Grab the widget 

Thursday, April 29, 2010

Pahang mangsa keempat kelantan?




Setelah mengharungi tiga perlawanan dengan kemenangan berturut turut,kelantan seakan sudah bernafas untuk merebut piala liga super untuk musim ini.menduduki tangga ketiga liga di belakang selangor dan terengganu merupakan keputusan yang menggembirakan buat penyokong setia red warrior terutama pengendali skuad kelantan iaitu B.sathianathan.

Ternyata percaturan B.sathianathan amat berkesan sekali jikalau dilihat dalam tiga perlawanan sebelum ini.

Prestasi penyerang kelantan Akmal rizal (gambar) seakan sudah menemui rentak permainan dan ianya nampak cukup serasi digandingkan dengan penyerang berbisa kelantan Norshahrul Idlan Talaha yang merupakan penjaring terbanyak kelantan setakat ini dengan lapan gol.Walaupun Akmal masih lagi buntu dan tercari cari untuk menjaringkan gol,tetapi gerakannya dapat mengucar kacirkan barisan pertahanan pihak lawan.

Pada selasa depan skuad Pahang akan bertandang ke Stadium Sultan Mohamed ke-4 bertemu kelantan untuk perlawanan terakhir pusingan pertama.Mampukah Kelantan mencatat kemenangan keempat dengan jumlah jaringan tiga gol atau lebih?harap sesuatu dapat dijelmakan oleh barisan hadapan kelantan terutama Akmal rizal.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...