerah iaitu Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Muda Terbaik.

Dua lagi tonggak skuad kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak dari Negeri Sembilan dipilih sebagai Pemain Pertahanan Terbaik manakala Baddrol Bakhtiar dari Kedah menerima anugerah Pemain Tengah Terbaik.

Bekas jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan pula dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik setelah berjaya membawa Kelantan muncul juara Piala Malaysia buat kali pertama musim ini.

Tiga anugerah lain menyaksikan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dipilih sebagai Persatuan Bola Sepak (FA) Negeri Terbaik, Johor FC sebagai Kelab Bola Sepak (FC) Terbaik dan Kedah sebagai Kelab Penyokong Terbaik.

Norshahrul, 24, yang berasal dari Besut, Terengganu, menganggap anugerah tertinggi yang diperolehnya itu adalah hasil penat lelah dan perjuangannya sepanjang musim ini.

“Pengorbanan saya berbaloi. Anugerah ini adalah untuk isteri saya dan semua jurulatih yang pernah membimbing saya selama ini. Ia pasti membakar semangat saya untuk terus beraksi cemerlang pada Sukan Asia nanti.

“Tentang haluan musim depan, besar kemungkinan saya akan terus kekal bersama Kelantan biarpun ada menerima tawaran daripada Selangor, Negeri Sembilan dan Perak,” katanya ketika ditemui Kosmo! selepas majlis tersebut semalam.

Selain trofi, Norshahrul turut menerima wang tunai RM3,000 untuk anugerah MVP.

Pemenang untuk anugerah lain masing-masingnya menerima wang tunai RM500 setiap seorang. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dan Pengarah Urusan F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., James Teo.

Sumber: Kosmo

Tuesday, November 2, 2010

PIALA MALAYSIA 'DICABUL'


CALON PILIHANRAYA KECIL GALAS MEMPERAGAKAN LOGO BARU BERBENTUK PIALA MALAYSIA DALAM USAHA MERAIH SOKONGAN MAUT DARIPADA PEMINAT-PEMINAT BOLASEPAK TEMPATAN BAGI MEMBERI UNDI MUDAH KEPADANYA DALAM PILIHANRAYA YANG BAKAL BERLANGSUNG BEBERAPA HARI SAJA LAGI.

TINDAKAN TERDESAK ITU DI AMBIL KERANA LOGO KATI/DACING SEDIA ADA KURANG MENYENGAT DI KALANGAN PEMINAT BOLASEPAK DI SELURUH NEGARA.

SEDIKIT MASA LAGI MUNGKIN LOGO MANCHESTER UNITED ATAUPUN CHELSEA AKAN DIGUNAKAN BAGI MENGGANTIKAN LOGO KATI ATAUPUN DACING YANG SEMAKIN KURANG TARIKANNYA.

SEMUANYA AKAN DIUMNGOKKAN SESUAI DENGAN TUNTUTAN SEMASA DAN PEMINAT BOLASEPAK TEMPATAN PERLULAH AKUR DENGAN PERKEMBANGAN YANG BERLAKU INI.

UNDILAH PIALA MALAYSIA!!!
Sumber asal :disini

Sambut meriah

Oleh Adnan Mohamad

PENANTIAN 89 tahun rakyat Kelantan yang mengharapkan Piala Malaysia dibawa pulang ke negeri Cik Siti Wan Kembang berakhir semalam apabila piala berprestij itu diarak menyusuri jalan-jalan utama di Kota Bharu.

Kepulangan pemain The Red Warriors disambut meriah apabila hampir 3,000 penyokong Kelantan berkumpul di Kelantan Trade Centre (KTC) seawal jam 5 petang semata-mata bagi memberikan ucapan tahniah kepada pemain yang bertanggungjawab merealisasikan impian rakyat Kelantan.

Kemuncak majlis sambutan berkenaan gegak gempita apabila piala yang julung-julung kalinya tiba di Kelantan itu diperlihatkan kepada penyokong oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa dan kapten Kelantan, Indraputra Mahayuddin.

Difahamkan, skuad Kelantan yang membawa pulang piala terbabit dirai di sepanjang perjalanan ke Kota Bharu termasuk di Gua Musang serta Kok Lanas sebelum menyusur masuk ke Kota Bharu sambil diiringi kumpulan motosikal berkuasa tinggi dan ratusan penyokong.

Kumpulan penyokong hadir di KTC, kira-kira 100 meter dari Stadium Sultan Mohd IV dilihat tidak berganjak biarpun ketibaan rombongan membawa piala turut disertai hujan renyai-renyai.

Annuar dalam ucapan penuh emosi di hadapan ribuan penyokong setia Kelantan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang tidak pernah putus-putus menyatakan kesetiaan kepada pasukan meskipun dilanda pelbagai masalah.

eliau menegaskan, meskipun skuad Kelantan menghadapi laluan sukar dalam perjuangan membawa pulang Piala Malayisa namun dengan berkat sokongan peminat serta karisma jurulatih, B Satianathan, impian seluruh rakyat Kelantan akhirnya terlaksana dengan begitu cemerlang.

“Kini Kelantan mampu berdiri sama tinggi dengan pasukan dianggap kuat dan terbukti terbaik antara yang terbaik.

Beliau menegaskan, meskipun skuad Kelantan menghadapi laluan sukar dalam perjuangan membawa pulang Piala Malayisa namun dengan berkat sokongan peminat serta karisma jurulatih, B Satianathan, impian seluruh rakyat Kelantan akhirnya terlaksana dengan begitu cemerlang.

“Kini Kelantan mampu berdiri sama tinggi dengan pasukan dianggap kuat dan terbukti terbaik antara yang terbaik.

“Piala Malaysia sudah digenggam dan matlamat selepas ini adalah juara liga dan Piala FA. Kami yakin berkat sokongan padu penyokong dan pemain berbakat, potensi menggenggam dua lagi piala terbabit tidak mustahil,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Annuar turut berjanji pihak Kafa akan mengadakan satu lagi majlis khas khusus bagi meraikan penyokong setia yang sebenarnya bertanggungjawab sehingga piala kebanggaan ramai itu hadir di bumi Kelantan.

Selain itu, katanya, Piala Malaysia juga akan dibawa ke istana untuk dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Sabtu ini.

Sumber : Metro

Monday, November 1, 2010

Gambar Penyokong Dan Juara Piala Malaysia 2010 Red Warriors

Kepada semua penyokong Kelantan Red Warriors gambar gambar ini boleh di kongsi sebagai kenangan dalam seumur hidup anda.

DSC08185    SONY DSC     SONY DSC    rwcroud DSC08085 SONY DSC SONY DSC SONY DSC DSC08135

Akhir nya Kelantan Red Warriors berjaya juga mengGALAS piala idaman ini (piala malaysia), berkat usaha semua pihak termasuk juga Do’a yang di pohon ke Hadrat Allah SWT.

Kemenangan ini juga merupakan hadiah teristimewa kepada Duli Yang Mulia Sultan Mohammad V, Sultan Kelantan yang baru di Masyhurkan.

Jangan lupa juga Do’a Tok Guru, mari pakat ramai ramai sokong Tok Guru di Galas pulok.

Takbir !………. Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !

Khairul Fahmi calon pilihan


SEIRING dengan slogan 100- PLUS, Outdo Yourself, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat berjaya membuktikan bahawa dia sememangnya calon paling layak untuk merangkul anugerah Pemain Muda Terbaik 2010.

Namun, keputusan pemenang bagi kategori itu serta be- berapa kategori lain hanya akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM 2010 yang akan berlangsung di Hotel Hilton Petaling Jaya tengah hari esok.

Khairul, 21, telah beraksi cemerlang biarpun tewas menerusi sepakan penalti pada awal permainan untuk membantu Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 malam kelmarin.

"Selepas kami ketinggalan menerusi sepakan penalti, ia membuatkan kami semakin bersemangat untuk bangkit memenangi perlawanan. Ia jelas kelihatan apabila kami berjaya menguasai permainan selepas itu.

"Ia pengalaman pertama buat saya beraksi di pentas final. Suasana cukup gamat di hadapan puluhan ribu penonton. Dibolosi awal membuatkan saya bertekad untuk terus bekerja keras menga- wal pintu gol.

"Bila dicalonkan untuk anugerah ini pula, ia sesuatu yang bagus buat diri saya dan seorang lagi calon iaitu Faizal Abu Bakar (penyerang Kedah).

"Saya cukup gembira kerana berpeluang beraksi dalam banyak perlawanan sepanjang musim ini," kata pemain kelahiran Kota Bharu itu.

Biarpun masih baru dalam skuad kebangsaan, Khairul yang memasang impian untuk beraksi bersama kelab Jerman, Bayern Munich suatu hari nanti kini sedang memburu tempat berada dalam skuad ke Piala AFF Suzuki 2010 yang akan berlangsung awal Disember depan.

Sementara itu, pemain tengah Kelantan, Badhri Radzi telah dipilih sebagai pemenang anugerah 100PLUS Outdo Yourself malam kelmarin selepas dia menjaringkan gol kemenangan Kelantan pada perlawanan tersebut.

Bagi memastikan hanya yang terbaik dipilih sebagai pemenang pada majlis anugerah yang akan berlangsung esok, panel pemili- han kali ini terdiri daripada para jurulatih, ahli-ahli Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) serta pegawai dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sumber : Kosmo

Sunday, October 31, 2010

Kelantan Catat Sejarah, Muncul Juara Piala Malaysia 2010

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kelantan melakar sejarah negeri apabila buat julung kali menjulang Piala Malaysia, setelah menewaskan juara musim lepas Negeri Sembilan 2-1, pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini Sabtu malam.

Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya.

Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah.

Pengadil perlawanan Subkhiddin Mohd Salleh memberi sepakan itu kepada Negeri Sembilan setelah penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menjatuhkan S. Kunalan dalam kotak penalti.

Negeri Sembilan terus mengasak pintu gol Kelantan menerusi beberapa serangan namun gagal menembusi kekentalan benteng lawan yang dibarisi Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Farisham Ismail dan Rizal Fahmi Abdul Rosidi.

Bersambung babak kedua, 'The Red Warriors' yang ditemani sekurang-kurangya 60,000 penyokong terdesak untuk mencari gol dan melakukan beberapa asakan yang akhirnya membuahkan gol penyamaan pada minit ke-57.

Hantaran luar Norshahrul Idlan Talaha tidak disia-siakan Ketua Pasukan 'The Red Warriors' Hairuddin Omar yang menanduk dan merobek gol Negeri Sembilan.

Kelantan semakin garang apabila Mohd Badri Mohd Radzi menambah jaringan pada minit ke-65 hasil hantaran cantik Mohd Norfarhan Muhamad.

Ketiadaan tonggak utama Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak yang terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan menyebabkan Negeri Sembilan semakin tertekan apabila ketinggalan 1-2.

Bagi mengukuhkan kubu pertahanan, jurulatih Kelantan B. Sathianathan mengambil tindakan bijak memasukan Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Khairan Eroza Razali.

Strategi itu berjaya apabila tamat masa permainan menyaksikan Kelantan muncul juara Piala Malaysia musim ini selepas berjaya mempertahankan kedudukan 2-1 menewaskan Negeri Sembilan.

Sejarah tercipta

Oleh Harris Rajahdin dan Syed Riduan Ahmad
bhsukan@bharian.com.my
2010/10/




The Red Warriors tamat badi 40 tahun

PEMAIN Kelantan me­­lutut dan berdoa tan­­da syukur sejurus wisel penamat apabila mencipta bangga muncul juara baru Piala Malaysia menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, ma­­lam tadi.

Dua gol menerusi tandukan padu Hairuddin Omar pada minit ke-57 dan Mohd Badhri Mohd Radzi, m-65 berjaya mengikis jari­­ngan awal lawan menerusi sepakan penalti oleh Shahurain Abu Samah (m-13) - sekali gus menamatkan badi 40 tahun yang diiri­­ngi dentuman mercun me­­ngiringi kejayaan manis The Red Warriors.

Kejayaan ini memboleh­­kan Kelantan meletakkan diri dalam kumpulan unik yang kini bertambah kepada 14 pasukan yang pernah menjulang piala keagungan bola sepak tanah air itu termasuk sebelum ini yang dikenali Piala HMS Malaya dan Piala Malaya.

Namun, skrip itu tidak kelihatan begitu pada awal saingan babak pertama apabila Shahurain yang dinaikkan kepada posisi serangan berikutan ke­­tandusan penye­­rang akibat kecederaan yang menimpa Zaquan Adha Abd Radzak me­­ngulangi jaringan awal ke atas lawan sama, apabila mudah menyempurnakan penalti mengatasi Khairul Fahmi Che Mat selepas penjaga gol itu menjatuhkan S Kunalan dalam ko­­­­tak penalti.

Shahurain yang mele­­dakkan gol cantik dalam laluan kejayaan 3-1 musim lalu berjaya mengelirukan penjaga gol itu yang semakin meningkat naik dalam skuad kebangsaan pada percubaan kedua selepas pengadil, Sub­­khiddin Mohd Salleh me­­ngarahkannya diambil semula.

Pada masa kecederaan babak pertama, gerakan pantas Mohd Badri Mohd Radzi dengan Indra Putra Mahayuddin hampir menjelmakan gol penyamaan, tetapi tendangan lencong kapten Kelantan itu berjaya ditumbuk penjaga gol, Sani Anuar Kamsani.

Hairuddin menceriakan pasukan apabila berjaya mengelakkan diri daripada kawalan pertahanan untuk menghalakan han­­taran lintang Norshahrul dengan jaringan penya­­maan menerusi tandukan untuk menghidupkan api perjuangan the Red Warriors dan hampir 60,000 penyokong mereka.

Momentum beralih arah kepada Kelantan yang mengambil alih tam­­puk penguasaan de­­ngan Mohd Badri men­­cetuskan dentuman mer­­cun oleh penyokong hasil gol kemenangan buat mencipta sejarah baru mereka.

Sumber : Berita Harian

Friday, October 29, 2010

Habuan menanti jika menang

KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta penyokong Kelantan yang menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok tidak menimbulkan kekecohan yang memalukan negeri itu.

Beliau, sebaliknya meminta penyokong yang bertandang ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan perlawanan The Red Warriors dengan Negeri Sembilan itu memelihara semangat kesukanan yang tinggi.

"Dua perkara yang kita mahukan, pertama kita mahu menang dan kedua, jangan ada keganasan. Walaupun mengganas di padang bola ia akan memalukan negeri Kelantan. Kita tidak mahu perkara itu berlaku.

"Saya mahu penyokong Kelantan pergi dengan semangat kesukanan, suasana dan akhlak kena jaga. Nak sorak, soraklah tapi jangan sampai lempar botol. Itu budaya orang Eropah, mereka tidak ada akhlak," katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau yakin Kelantan akan menang dan para penyokong juga mampu menunjukkan teladan yang baik dengan sentiasa berpegang kepada akhlak yang dianjurkan oleh Islam.

Jelasnya, kerajaan negeri akan turut memberi insentif kepada pemain bola sepak Kelantan kerana berjaya ke peringkat akhir Piala Malaysia.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan jumlah insentif yang bakal dihadiahkan kepada pemain terbabit, tetapi berbeza dengan musim lalu.

"Insya-Allah kita akan berikan insentif kepada pemain cuma kalau saya beri pula pergi ke Mekah, hanya boleh dirasai oleh orang yang ke sana sahaja. Isteri dan anak-anak di rumah tak dapat merasa.

"Insya-Allah kita akan beri wang tunai supaya mereka (pemain) sekeluarga dapat rasa. Jumlahnya tak akan diberitahu. Kalau kalah pun kita akan beri juga sebagai tanda menghargai kesungguhan pemain," ujarnya.

Nik Aziz memberitahu, beliau akan diwakili oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakub untuk menyaksikan perlawanan tersebut sebagai tanda sokongan kepada pasukan Kelantan.

Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri akan memberikan cuti umum pada 31 Oktober ini bagi memudahkan penyokong ke Bukit Jalil menyaksikan perlawanan tersebut, Nik Abdul Aziz berkata: "Cuti tak boleh beri sebab dah cuti untuk pilihan raya (Galas) pada 4 November. Kerajaan negeri dah beri cuti peristiwa untuk pilihan raya, jadi kita tak boleh beri cuti untuk bola kali ini."

Sumber : Utusan

Thursday, October 28, 2010

Hadiah untuk Sultan Kelantan

SATHIANATHAN (kiri) ketika mengendalikan sesi latihan skuad Kelantan di Kota Bharu semalam sebagi persiapan menghadapi final menentang Negeri Sembilan, Sabtu ini.

HADIAH untuk Sultan Muhammad Ke-V. Itulah yang diluahkan oleh ketua jurulatih Kelantan, B.Sathianthan yang mahu semua pemainnya beraksi cemerlang merampas Piala Malaysia daripada Negeri Sembilan untuk dihadiahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V yang baru ditabalkan.

Menurutnya, peluang beraksi pada final kali ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk memastikan mereka muncul juara dan membawa pulang piala paling berprestij ke Kota Bharu.

"Seluruh rakyat Kelantan gembira apabila menerima Sultan baru dan saya rasa kegembiraan tersebut mungkin lebih bermakna jika pasukan mereka mampu membawa pulang Piala Malaysia ke Kota Bharu.

"Saya dan semua pemain berjanji akan memberikan yang terbaik supaya impian tersebut akan menjadi kenyataan dan kejayaan itu kita akan hadiahkan kepada Tuanku Sultan yang memayungi seluruh rakyat Kelantan," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, segala persiapan berjalan dengan lancar dan semua barisan pemain sudah pun bersedia untuk turun beraksi pada perlawanan akhir itu nanti.

Jelasnya, semua pemainnya kini bebas daripada masalah penggantungan dan kecederaan kecuali tiga pemain iaitu Azizi Mat Rose dan S. Subramaniam untuk posisi pertahananan yang hampir pasti tidak dapat diturunkan.

"Kita sedang memantau perkembangan Akmal (Rizal Rakhli) yang masih belum pulih dan cergas sepenuhnya daripada kecederaan. Saya harap beliau akan pulih dalam masa terdekat ini dan dapat diturunkan pada final kelak.

"Jika ketiga-tiga mereka tidak dapat diturunkan sekali pun, ia tidak merencatkan persiapan pasukan kerana saya masih ada pemain lain yang standard mereka tetap sama dan mampu beraksi baik," ujarnya.

Katanya, beliau mengharapkan para pemainnya fokus ketika aksi di padang, berdisiplin selain sentiasa yakin pada diri sendiri bagi memastikan mereka tidak mudah patah semangat.

"Untuk perlawanan Sabtu ini, saya harap pemain yang akan diturunkan memberikan tumpuan sepenuhnya sepanjang perlawanan, jangan gugup dan sentiasa ingat bahawa kita adalah pasukan yang hebat, jadi kena beraksi sebagai pasukan yang hebat.

"Jangan jadi macam tahun lepas, selepas kena satu jaringan kita hilang fokus dan tidak bermain dengan baik. Pengalaman lalu harus dijadikan pengajaran berguna buat kita untuk perlawanan Sabtu ini," jelasnya.

Sumber : Kosmo

Wednesday, October 27, 2010

Masa untuk Pemimpin Umno berbakti kepada rakyat Kelantan

Menjelang perlawanan akhir Piala malaysia Sabtu ini,masa yang sesuai kepada semua pemimpin Umno kelantan untuk berbakti kepada rakyat Kelantan.Disaat kesukaran untuk mendapatkan tiket yang harganya begitu tinggi bagi yang berpendapatan rendah untuk menonton perlawanan akhir Piala malaysia Sabtu ini dan ini adalah masanya kepada pemimpin umno untuk menolong rakyat Kelantan.
Seperti tahun lepas,ahli parlimen Pasir Mas iaitu Dato' Ibrahim Ali telah memperuntukkan setiap seorang satu keping tiket kepada ahli yang berdaftar di kawasan Pasir Mas.Diharapkan ramai lagi pemimpin UMNO yang tampil bagi meringankan beban rakyat Kelantan untuk menyaksikan pasukan kesayanganya beraksi dipentas final untuk kali ini.
Dan pada tahun ini Ketua UMNO Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz pula tampil untuk berbakti kepada rakyat Tanah Merah dengan memberi tiket secara percuma.
p/s : Jangan lupa pesan tok guru,orang bagi kain ambik,bagi zink ambik,bagi gula ambik, bagi TIKET pun ambik,bila bagi kertas undi pangkah BULAN.

Tuesday, October 26, 2010

Udang disebalik batu?



Dikhabarkan tiket terpaksa dibatalkan penjualanya hari ini di Kota Bharu.Mengikut perancangan asal penyokong Kelantan boleh mendapatkan tiket di kaunter tiket Stadium Muhamed keempat hari ini.Namun sebalikya yang berlaku,Penyokong yang datang untuk mendapatkan tiket terpaksa pulang dengan hampa.

Yang anehnya,banner besar siap dipasang menandakan pembatalan penjualan tiket.Cukup pantas sekali banner dibentangkan.Apa sebenarnya muslihat disebalik kejadian ini.Alasanya diatas masalah teknikal.Tak cukup dengan harga tiket yang naik 50%,nak mendapatkan tiket pun susah.

Yang menjadi mangsa penyokong kelantan sendiri,kepada pihak KAFA dan FAM tolong tangani masalah ini dengan segera,Cukup cukup lah nak memperbodohkan penyokong Kelantan.Kepada pihak berkenaan,diharap jangan sesekali mengambil kesempatan keatas penyokong Kelantan disaat semangat penyokong Kelantan sedang berkobar kobar untuk menyaksikan pasukan kesayangan beraksi dipentas Final.

p/s : terima kasih tuan punya foto

FAM main tarik tali

Ternyata FAM tiada pendirian tetap dalam membuat sesuatu keputusan.Minggu lepas jawatankuasa disiplin FAM telah menggantung jurulatih Kelantan B.Sathianathan selama enam bulan.Namun semalam FAM telah membenarkan B.Sathianathan berada dibangku simpanan bersama dengan pemain pada perlawanan akhir nanti.

Beginilah sikap FAM yang sentiasa membuat keputusan tanpa memikir keseluruhan impak yang terpaksa ditanggung oleh KAFA.Akhirnya FAM semalam terpaksa akur dengan desakan oleh penyokong Kelantan.

Berita penangguhan terhadap hukuman penggantungan yang dikenakan ke atas ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan sedikit sebanyak menjadi suntikan moral buat pemain-pemain skuad The Red Warriors.

Ini kerana, anak-anak buah Sathianathan itu bakal turun berdepan Negeri Sembilan pada aksi final Piala Malaysia 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Namun, bagi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), mereka sebenarnya masih belum boleh menarik nafas lega kerana keputusan penuh terhadap rayuan yang dikemukakan mereka hanya akan diketahui selepas Jawantankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), bersidang semula dalam masa terdekat.

Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim berkata, KAFA sebenarnya menghantar surat rayuan kepada FAM agar meri- ngankan hukuman yang dikenakan terhadap Sathianathan dan bukannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut.

“Diakui, keputusan FAM yang menangguhkan pelaksanaan terhadap hukuman yang dikenakan ke atas Satianathan sememangnya menjadi suntikan semangat kepada kami (Kelantan) menjelang aksi menentang Negeri Sembilan nanti.

“Begitupun, kami masih belum jelas tentang situasi sebe- nar kerana Satianathan sudah mula menjalani hukuman tersebut ketika aksi separuh akhir kedua menentang Kedah di Kota Bharu, Sabtu lalu.

“Jadi... kami mahu kepastian sama ada dalam tempoh tersebut adakah hukuman penggantungan Satianathan itu akan tetap diambil kira ataupun sebaliknya dan diharapkan FAM akan segera memberikan maklum balas,” kata Azman.

Terdahulu, Satianathan yang juga merupakan bekas pengendali skuad kebangsaan, menerusi KAFA telah mengemukakan rayuan kepada FAM bagi meringankan hukuman yang dikenakan ke atasnya semalam.

Setelah menyerahkan surat rayuan tersebut kepada Pengerusi Jawatankuasa Rayuan FAM, A. Ganarajah, pihaknya telah membuat keputusan untuk menangguhkan hukuman penggantungan yang dikenakan berkuat kuasa serta-merta.

“Berdasarkan Perkara 7.1.1 dan 7.5.1 Kod Tatatertib FAM 2010, Pengerusi Jawatankuasa Rayuan FAM dengan ini telah memutuskan hukuman penggantungan yang dikenakan ke atas Satianathan ditangguhkan berkuat kuasa serta-merta,” jelas kenyataan media yang dikeluarkan FAM semalam.

Sebelum ini, Satianathan terpaksa menerima padah digantung untuk tempoh enam bulan dan denda RM2,000 gara-gara memberikan komen mengenai perlawanan antara pasukan Perlis menentang Terengganu yang diadakan di Kuala Terengganu kira-kira tiga bulan lalu.

Monday, October 25, 2010

Penggantungan Sathia tidak rencat Kelantan

SathianaTHan (kanan) mengucapkan tahniah kepada pemain selepas Kelantan mengalahkan Kedah pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, kelmarin.


KOTA BHARU – Kelantan yang akan bertemu Negeri Sembilan pada final Piala Malaysia di Bukit Jalil, Sabtu ini, tidak mahu isu penggantungan ketua jurulatihnya, B. Sathianathan merencatkan semangat pemain untuk meraih kejuaraan berprestij itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, inilah masanya untuk pemain menghadiahkan kemenangan kepada Sathianathan, yang banyak berkorban untuk pasukan itu dengan membenam skuad `hoben jang hoben’.

“Kelantan akur dengan penggantungan Sathianathan dan saya yakin moral pemain Kelantan sama sekali tidak terjejas, sebagaimana yang ditunjukkan sewaktu menewaskan Kedah 1-0.

“Sebab itu peluang kali kedua bertemu Negeri Sembilan pada final, pemain perlu bersemangat tinggi dan buktikan kepada Sathia akan kemampuan kita di Bukit Jalil nanti,” katanya selepas separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, kelmarin.

Pada perlawanan itu, Kelantan menewaskan pasukan Kenari 1-0 hasil sepakan sudut pemain kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-79.

Perlawanan akhir menentang Negeri Sembilan pada final nanti, mengulangi sejarah tahun lalu, yang menyaksikan Negeri Sembilan muncul juara pada edisi ke-83 piala tersebut.

Dua hari lalu, Lembaga Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung Sathianathan selama enam bulan dan denda sebanyak RM2,000 berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, Sathianathan dihukum atas kesalahan memberi kenyataan kepada media berhubung stadium tuan rumah, bagi perlawanan Perlis dan Terengganu ketika Liga Super, musim lepas.

Pada perlawanan kelmarin, Sathianathan hanya menyaksikan pasukannya bermain di tempat duduk penonton dengan dilihat menggunakan walkie talkie untuk memberi arahan kepada penolongnya, Hashim Mustapha dan pengurus pasukan, Azman Ibrahim.

Mengulas perlawanan itu, Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM berkata, beliau berpuas hati dengan corak permainan Kelantan, yang bermain bermati-matian untuk menewaskan Kedah.

“Walaupun menang tipis, kemampuan yang ditunjukkan kesebelasan utama anak buah Sathianathan sudah cukup meyakinkan kita tidak menghadapi masalah menentang Negeri Sembilan di Bukit Jalil nanti,” katanya.

Mengulas imbuhan, Annuar berkata Kafa akan memberi bonus kepada pemain kerana berjaya mara ke final.

Sumber : Utusan

Sunday, October 24, 2010

Tahniah untuk Pasukan Kelantan

Hasrat Skuad Kijang untuk membalas dendam ekoran kekalahan kepada Kedah pada peringkat separuh akhir Piala Malaysia 1993 akhirnya berjaya dilunaskan.Orang yang paling gembira ialah pembantu jurulatih Skuad Kelantan iaitu Hashim Mustapha yang mewakili Kelantan pada ketika itu.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain pemain yang bertungkus lumus untuk memastikan Kelantan sekali lagi melangkah ke Bukit Jalil.Tidak lupa juga ucapan tahniah dan terima kasih tidak terhingga dari peminat kepada kesemua barisan pemain,jurulatih dan juga pengurusan Kelantan FA.

Satu penghargaan kepada ketua jurulatih Kelantan B.Sathianathan yang berjaya mengangkat martabat bola sepak Kelantan apabila berjaya membimbing skuad Kelantan ke peringkat final buat kali kedua berturut turut.Dengan ini,tidak ada apa lagi untuk kita mempertikaikan kredibiliti Sathianathan sebagai seorang jurulatih profesional.

Kini pasukan Kelantan telah menjadi salah satu pasukan yang disegani di Malaysia ketika ini,bukan sahaja pasukan malah penyokong penyokong Kelantan juga digeruni dan dicemburui oleh penyokong pasukan lain.

Tanpa penyokong setia,pasukan Kelantan munkin tidak boleh mencapai kejayaan yang ada sekarang,terima kasih kepada penyokong Kelantan yang selama ini berdiri teguh dan memberi sokongan tanpa henti kepada pasukan Kelantan.Sesungguhnya penyokong setia Kelantan adalah nadi kekuatan Skuad The Red Warriors.

Masih ada satu lagi misi yang belum terlaksana iaitu untuk mendakap Piala Malysia buat kali pertama dalam sejarah bola sepak Kelantan.Untuk itu mari lah kita sama sama mendoakan kejayaan untuk pasukan kesayangan kita.

Saturday, October 23, 2010

Norshahrul Idlan Talaha Membawa Red Warriors Ke Final

Sepakan sudut di minit minit terakhir oleh Norshahrul Idlan Talaha terus melorong ke gawang gol Kedah tidak berjaya di selamat kan oleh penjaga gol Kedah, merupakan gol tercantik.
Hadiah besar kepada Ketua jurulatih B, Sathianathan yang menerima HUKUMAN yang Kontroversi oleh FAM juga hadiah kepada penyokong penyokong setia Kelantan yang manunjukan begitu berdisiplin.

Semasa di interview oleh astro arena Norshahrul berkata “gol nya hadiah untuk B. Sathianathan yang kena gantung”, agregate 1 0.

Di Saat Genting Begini Sathia Tidak Bersama Pemain

sathia Di saat saat genting pasukan Red Warriors menempuh cabaran untuk menuju ke perlawanan akhir Piala Malaysia, lembaga tatatertib FAM pula menjatuhkan HUKUMAN menggantung ketua jurulatih Red Warriors  B. Sathianathan dari bersama pemain pemain selama ENAM bulan, belaiu tidak boleh bersama pemain semasa tempoh PERLAWANAN.

Dalam perlawanan Kelantan bertemu Kedah malam ini, pasukan Kelantan dan peminat peminat mestilah menunjuk kan sikap yang baik, serta kerja keras pemain bagi menunjuk kan apa saja tekanan dari berbagai sudut, mental dan provokasi, Kelantan tetap Gah dengan semangat juang yang kuat sehingga membuah kan hasil dan berjaya menewas kan mana mana saja pasukan lawan.

Red Warrior Ke Tahap PRO Penyokong Peminat Bagaimana ?

Team pasukan Red Warrior semua sekali menghampiri tahap PRO, kesungguhan warga red warrior menampak kan kesungguhan untuk menghadiahkan kepada peminat dan penyokong yang bertebaran seluruh tanahair dengan HADIAH ke peringkat akhir pada MALAM INI, red warrior mesti boleh malam ini, Kedah akan pulang dengan menggigit jari, insyaAllah…………imageSalam ! kepada semua peminat dan penyokong Red Warrior, hanya terletak pada tangan anda saja bagaimana pasukan red warrior akan di SEGANI dan di HORMATI lawan, tunjuk kan sifat PRO anda dan tunjuk bahawa anda datang dari negeri SERAMBI MEKAH, perlu di jaga juga maruah NEGERI kita yang tercinta ini, malah bola sepak juga melampaui batas negeri dan bangsa, jangan lagi ada insiden buruk berpunca dari kita di masa masa hadapan, anggap provokasi adalah musuh untuk melemah kan kita.imageSebelum itu mari lah kita sama sama berdo’a agar Kelantan dan Red Warrior mencapai kejayaan pada malam ini dan harihari mendatang, Amiiin.

Alfatihah juga kepada penyokong kita yang meninggal dunia di stadium Shah Alam tempoh hari……..alfatihah……

p/s : credit pada tuan gambar kerana ciplak.

Mati Hidup Red Warrior Malam Ini Penentu

MALAM ini akan menjadi hari penentuan buat Kelantan dan Kedah yang akan membuat perhitungan pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.

image semua pemain sudah OK, hanya peminat dan penyokong red warrior mesti tunjuk PRO juga.

Apa yang pasti, Kelantan ada dua misi penting untuk dilaksa- nakan pada perlawanan ini.

Pertama, mereka berazam mengulangi sejarah layak ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut -turut dan keduanya untuk membenam Kedah di laman sendiri bagi rekod cemerlang sang Kenari di Stadium Sultan Muhammed IV.

Kedah pernah menewaskan The Red War- riors dalam perlawanan Liga Super 19 Januari lalu dengan jaringan 1-0.

Kekecewaan tewas di tangan gergasi utara itu masih kemas terlekat pada memori para penyokong yang mahu anak-anak buah B. Sa- thianathan membuktikan mereka adalah jaguh sebenar Pantai Timur.

Turun tanpa dua tonggak penting, Azizi Mat Rose dan S. Subramaniam, kem Kelan- tan agak resah, namun kehadiran semula penggempur kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha mungkin mengembalikan keyakinan mereka untuk memburu kemenangan.

Perlawanan di Alor Setar tempoh hari memperlihatkan jentera serangan Kelantan kurang menyengat melalui gandingan Hairu- din Omar dan Akmal Rizal Rakhli selain tiga pertukaran dalam tempoh 15 minit pertama yang telah merencatkan rentak permainan mereka.

Perlawanan fasa kedua peringkat kumpu- lan dan suku akhir adalah ‘benchmark’ kepada Kelantan melalui gandingan Norshahrul dan Akmal Rizal yang menerajui jentera se- rangan Kelantan sehingga berjaya mengha- silkan 13 gol dalam lima perlawanan.

Daripada jumlah tersebut, 11 gol telah di- ledakkan di Kota Bharu dan statistik tersebut seharusnya mengundang resah kepada pemi- nat-peminat setia Kedah terutama buat pengendalinya, Ahmad Yusof.

Selepas seminggu kejayaan membenam dan ‘menghanyutkan’ nama Selangor dari senarai pasukan bertanding dalam Piala Malaysia, penyokong mahu stadium keramat mereka sekali lagi menjadi saksi lakaran kemenangan terus berpihak kepada Kelantan.

Malam ini sekali lagi ‘tentera-tentera merah’ akan membanjiri stadium dan mereka nyata enggan pulang hampa ketika persiapan menuju ke Shah Alam kini sudah pun bermula.

Bagi Sathia, beliau enggan mendabik dada dan lebih selesa sekiranya Kelantan hanya diletakkan selaku underdog, namun tetap op- timis pasukannya itu akan sekali lagi melangkah ke perlawanan akhir 30 Oktober ini.

“Kedah bukan satu pasukan yang mudah buat kita, mereka ada lima pemain kebang- saan dan mereka juga mendapat kembali khidmat dua pemain utama yang digantung sebelum ini. Situasi itu sedikit merisaukan saya.

“Saya percaya pemain-pemain kita sudah siap. Selepas melangkah sampai ke peringkat ini, saya tidak rasa pemain akan memberi laluan mudah kepada Kedah. Peminat setia Kelantan akan sekali lagi menjadi saksi bahawa pasukan mereka berhak ke pentas akhir,” katanya.

Tambahnya, beliau menjangkakan suatu perlawanan sengit akan berlangsung malam ini dan berharap para pemainnya memberikan fokus serta mempamerkan tahap disiplin yang tinggi bagi menjamin keja- yaan.

Jelasnya, percaya pada diri sendiri dan tidak terlalu yakin adalah kekuatan yang mampu menyumbang kejayaan dan melangkah ke perlawanan akhir selepas menewaskan Kedah adalah sesuatu yang sangat manis untuk di kecapi.

“Sebelum ini ramai juga yang tidak yakin kita mampu menewaskan Selangor tetapi pemain telah membuktikan Selangor bukan- lah sebuah pasukan yang boleh menang selalu dan saya mahu pemain melakukan- nya sekali lagi malam esok (malam ini),” ujarnya. [sumber]

Friday, October 22, 2010

Kelantan yakin mampu ke final

Oleh Adnan Mohamad
bhsukan@bharian.com.my
2010/10/22


KEJAYAAN mengikat Kedah di Stadium Darulaman malam kelmarin, meningkatkan keyakinan The Red Warriors untuk mengharungi perlawanan separuh akhir kedua di Kota Bharu, malam esok, meskipun sedar Sang Kenari akan bermati-matian mencari jaringan.

Kelantan yang sebelum ini menumbangkan Gergasi Merah Selangor di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, kini berkira-kira mengulangi episod sama, sekali gus merealisasikan impian mengecap final Piala Malaysia buat tahun kedua berturut-turut, seterusnya menjulang Piala Malaysia buat kali pertama.

Skuad bimbingan B Sathianathan kini dilihat hanya perlu meneruskan rentak biasa walaupun mungkin terpaksa melakukan sedikit perubahan taktikal berikutan kecederaan tiga pemain utama iaitu Azizi Mat Rose, Shakir Shaari dan S Subramaniam yang terpaksa dikeluarkan pada 15 minit pertama ketika separuh akhir pertama kelmarin, selain Akmal Rizal Rakhli.

Tetapi Sathinathan mungkin boleh tersenyum kerana penyerang berbisanya, Nor Shahrul Idlan Talaha dibenarkan beraksi semula selepas penggantungan.

Sathianathan memberitahu, dia tidak terkejut dengan persembahan bersungguh-sungguh pemain gantian kerana sering mengingatkan anak buahnya untuk memberikan 100 peratus komitmen dalam setiap perlawanan.

“Dalam perlawanan itu, pemain dapat bermain dengan baik walaupun beberapa bahagian terpaksa dirombak selepas dilanda kecederaan. Malah, Kelantan lebih banyak menguasai rentak dan mencipta peluang tetapi gagal menjaringkan gol,” katanya.

Menjelang 90 minit lagi aksi pada timbal balik kedua esok, Sathia terus menasihatkan anak buahnya supaya berwaspada dengan Kedah yang pasti lebih garang selepas gagal memanfaat kelebihan di gelanggang sendiri.

“Kita sedia maklum, Kedah pernah mengalahkan Kelantan di Kota Bharu dalam saingan Liga Super, malah menidakkan peluang The Red Warriors pada suku akhir Piala FA tahun ini, jadi Kedah perlu dihormati,” katanya.

“Kejayaan mengikat Kedah di Stadium Darulaman memang satu pencapaian membanggakan tetapi kita kena ingat, masih ada 90 minit lagi untuk mencapai impian ke final dan hajat itu boleh tersekat jika Kedah mendapat gol awal.”

Thursday, October 21, 2010

Kedah, Kelantan terikat tanpa jaringan

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
pengarang@utusan.com.my

ALOR SETAR – Kedah gagal menggunakan kesempatan untuk mencari kemenangan di gelanggang sendiri, apabila sekadar terikat tanpa jaringan dengan Kelantan, dalam perlawanan separuh akhir pertama bola sepak Piala Malaysia di Stadium Darulaman, semalam.

Namun, di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bersama Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun dan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Kedah beraksi tanpa dua tonggak, Mat Sabree Abu dan Khairul Helmi Johari, kerana digantung perlawanan gara-gara mengutip dua kad kuning, tetap berupaya mengimbangi aksi Kelantan.

Kerancakan aksi antara Kedah dengan Kelantan terhidang sebaik perlawanan bermula. Malah baru sahaja 15 minit berlangsung, empat pemain, tiga pasukan pelawat dan seorang tonggak tuan rumah terpaksa dikeluarkan, kerana mengalami kecederaan.

Walaupun tanpa tonggak, khususnya Kedah yang gagal menggunakan khidmat Mat Sabree dan Khairul Helmi kerana digantung perlawanan gara-gara mengutip dua kad kuning, pasukan tuan rumah tetap melakukan beberapa asakan ke kubu lawan.

Kehadiran semula Ahmad Fauzi Shaari, yang menjadi ketua pasukan selepas berehat panjang akibat kecederaan, menyuntik semangat Kedah untuk memberi tekanan kepada Kelantan, tetapi ketumpulan barisan serangan menyelamatkan pasukan pelawat.

Di sebalik keghairahan menyerang, Kelantan bangkit menyusun gerakan untuk kembali mencemaskan tuan rumah.

Bagaimanapun, beberapa percubaan gagal disempurnakan termasuk tandukan ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin melepasi palang pada minit ke-20.

Perlawanan kemudiannya kembali seimbang, apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun gagal mencari jaringan sehingga berakhir babak pertama.

Namun, perlawanan bertambah hangat sebaik separuh masa kedua berlangsung, apabila kedua-dua pasukan berhempas pulas mencari jaringan untuk menjadikan permainan lebih menarik.

Pasukan pelawat memperoleh kesempatan terbaik, namun sepakan percuma Muhd. Nor Farhan Mohamad ditanduk kencang pemain gantian, Khairan Eroza Razali tetapi bola hanya melepasi tiang gol pada minit ke-55.

Dua minit kemudian, giliran tuan rumah mendapat peluang terbaik namun rembatan deras hasil sepakan percuma Badrul Bakhtiar, tepat ke dalam dakapan penjaga gawang, Khairul Che Mat.

Kelantan membalas menerusi beberapa asakan balas yang mencemaskan tuan rumah, namun tetap gagal sehingga berakhir perlawanan untuk berkesudahan tanpa jaringan. Kedua-dua pasukan sekali lagi bertemu dalam separuh akhir kedua di Kelantan, Sabtu ini.

Wednesday, October 20, 2010

Preview Perlawanan

(klik imej)

Satu lagi separuh akhir pada malam ini akan mempertemukan dua wakil selatan tanah air iaitu antara juara Piala FA, Negeri Sembilan dan pasukan berstatus kelab, Johor FC.

Skuad Hoben Jang Hoben yang seolah-olah kembali menemui rentak di Piala Malaysia selepas prestasi hambar di Liga Super sudah tentu makin bersemangat dalam usaha mempertahankan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut.

Ketiadaan Zaquan Adha Abdul Radzak tidak menggusarkan Wan Jamak Wan Hassan kerana ayam tambatan terbarunya, Abdul Halim Zainal akan memegang kunci kejayaan Negeri Sembilan di Piala Malaysia.

Adik kepada dua bekas pemain kebangsaan iaitu Khairil Zainal dan Faizal Zainal itu menjadi kekuatan 'Si Rusa' di samping beberapa pemain pengalaman lain seperti Idris Karim, Rezal Zambery Yahya dan Mohd. Shukor Adan.

Bagi skuad Lebah, kejayaan mara ke separuh akhir sebenarnya boleh dianggap satu pencapaian cukup baik kerana mereka tidak pernah mara sejauh ini di pertandingan Piala Malaysia.

Johor FC layak dilabel sebagai underdog berbanding Negeri Sembilan dan beraksi tanpa sebarang tekanan boleh memberikan kelebihan buat anak-anak buah Azuan Zain untuk mencipta sejarah selaku pasukan kelab kedua menjuarai Piala Malaysia selepas MBPJ pada tahun 2004.

Preview Perlawanan

(klik imej)

Perlawanan diantara Kedah dan kelantan sememangya dinanti nantikan oleh kedua dua penyokong setia masing masing.pertembungan dua jaguh dari utara dan juga pantai timur ini dijangkakan cukup sengit.

Kebangkitan Kedah yang layak ke peringkat separuh akhir pada musim ini setelah mengalami 'igauan ngeri' pada musim lepas.Namun bekas juara double treble ini mampu mengulangai pencapaian pada tahun 2008.

Walaupun mempunyai prestasi yang disifatkan agak yo-yo, skuad Kenari tetap dianggap sebagai salah satu pasukan elit di kancah Liga Malaysia berdasarkan rekod baik pada kejohanan Piala FA dan Piala Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sememangya Skuad Kelantan harus berwaspada dengan kemaraan kedah untuk kali ini,dan harus diingat untuk rekod pertemuan sebanyak empat kali pada musim ini tidak memihak kepada pasukan The Red Warriors.

Skuad Kijang juga pernah berputih mata gara gara dikecewakan oleh skuad kenari pada aksi suku akhir Piala FA yang lalu.

Kesebelasan Kedah yang rata ratanya pemain muda harus dihormati oleh pasukan Kelantan. Namun dengan adanya penyerang berbisa kedah Badrol Bakhtiar mampu merobek gawang Kelantan.

Barisan pertahanan Kelantan yang diterajui oleh Azizi Matt Rose,Rizal fahmi Rosid,Zairul Fitree dan juga Farisham harus berwaspada dengan ancaman pemain ini dan juga pemain lain yang mampu menggugat kekebalan pertahan Kelantan.

Dikhabarkan pasukan Kedah terpaksa beraksi tanpa Sabre Mat Abu dan Khairul Helmi Johari akibat pergantungan.Namun ini tidak merisaukan jurulatih kedah iaitu Ahmad Yusof yang mempunyai beberapa pemain lagi yang boleh mengisi kekosongan tersebut.

Bagi pengendali Kelantan pula B.Sathianathan berpuas hati dengan kesebelasan ketika menentang Selangor tempoh hari.Kepercayaan masih lagi diharapkan kepada Akmal Rizal sebagai peledak untuk pasukan Kelantan.

Akmal Rizal ketika ini nampak semakin berbisa dihadapan pintu gol apabila mampu melaksanakn peluang untuk menjaringkan gol.Tanpa Norshahrul yang digantung perlawanan Akmal dijangkakan sekali lagi bergandingan dengan Hairuddin Omar sebagai ketua serangan pasukan Kelantan.

Dibantu oleh dua pemain sayap berbisa iaitu Indraputra dan juga Norfarhan disamping jentera tengah yang mantap ketika ini Badhri Radzi dan juga Mohd Shakir diharapkan mampu untuk merobek barisan pertahanan kedah.

Tuesday, October 19, 2010

Antara 1993 dan 2010


Esok tanggal 20 oktober 2010 sejarah tujuh belas tahun lepas menyingkap kembali apabila dua pasukan iaitu Kedah dan Kelantan dipertemukan kembali dalam aksi separuh akhir peringkat pertama Piala Malaysia.

Jikalau dulu Kedah berjaya menundukkan Kelantan di Stadium Darulaman dengan kemenangan tipis 3-2.Dua gol hasil jaringan Tuan Kamree dan gol cantik hasil sepakan percuma Hashim Mustapha yang kini sebagai pembantu jurulatih Kelantan.

Namun semangat pasukan Kelantan ketika itu tidak terhenti disitu,apabila perlawanan timbal balik yang berlangsung di Kota Bharu.Tetapi Pasukan kelantan terpakasa akur dengan kehebatan kedah yang berjaya ke perlawanan akhir dengan agregat 4-2.

Akibat daripada kegagalan pasukan Kelantan layak ke peringkat akhir,Penonton penonton Kelantan merusuh dengan menyerang bas yang dinaiki oleh penyokong Kedah. Dan ada juga seorang penonton Kelantan yang lolos kedalam padang untuk menyerang pengadil Perlawanan.

Tapi itu semua sejarah tujuh belas tahun lepas,dan kini 2010 kita percaya skuad yang ada sekarang sememangnya tidak mahu sejarah berulang kembali.

Kini skuad yang digelar The Red Warrios Bimbingan B.Sathianathan sudah bersedia untuk menebus balik kekecewaan seluruh peminat pada tahun 1993.Dan kita semua yakin dengan kehebatan pasukan Kelantan sekarang.

Kepada seluruh peminat setia Kelantan juga,walaupun kemenangan tidak berpihak kepada Kelantan,terimalah keputusan dengan hati terbuka.Janganlah sekali lagi mengulangi perkara sama yang boleh mengundang persepsi buruk umum terhadap penyokong Kelantan.

Monday, October 18, 2010

Semangat juang yang tinggi kunci kejayaan Kelantan

Pasukan Kelantan dijangkakan mampu untuk mengulangi sejarah pada tahun lepas untuk ke final Piala Malaysia musim ini.Prestasi permainanan yang memuncak akhir akhir ini membuktikan skuad The Red Warriors mampu menjuarai piala Malaysia.

Skuad didikan B.Sathianathan ini mempamerkan aksi kehandalanya apabila menewaskan selangor pada suku akhir tempoh hari.Yang nyatanya kebangkitan semula bekas penyerang kebangsaan Akmal Rizal meyakinkan kembali para peminat untuk terus diharapkan menjadi peledak gawang pihak lawan.

Tanpa dibantu oleh Norshahrul Idlan Talaha,Akmal beraksi cemerlang dan menjaringkan gol untuk membantu Kelantan layak ke separuh akhir.Jelas kelihatan pasukan Kelantan tidak sesekali bergantung kepada seseorang pemain untuk mencipta kemenangan.

Mempunyai barisan pertahanan yang begitu ampuh,menjadi nadi kekuatan dan kekebalan pasukan Kelantan daripada dibolosi oleh pihak lawan.Kombinasi yang mantap ditunjukkan oleh Farisham,Rizal Fahmi,Azizi dan Zairul fitri semangnya boleh dibanggakan dan dipuji setiap kali permainan.

Tidak lupa juga kepada pemain harapan negara,Khairul Fahmi diposisi penjaga gawang yang sentiasa konsisiten dan cemerlang setiap kali diturunkan untuk berakasi.Banyak membantu pasukan Kelantan untuk menghampakan pasukan lawan menjaringkan gol dengan ketangkasanya.Sebagai pemain muda yang bercita cita tinggi,beliau dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk cemerlang dalam arena bola sepak ini.

Kebangkitan pemain tengah kreatif iaitu Badri Radzi sememangya diharapkan lagi untuk melancarkan pergerakan dari tengah.Dibantu oleh Mohd Shakir Shaari memudahkan lagi tugas beliau untuk melakukan hantaran dan membantu menggerakkan bahagian serangan.Kini beliau seolah olah mendapatkan kembali sentuhan apabila berjaya mencipta beberapa gol pada aksi Piala malaysia ini.

Harapan sekali lagi perlu digalaskan oleh kapten pasukan Kelantan Indraputra untuk membawa pasukan kelantan ke Bukit Jalil pada tahun ini.Semangat juang yang tinggi sebagai ketua pasukan mampu menaikkan moral pemain pemain lain.

Pengalamanya sebagai pemain perfesional banyak membantu kelantan mencipta kemenangan dan kepintaranya mengawal bola diharapkan lagi dapat membantu mencipta ruang untuk menghasilkan gol.

Norfarhan Mohamad pula pencetus segalanya kemenangan keatas Selangor tempoh hari.Hasil daripada gol pembukaanya ternyata membakar semangat pemain lain untuk beraksi cemerlang.
bermain diposisi sayap kanan,ternyata beliau berkesan sekali untuk mencemaskan pertahan pihak lawan.

Walau apa pun semangat dan kekuatan mental yang tinggi menjadi kunci utama skuad The Red Warrior mencipta kejayaan.Diharapkan Kelantan sekali lagi mengulangi aksi yang sama ketika menentang Selangor tempoh hari.

Sunday, October 17, 2010

Empat Pasukan mengisi slot ke separuh akhir

Semalam tamatlah aksi suku akhir Piala Malaysia untuk musim 2010,maka tinggalah empat lagi pasukan untuk meneruskan cabaran merebut Piala berpestij ini.Selain Kelantan yang merupakan pasukan terawal melepasi peringkat suku akhir,Penyandang juara tahun lalu Negeri Sembilan sudah dijangkakan akan mengikut jejak pasukan Kelantan.

Skuad Hobeng Jang Hobeng sememangnya menjadi pasukan pilihan dalam perebutan Piala Malaysia ini,setelah mudah menjinakkan Perlis 3-1 di tempat lawan.Negeri Sembilan mara dengan agregat 4-1 dan akan bertemu dengan Johor FC Rabu nanti.

Namun sebuah pasukan yang berstatus kelab Johor Fc menjadi pasukan tunggal dari kelab yang berjaya melepasi keperingkat separuh akhir.Johor Fc mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya mengikut jejak Kelantan dan Negeri Sembilan setelah menyingkirkan Pahang dengan agregat 2-2.Namun kelebihan jaringan ditempat lawan berpihak kepada Johor Fc.

Pasukan dari utara tanah air iaitu kedah juga berjaya mengisi empat kuota terakhir setelah membenam Terengganu 3-0 dan 5-2 kiraan agregat.Pasukan Kedah akan menanti kunjungan Pasukan Kelantan di stadium Darulaman Rabu ini.

Saturday, October 16, 2010

Kejayaan demi maruah dan nyawa rakyat Kelantan

Kemenangan keatas Selangor malam tadi merupakan satu kejayaan yang paling bermakna bagi mengembalikan maruah penyokong Kelantan yang ditindas oleh media media arus perdana gara gara satu peristiwa keganasan yang berlaku di Shah Alam Sabtu lalu.

Semenjak peristiwa itu,maruah penyokong penyokong Kelantan dipermainkan dan dipijak, yang memainkan peranan dalam isu ini tidak lain tidak bukan media dan akhbar tempatan yang sengaja mensensasikan beita ini.

Tidak kurang juga suara suara sumbang yang mencaci dan mengeji penyokong Kelantan terutama peminat peminat Selangor yang sememangya membenci dan cemburu terhadap penyokong dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Namun sesungguhya berkat kesabaran ini dibalas dengan satu kejayaan yang begitu bermakna.
Sesungguhnya allah s.w.t akan membela golongan yang teraniyai disamping berkat doa daripada seluruh penyokong setia Kelantan.

Hanya ucapan syukur keatasnya disamping linangan air mata yang mengiringi kejayaan ini. Diharapkan kejayaan ini dapat membuka mata semua pihak yang selama ini memandang serong terhadap penyokong Kelantan.

(Jangan sesekali lupa akan peristiwa ini)

Disaat kita sedang meraikan kejayaan ini,janganlah kita sesekali lupa terhadap saudara kita yang telah kembali kerahmatullah dan yang menjadi mangsa kekejaman penyokong Selangor pada sabtu lalu.

Dan sesungguhya penderitaan,penindasan, dan kesabaran akan dibalas dengan kejayaan. wallahuwa'lam...

Kelantan sentap keegoan Selangor

Akhirnya Kelantan Berjaya menyentap keegoan pasukan yang bergelar The Red Giants dengan menewaskan skuad gergasi dari Lembah Klang itu 3-0 dalam aksi suku akhir pusingan kedua Piala Malaysia di Kota Bharu malam tadi.

Selangor merupakan pasukan pilihan dalam piala malaysia setelah cemerlang dengan kesemua tujuh perlawanan diperingkat awal saingan,akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan The Red Warriors.

Dengan rasa hormat dan rendah diri anak anak buah B.Sathianathan menunjukkan jalan keluar untuk skuad merah kuning daripada Saingan Piala Malaysia musim ini.

Sememangnya kemenangan ini amatlah bermakna untuk pemain pemain Kelantan yang akan menempuhi perlawanan terakhir sebelum ke Bukit Jalil sekiranya berjaya.

Kemenangan ini juga merupakan hadiah 'istimewa' daripada pasukan Kelantan untuk penyokong penyokong setianya yang selama ini tidak berputus asa memberi sokongan.Tiada siapa yang dapat menduga kelantan mampu menewaskan Selangor dengan jaringan 3 gol tanpa balas.

Apa apa pun jadikanlah kemenangan ini sebagai pencetus semangat dan keyakinan kepada pemain pemain bagi menghadapi perlawanan seterusnya untuk melaksanakan misi yang belum selesai.Yang nyata perjuangan kita bukan setakat ini sahaja.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...