Grab the widget 

Friday, April 30, 2010

SELAMAT HARI PEKERJA


oleh : afzal modzain


Esok tanggal 1 mei merupakan hari pekerja kepada semua pekerja diseluruh dunia tak kira la pekerja swasta, kakitangan kerajaan, polis, cikgu,bomba,pemandu teksi, pemandu lori, tukang sapu,peniaga, mekanik,pekebun, penoreh getah, pencuri ke penyamun asalkan namanya kerja.
menjelang mei maka tinggalah april yang penuh dengan pelbagai kenangan pahit mahupun manis.

Tak lupa juga saya pada satu tragedi yang menggemparkan seluruh negara iaitu
seorang pemuda berusia 15 tahun adik Aminulrashid yang meninggal akibat terkena tembakan pihak polis pada awal padi 26 april lepas. tak terlambat rasanya untuk saya dan juga anda semua untuk mengucapkan takziah buat keluarga alayarham..

Sama-sama lah kita sedekahkan ummulkitab alfatihah untuk alayarham adik Aminulrashid..

sekian...


Tahniah Penyokong Setia Kelantan!




Syabas kepada semua penyokong kelantan.Saya sebahagian daripada penyokong kelantan merasa bangga kerana penyokong kelantan merupakan penyokong yang paling ramai mengunjung ke stadium dalam siri liga super ini.

Mengikut analisis dari FAM,hasil jumlah jualan tiket pada musin lepas menunjukkan stadium sultan Mohamed ke-4 mencatat kehadiran penyokong yang paling ramai.Pada setiap perlawanan kebanjiran penyokong kelantan mencatatkan kehadiran hampir atau lebih 15,ooo peminat.Ini adalah angka yang begitu ramai jika nak dibandingkan dengan kehadiran penyokong di stadium lain. Walaupun kapasiti stadium yang terhad,namun di setiap ruang dipenuhi dengan penyokong serba merah.

Mengikut carta yang dikeluarkan,kedudukan ranking teratas diisi oleh penyokong kelantan dan diikuti selangor dan kedah.Ini jelas terbukti pasukan kelantan merupakan pasukan yang paling ramai mempunyai peyokong tak kira dimanapasukan kelantan beraksi,disetiap stadium pasti ada penyokon berbaju merah.



Walaupun ada tanggapan negatif dari sesetengah pihak yang menggelarkan penyokong kelantan ganas atau 'gedebe' yang suka mencetuskan masalah.Bagi penyokong setia kelantan, ini tidak melemahkan malah semakin bersemangat untuk terus memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan kita.


Pada musim ini tiada lagi kedengaran mercun,membakar objek, atau membaling botol ke tengah padang.ini menunjukkan sikap gedebe,ganas,dan tidak berdisiplin sudah tiada lagi pada penyokong kelantan.ini lah sebenarnya yang harus ditunjukkan sikap sebenar orang kelantan kepada umum.buktikan yang kita adalah penyokong yang terbaik di malaysia.Ayuh!! sama sama kita terus memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan kita.
-GOMO KELATE GOMO-

Thursday, April 29, 2010

Pahang mangsa keempat kelantan?




Setelah mengharungi tiga perlawanan dengan kemenangan berturut turut,kelantan seakan sudah bernafas untuk merebut piala liga super untuk musim ini.menduduki tangga ketiga liga di belakang selangor dan terengganu merupakan keputusan yang menggembirakan buat penyokong setia red warrior terutama pengendali skuad kelantan iaitu B.sathianathan.

Ternyata percaturan B.sathianathan amat berkesan sekali jikalau dilihat dalam tiga perlawanan sebelum ini.

Prestasi penyerang kelantan Akmal rizal (gambar) seakan sudah menemui rentak permainan dan ianya nampak cukup serasi digandingkan dengan penyerang berbisa kelantan Norshahrul Idlan Talaha yang merupakan penjaring terbanyak kelantan setakat ini dengan lapan gol.Walaupun Akmal masih lagi buntu dan tercari cari untuk menjaringkan gol,tetapi gerakannya dapat mengucar kacirkan barisan pertahanan pihak lawan.

Pada selasa depan skuad Pahang akan bertandang ke Stadium Sultan Mohamed ke-4 bertemu kelantan untuk perlawanan terakhir pusingan pertama.Mampukah Kelantan mencatat kemenangan keempat dengan jumlah jaringan tiga gol atau lebih?harap sesuatu dapat dijelmakan oleh barisan hadapan kelantan terutama Akmal rizal.

Tuesday, April 27, 2010

pengumuman

assalamualaikum...
kepada pengunjung pengunjung,blog ini merupakan kelab cyber penyokong bola sepak kelantan. pihak kami menyokong penuh semangat pasukan bolasepak kelantan kita.pihak kami juga berharap anda sama sama untuk terus memberi sokongan padu kepada pasukan kelantan. dengan itu kami meminta anda semua dapat memeriahkan lagi dalam REDWARRIOR4EVER ini. pihak kami akan kemaskini berita berita dan laporan berserta gambar gambar berkaitan pasukan redwarrior dari semasa ke semasa..sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...