Grab the widget 

Friday, April 30, 2010

Tahniah Penyokong Setia Kelantan!




Syabas kepada semua penyokong kelantan.Saya sebahagian daripada penyokong kelantan merasa bangga kerana penyokong kelantan merupakan penyokong yang paling ramai mengunjung ke stadium dalam siri liga super ini.

Mengikut analisis dari FAM,hasil jumlah jualan tiket pada musin lepas menunjukkan stadium sultan Mohamed ke-4 mencatat kehadiran penyokong yang paling ramai.Pada setiap perlawanan kebanjiran penyokong kelantan mencatatkan kehadiran hampir atau lebih 15,ooo peminat.Ini adalah angka yang begitu ramai jika nak dibandingkan dengan kehadiran penyokong di stadium lain. Walaupun kapasiti stadium yang terhad,namun di setiap ruang dipenuhi dengan penyokong serba merah.

Mengikut carta yang dikeluarkan,kedudukan ranking teratas diisi oleh penyokong kelantan dan diikuti selangor dan kedah.Ini jelas terbukti pasukan kelantan merupakan pasukan yang paling ramai mempunyai peyokong tak kira dimanapasukan kelantan beraksi,disetiap stadium pasti ada penyokon berbaju merah.



Walaupun ada tanggapan negatif dari sesetengah pihak yang menggelarkan penyokong kelantan ganas atau 'gedebe' yang suka mencetuskan masalah.Bagi penyokong setia kelantan, ini tidak melemahkan malah semakin bersemangat untuk terus memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan kita.


Pada musim ini tiada lagi kedengaran mercun,membakar objek, atau membaling botol ke tengah padang.ini menunjukkan sikap gedebe,ganas,dan tidak berdisiplin sudah tiada lagi pada penyokong kelantan.ini lah sebenarnya yang harus ditunjukkan sikap sebenar orang kelantan kepada umum.buktikan yang kita adalah penyokong yang terbaik di malaysia.Ayuh!! sama sama kita terus memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan kita.
-GOMO KELATE GOMO-

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...