Grab the widget 

Saturday, May 29, 2010

Tiada alasan untuk kecewa lagi

KOTA BHARU – Bermain seperti biasa tanpa sebarang tekanan dan tunjukkan persembahan yang cemerlang. Begitulah pesanan Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan kepada para anak buahnya menjelang pertemuan Liga Super, Pulau Pinang menentang Kelantan malam ini.

Sambil peluang mengucup kejuaraan pertama tidak harus dibiarkan begitu sahaja, Sathianathan tetap mempunyai keyakinan tinggi bahawa Kelantan mampu mencatatkan kemenangan di Batu Kawan.

Sathianathan berkata, selepas mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Kedah tempoh hari, pemain Kelantan tidak ada alasan lagi untuk tidak mempamerkan persembahan cemerlang seterusnya mencatatkan kemenangan ke atas Pulau Pinang.

“Inilah masanya untuk pemain Kelantan membuktikan kemampuan mereka. Mereka (pemain) harus memberikan fokus lebih daripada 100 peratus di atas padang di samping menunjukkan permainan yang bermutu tinggi,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.

Sathianathan berkata, tempoh rehat selama tiga hari digunakan sepenuhnya oleh beliau bagi memperbaiki kelemahan yang berlaku sewaktu pertemuan dengan Kedah tempoh hari. “Saya akan melakukan sedikit rombakan terhadap kesebelasan utama pemain kerana ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin tidak dapat beraksi disebabkan menjalani penggantungan satu perlawanan.

“Justeru, posisi tengah memerlukan sedikit penyesuaian baru. Jadi saya berharap pengganti Indra Putra (Mahayuddin) mampu menggalas tugas tersebut. Sathianathan berkata, beliau cukup optimis Kelantan mampu mencipta kemenangan ke atas Pulau Pinang pada perlawanan malam ini.

“Bukan untuk mendabik dada, yang penting kita perlu mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menang bagi setiap perlawanan. “Di atas kertas, kita berada di tangga kedua manakala Pulau Pinang pula menghuni tangga tercorot.

“Itu pun merupakan satu kemenangan moral bagi pasukan kita. Jadi, takkanlah kita tidak berupaya mengatasi Pulau Pinang pada pertemuan malam ini. “Saya mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap pemain saya.

Tetapi pemain saya juga harus mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri untuk mencipta kemenangan,” katanya. Pada pertemuan pusingan pertama Liga Super di Kota Bharu, Kelantan berjaya menewaskan Pulau Pinang 3-1 hasil jaringan hatrik Norshahrul Idlan Talaha.

Kelantan tak rela hilang mata

INDRA (kanan) tidak dapat beraksi malam ini kerana menjalani penggantungan perlawanan.

KELANTAN tidak rela kehilangan tiga mata apabila berdepan pasukan di tangga tercorot Liga Super, Pulau Pinang di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang malam ini.

Meskipun turun tanpa khidmat kapten, Indra Putra Mahyuddin yang digantung satu perlawanan akibat mengumpul tiga kad kuning, ia tetap tidak merencatkan perancangan skuad Wira Merah itu untuk mencipta kemenangan di gelanggang lawan.

Jurulatih B. Sathianathan ketika dihubungi berkata, beliau tidak ada masalah untuk mencari pengganti Indra Putra dalam kesebelasan yang akan diturunkan pada perlawanan itu malam ini.
Menurutnya, beliau mempunyai kepercayaan penuh terhadap semua pemainnya dan siapa sahaja yang akan diturunkan, mampu mempamerkan aksi terbaik.

"Inilah masanya untuk mereka membuktikan kebolehan masing- masing terutama pemain simpanan.
"Saya berharap pemain dapat memberikan yang terbaik dan sentiasa fokus sepanjang perlawanan berlangsung," katanya.

Tambahnya, tiada lagi alasan buat anak-anak buahnya untuk tidak beraksi cemerlang pada perlawanan malam ini kerana mereka semua tahun tentang sasa- ran pasukan.

"Namun, saya tetap mengingatkan mereka agar jangan mengambil mudah perlawanan ini kerana Pulau Pinang pasti akan turun bermati-matian.

"Untuk mencapai kemenangan, pemain perlu memanfaatkan setiap peluang yang terhidang untuk memastikan tiga mata berharga milik kami," ujarnya.
Jelasnya, walaupun Pulau Pinang bukan sebuah pasukan yang kuat, namun dalam bola sepak apa-apa pun boleh terjadi.

Ditanya mengenai kemungkinan berlaku rombakan dalam kesebelasan utamanya, Sathianathan memberitahu, Akmal Rizal Rakli bakal bergandingan dengan Nor Shahrul Idlan Talaha untuk mengemudi barisan serangan.

"Saya harap dia (Akmal) dapat menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk membuktikan ketajaman penyudahnya," katanya

Sumber : Kosmo

Thursday, May 27, 2010

Kelantan gentar bayang Selangor

TERLALU dibayangi prestasi gah Selangor menjadi punca Kelantan gagal beraksi cemerlang ketika seri tanpa jaringan dengan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin, lapor KHAIRI MOHAMAD.

Faktor tersebut terpaksa diakui oleh ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan yang ternyata tidak berpuas hati dengan aksi anak-anak buahnya.

Tanpa berselindung, beliau kecewa kerana Kelantan gagal memungut mata penuh selain aksi yang dipamerkan tidak begitu konsisten berbanding perlawanan-perlawanan sebelum ini.

"Saya tidak faham kenapa ada pemain begitu tertekan dengan prestasi Selangor sehingga permainan mereka terjejas. Sudah banyak kali saya pesan supaya pemain fokus dengan perlawanan yang mereka hadapi.

"Sepatutnya kita melakukan kerja kita, sama ada Selangor mahu menang atau kalah itu mereka punya pasal. Kita yang seharusnya menang semua perlawanan sekiranya mahu terus mencabar Selangor," katanya semalam.

Sathianathan berkata, Kelantan masih belum mengaku kalah untuk terus mencabar takhta liga daripada Selangor.

"Kami akan bertemu Selangor Julai ini dan saya yakin kami akan menyekat kemaraan Selangor walaupun beraksi di Stadium Shah Alam," jelasnya.

Sumber: Kosmo

Wednesday, May 26, 2010

Ayuh Bangkit!!! masih belum terlambat

Kelantan perlu bangkit segera jika ingin menjulang piala liga.Kelantan hanya megutip satu mata sahaja ketika menentang Kedah semalam.Selangor pula kini kian selesa di puncak liga dengan mengumpul 47 mata setelah berjaya menewaskan Pahang jauh memisahkan daripada kelantan dengan 8 mata.Terengganu pula semakin rapat dengan Kelantan apabila berjaya mengutip 3 mata penuh dengan menewaskan T-Team.

Masih belum terlambat untuk Kelantan mencabar Selangor,jika dari sekarang Kelantan perlu melakukan sesuatu untuk menang kesemua baki lapan perlawanan.Tetapi agak mustahil untuk Kelantan memenangi kesemua perlawanan apatah lagi bakal berdepan dengan Selangor.

Apa apa pun kita yakin semangat pemain pemain Kelantan masih lagi utuh untuk menyaingi Selangor.Dan kita semua percaya B.Sathianathan mampu melakukan sesuatu untuk memastikan anak anak buahnya bangkit untuk baki lapan perlawanan akan datang.

Walau bagaimanapun kita mesti terima keputusan sekadar seri dengan Kedah,kerana kita semua tahu pasukan Kedah adalah sebuah pasukan yang hebat mempunyai ramai pemain pemain bintang yang mewakili kebangsaan.Kelantan bernasib baik berbanding dengan Terengganu yang dibelasah 4-0 oleh Kedah di tempat yang sama.

Untuk baki lapan perlawanan akan datang,kita harap sesuatu keajaiban akan berlaku ke atas Selangor yang mana akan bertemu pasukan yang kuat seperti Kedah dan Terengganu.
Jika Kedua dua pasukan ini berjaya menewaskan Selangor,maka Peluang untuk Kelantan kembali cerah dan tak lupa juga dengan pasukan Terengganu untuk bersaing merebut Trofi liga super.

Apa apa pun kita masih belum terlambat,dan sama sama lah kita terus memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan kita Kelantan untuk mengharungi saingan liga super dan juga Piala Malaysia yang akan datang.

GOMO KELATE GOMO

Tuesday, May 25, 2010

Barisan kemungkinan


p/s : ramalan kelantan menang 2-1

Sathia waspada ancaman Kedah


AZIZI (depan) akan tetap dipertanggungjawabkan mengemudi pertahanan Kelantan pada aksi menentang Kedah malam ini.


"JANGAN pandang mudah aksi menentang Kedah."

Demikian peringatan jurulatih Kelantan, B. Sathianathan kepada anak-anak buahnya menjelang pertemuan menentang skuad Hijau Kuning itu pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.

Menurut Sathianathan, Kedah pernah menewaskan Kelantan 1-0 di Stadium Sultan Muhammed IV pada perlawanan pusingan pertama awal Januari lalu.

Begitupun, dengan nada bersemangat, bekas jurulatih kebangsaan itu tetap mengidamkan tiga mata penuh dalam usahanya untuk menghambat Selangor yang kini selesa menerajui persada liga.

"Perlawanan malam esok (malam ini) amat penting, saya harap mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya.

"Lupakan aksi lawan Perlis Sabtu lalu terutama aksi babak kedua. Pemain perlu sedar jika kesilapan lalu berulang ia pasti boleh mengundang padah buat pasukan," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, moral pemain sudah kembali ke tahap asal dan beliau berkemungkinan akan membuat sedikit rombakan bagi memperkemaskan lagi pasukannya.
Dalam pada itu jelasnya, beliau tetap akan menggunakan khidmat pertahanan kental, Azizi Mat Rose untuk perlawanan ini.

"Azizi akan bermain seperti biasa. Saya yakin dia mampu mempamerkan aksi yang terbaik pada perlawanan malam esok (malam ini).

"Khidmat Azizi sememangnya ditagih dan dia adalah salah seorang watak penting yang memperkuatkan barisan pertahanan," ujarnya.

Diminta mengulas mengenai seteru utamanya Selangor, Sathia menjejaskan, beliau tidak akan mengambil tahu perkembangan pasukan lawannya itu.

"Saya memberitahu pemain, mereka tidak perlu fikirkan pasal Selangor, main seperti biasa dan tumpukan pada perlawanan kita sahaja," katanya.

Sumber : Kosmo

Monday, May 24, 2010

Surat terbuka kepada Azizi Matt Rose

Assalamualikum....
Pertama sekali kawe harap demo berada dalam keadaan sihat,waras,tenang dan cool.kawe juga harap demo dah tak panas dan hangin lagi.Demo punya hal malam tu pun kawe rasa dah setle, dan Sathia pun dah maafkan demo.bagus la tu, Sathia pun faham perasaan demo,dan kawe pun faham situsai demo malam tu.

Bro Azizi......

Kawe tak salah kan demo,tapi kawe terdetik dalam hati nk tegur demo,kawe tahu kita sebagai manusia tak lepas dari khilaf masing masing.Kawe sayang ko demo bro,kawe dah anggap demo macam idola kawe.Demo ada potensi sebagai pemain profesional,demo pun rajin atas padang, kawe rasa tak ada lagi mana mana player boleh challenge demo.Sekarang ni pun demo dah jadi pujaan penyokong penyokong Kelantan.Tahniah kawe ucapkan kepada demo.

Boh Azizi....

Malam tu kawe tengok demo main bagus 1st half,demo banyak bertahan dan menahan asakan asakan dari pihak lawan.bagus..Demo sentiasa konsisiten dalam permainan.tapi bila masuk 2nd half kawe tengok demo main macam dah hilang arah.tiba tiba demo jadi lembik,bakpo boh??
Bukan kawe nak salah kan demo sorang je boh,tapi barisan pertahan semuanya longlai.
jaringan lawan pada malam tu pun hasil kesilapan barisan pertahanan yang diketuai oleh demo.

Kekanda Azizi di sayangi...

Tindakan Sathianathan mengeluarkan kekanda,adinda rasa berpatutan.Sathia memang patut membuat keputusanya.Adinda tengok kekanda main dah lain macam,ke ada apa apa yang tak kena ni kekanda?ke kekanda segan nak lawan dengan ex-team kekanda?tak kan lah kerana ma dan abah kekanda peminat fanatik Perlis?kalau lah itu alasan kekanda,adinda tak pecaya lah..
ish!!tak masuk akal langsung lah.Tapi adinda rasa kekanda penat la,sepanjang perlawanan kekanda asyik main fulltime je.Tapi bukan pasal ni adinda nak tegur kekanda Azizi.

Tindakan Kurang Bagus...

Tindakan kekanda pada malam tu adinda rasa tak patut la,tak profesional la kekanda kalau macam tu.Kekanda janganla nak tunjuk 'pongoh' dan lepaskan kemarahan depan puluhan ribu penyokong kelantan.Nanti ape pulak dia orang kata.kekanda keluar padang dengan selumber nya kekanda menghempas jersi The Red Warrior ke lantai.Adoiyai kekanda,kekanda tak tau ke kat jersi tu ada logo kijang yang melambangkan negeri cik siti wan kembang.Tak patriotik la kekanda.Adinda tengok adegan kekanda malam tu pun adinda rasa sakit hati.adinda tahu la kekanda marah dan bengang, tapi....adoi,tak tau la macam mana.guna la cara lain nak lepaskan kemarahan.

Kekanda Azizi semacam Christiano Ronaldo....

Bila adinda tengok gelagat kekanda pada malam tu,adinda teringat pulak kat Ronaldo sewaktu menjadi player Man.United.Time tu tak salah adinda Forguson mengeluarkan Ronaldo untuk digantikan dengan player lain,lepastu dengan slumber ma abah dia jew menghempas jaket dan marah marah.Ronaldo pun tak puas hati jugak kerana tak dapat main full time.

Harapan kepada kekanda azizi...

Adinda harap lepas ni kekanda jangan buat macam tu lagi ye,adinda faham perbuatan kekanda malam tu diluar kotak pemikiran kekanda.ape ape pun adinda tetap menyayangi kekanda sebagai pemain kelantan.Adinda tetap meykong kekanda dan terus memberi semangat untuk kekanda.Besok kekanda akan berangkat ke Alor Star untuk menentang Kedah pula.Adinda rasa ini perlawanan yang sengit,Pasukan kekanda tak pernah mencatat kemenangan ke atas Kedah.
Adinda harap kekanda dan team mate kekanda dapat berjuang berhabis habisan untuk menewaskan pasukan kedah.Tunjukkan prestasi sebenar kekanda.

Last kopek....

Adinda harap kekanda dapat menjadikan iktibar dari apa yang berlaku,lupakan lah semua tu. Apa yang penting Kekanda fokus untuk game game yang akan datang.Sesungguhnya kekanda tetap di hati dan menjadi pujaan penyokong penyokong The Red Warriors.Adinda nak remind kan balik kat kekanda semasa kita berjumpa kat lobi hotel Grand Continental Kuantan sewaktu perlawanan Menentang Pahang.Adinda rasa kekanda masih ingat lagi dengan adinda,Adinda berasa bertuah sangat dapat bersembang dengan kekanda walupun sekejap.

Last kopek adinda nak minta maaf jika ada kekasaran bahasa,dan adinda nak mengucapkan selamat berjaya apabila menentang Kedah nanti...

Gomo Azizi Gomo


Yang benar
....................
(Rose mawar)


Kelantan makin ganas

IDLAN TALAHA (tengah) dihalang oleh pertahanan Perlis pada aksi di Kota Bharu kelmarin. Kelantan menang 2-1.


KELANTAN meneruskan aksi cemerlang apabila terus mengejar pendahulu Liga Super, Selangor selepas membenam cabaran Perlis 2-1 di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Di sebalik gegak gempita teriakan penyokong yang meraikan kejayaan tersebut, sedikit kontro- versi berlaku apabila segelintir penyokong berang dengan tindakan jurulatih Kelantan, B. Sathianathan mengeluarkan pertahanan kental, Azizi Mat Rose.

Pemain berkenaan dikeluarkan ketika perlawanan berbaki 20 minit dan dia ternyata berang apabila memprotes keputusan tersebut dengan membaling baju yang dipakainya sambil menjerit tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

Dia kemudian digantikan dengan Rizal Fahmi Rosid.Sathiantahan ketika dihubungi semalam mempertahankan tindakan tersebut dan menyifatkan keputusan mengeluarkan Azizi sebagai keputusan terbaik untuk pasukan terutama ketika pemain- pemain Kelantan seperti hilang fokus pada babak kedua permainan.

"Sebagai jurulatih saya perlu adil. Kalau seseorang pemain itu tidak mampu beraksi dengan baik, kita perlu keluarkan untuk memberi peluang kepada pemain lain. Saya jurulatih, saya perlu buat keputusan. Kalau saya nak ikut kehendak penyokong, susahlah.

"Dalam pasukan Kelantan, tiada pemain yang boleh cakap dia akan diturunkan dalam semua perlawanan dan akan bermain sepenuh masa. Jika mereka tidak bekerja di atas padang, dia akan dikeluarkan, itu adalah suatu yang pasti," katanya.

Tambahnya, keputusannya mengeluarkan Azizi dibuat selepas mendapati pemain tersebut tidak beraksi seperti biasa dan keletihan serta tidak konsisten ketika ditugaskan menjaga pemain Perlis.

"Protes yang ditunjukkan mungkin suatu yang baik kerana ia menunjukkan seseorang pemain itu sentiasa ingin bermain. Tetapi semalam saya nampak dia (Azizi) tak bermain seperti biasa, mungkin keletihan kerana sudah beraksi dalam 16 perlawanan.

"Dia juga sudah menemui saya dan meminta maaf selepas perlawanan dan saya harap ia tidak akan menjejaskan persiapan kita untuk menentang Kedah, Selasa ini (esok)," ujarnya.

Dalam pada itu, Sathia jelas tidak berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan anak-anak buahnya terutama pada separuh masa kedua apabila mereka seperti hilang punca dan sering diasak pemain Perlis.

"Kalau kita main macam separuh masa kedua semalam (malam kelmarin), lupakan sahaja hasrat untuk mencabar Selangor atau menang Liga Super. Ia adalah suatu aksi yang sangat teruk.

"Saya harap para pemain dapat melupakan segera aksi tersebut dan fokus kini adalah untuk menang ketika menentang Kedah dan saya yakin kita masih mempunyai peluang tersebut," jelasnya.

Sumber : Kosmo

Saturday, May 22, 2010

Preview Kelantan vs Perlis

The Red Warriors akan menerima kunjungan pasukan dari utara tanahair Perlis untuk aksi liga super pada malam ini.Setelah mencatatkan kemengan 3-0 keatas Terengganu minggu lepas, diharapkan Kelantan sekali lagi melakar kemenangan dan menjadikan Perlis pula sebagai mangsa di stadium keramat.Stadium Sultan Muhammed ke-1v.

Mood kemenangan pada Sabtu lalu masih lagi terasa,di jangka kan lebih 20,000 penyokong fanatik The RedWarriors akan membanjiri stadium untuk memberi sokongan padu kepada pasukan tersayang.

Kelantan perlu menewaskan Perlis, untuk terus memberi tekanan kepada Selangor yang sememang nya sudah pun tertekan akibat kehilangan tiga pemain utama,Safee Sali, Hardi Jaafar, Razman Roslan dan jurulatih K Devan.Hanya keputusan kemenangan bagi membuka saingan untuk merebut takhta liga.

Untuk rekod pertemuan dengan Perlis pada pusingan pertama yang lalu, dimana kedua dua pasukan sekadar berkongsi satu mata di Stadium Utama kangar pada Januari lepas.Namun pada ketika itu,Prestasi Kelantan masih lagi dibawah tahap sebenar,dan pemain pemain belum menemui rentak permainan.

Harus diingat kepada anak anak buah Yunus Alif,kebangkitan pasukan Kelantan tidak boleh dinafikan lagi.Kelebihan sudah tentu berpihak kepada Kelantan yang akan beraksi dihadapan puluhan ribu tentera merah.Dan amat sukar untuk pasukan lawan menewaskan Kelantan.

Barisan pemain pemain Kelantan sememangnya sudah bersedia dan cergas seratu peratus, disamping kehadiran semula penyerang Akmal Rizal Rakhli yang sudah pun pulih daripada kecederaan.Akmal dijangkakan akan digandingkan dengan Nor Shahrul Idlan.

Pengendali Kelantan,B.Sathianathan akan mengekalkan kesebelasan utama yang sama ketika menentang Terengganu Sabtu lalu.Kepujian harus diberikan kepada barisan pertahanan Kelantan yang beraksi cemerlang ketika menewaskan Terengganu.

Tugas yang berat menanti tonggak pertahan Kelantan iaitu Azizi Mat Rose yang akan berhadapan dengan bekas rakan sepasukan nya.Namun kekebalan pertahanan Kelantan ternyata sukar untuk pemain perlis menembusi gawang Kelantan.

Sedikit kelebihan kepada Kelantan,yang mana penyerang utama pasukan Perlis Ahmad Fakri Sarani dan Mohd Shazwan Zinol tidak dapat beraksi akibat kecederaan.Begitu pun B.Sathianathan mengingatkan anak anak buah nya supaya tidak menganggap perlawanan yang mudah.

Kepada semua pemain pemain tunjukkan aksi yang mantap dan cemerlang,bermain dengan penuh komitmen untuk melakar kemenangan dan seterusnya memberi tekanan kepada selangor.

Friday, May 21, 2010

Berita gembira untuk penyokong pasukan Kelantan

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Jurulatih pasukan bola sepak Selangor, K.Devan serta pemain tengahnya Mohd Hardi Jaafar masing-masing digantung enam perlawanan dan didenda RM6,000, ekoran insiden tegang pada perlawanan peringkat separuh akhir Piala FA di Negeri Sembilan pada 3 April lepas.

Pengerusi jawatankuasa tatatertib Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) Kamarudin Abdullah berkata dua lagi pemain pasukan itu masing-masing dijatuhi hukuman gantung empat perlawanan dan denda RM2,000.

Beliau berkata K.Devan didapati bersalah mengacau penolong pengadil satu, Mohd Kamil Tumin, dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya, manakala Mohd Hardi yang merupakan bekas pemain kebangsaan pula didapati bersalah menolak dan memukul belakang pengadil itu.

Katanya penyerang utama Selangor Mohd Safee Sali pula didapati bersalah menolak Mohd Kamil manakala pemain pertahanan Selangor, Razman Roslan bersalah menampar pemain Negeri Sembilan, Shahruain Abu Samah.

"Semua tertuduh dipanggil untuk memberikan penjelasan dan pihak jawatankuasa mendapati kesemuanya bersalah di bawah kod etika Tatatertib FAM 2010," katanya ketika dihubungi Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai perkara itu, hari Khamis.

Kamaruddin berkata hukuman itu berkuatkuasa mulai Sabtu ini apabila Selangor turun menentang KL Plus di Stadium Shah Alam, di mana Devan tidak akan dibenarkan untuk bersama-sama pemain di bangku simpanan, manakala ketiga-tiga pemain itu tidak dibenarkan beraksi.

Kesemua mereka dituduh melakukan perbuatan itu pada perlawanan pusingan kedua separuh akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, apabila Selangor tewas dengan peraturan gol di tempat lawan setelah terikat dengan agregat 2-2.

Suasana menjadi tegang setelah pengadil perlawanan, Ibrahim Mohamad tidak memberikan sepakan penalti walaupun pemain-pemain Selangor mendakwa bola terkena tangan pemain Negeri Sembilan, Mohd Syukor Adan di dalam kotak penalti pada minit ke-58.

Sumber : Bernama

Thursday, May 20, 2010

Khalid kempunan sertai T-Team

ketika bersama pasukan kelantan



HASRAT bekas penyerang skuad kebangsaan, Khalid Jamlus untuk menyarung jersi pasukan T-Team tidak kesampaian apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam menolak permohonan kelab dari Terengganu itu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Wan Nizam Wan Omar berkata, hanya pemain yang belum didaftarkan dengan mana-mana pasukan musim ini diluluskan untuk permohonan pendaftaran kedua yang berakhir kelmarin.

"Sudah jelas dalam peraturan, pemain yang telah didaftarkan dengan mana-mana pasukan musim ini tidak boleh didaftarkan pula untuk pasukan lain dalam musim yang sama.

"Memang Khalid tidak pernah beraksi bersama ATM musim ini tetapi dia telah didaftarkan bersama kelab itu dan lesennya bersama ATM telah dikeluarkan," kata Wan Nizam pada sidang media selepas mesyuarat JKPT di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Khalid, 33, yang pernah beraksi untuk Perak, Selangor dan Kelantan menyertai ATM musim ini tetapi dia tidak sempat beraksi untuk satu perlawanan pun kerana telah digugurkan atas alasan masalah disiplin sebelum saingan bermula.

Wan Nizam menambah: "Jika Khalid mahu beraksi semula untuk musim ini, dia hanya boleh didaftarkan untuk pasukan asalnya sahaja iaitu ATM."

T-Team pada satu majlis yang diadakan di Royal Terengganu Equestrian Stable (RTES) Lembah Bidong, Setiu pada 30 April lalu telah memperkenalkan Khalid sebagai pemain baru mereka.

Sementara itu, Pengerusi JKPT FAM, Datuk Che Mat Jusoh yang terpaksa keluar daripada mesyuarat ketika keputusan penolakan pendaftaran Khalid itu dibuat berkata, sebanyak 25 pendaftaran pemain baru diluluskan untuk pasukan-pasukan Liga Super

Sumber : Kosmo

Wednesday, May 19, 2010

Kafa kesal gejala tiket palsu kembali menular

KOTA BHARUPersatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kesal dengan penularan gejala ulat tiket dan tiket palsu yang kembali berleluasa sewaktu berlangsung perlawanan Liga Super membabitkan Kelantan menentang Terengganu tempoh hari.

Setiausaha Agung Kafa, Mohammad Noordin Awang berkata, pihak Kafa berasa tidak gembira setelah gejala ini kembali menular dan akan menjalankan siasatan dengan segera. “Kita menyedari sebelum ini gejala ulat tiket sudah berkurangan, tetapi pada perlawanan dengan Terengganu tempoh hari, mereka (ulat tiket) ini kembali bermaharajalela mengambil kesempatan menjual tiket dengan harga yang tidak masuk akal,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.

Mohammad Noordin Awang berkata, pihak Kafa sebelum ini menetapkan syarat setiap orang hanya boleh membeli empat keping tiket sahaja. “Inilah masalahnya, ulat tiket terlalu ramai, mereka (ulat tiket) akan berpakat dan beratur secara bergilir-gilir bagi membeli tiket sebanyak yang mungkin. “Sebagai contohnya, tiket tempat duduk berbumbung sememangnya terhad kepada seribu tempat duduk sahaja, dan apabila kita mula menjual tiket itu, dalam masa tidak sampai dua jam tiket itu habis dijual,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan pembabitan orang dalam, Mohammad Noordin berkata, pihak Kafa memandang serius dakwaan itu dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana individu yang bersekongkol dalam gejala ini.

Pihak Kafa akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan masalah dan seterusnya mengambil langkah pencegahan bagi memastikan ianya tidak lagi berulang. “Memang benar kita ada satu jawatankuasa yang memantau daripada segi penjualan tiket itu, tetapi kita tidak menekankan tentang aspek itu.

Mungkin itu kelemahan daripada pihak Kafa dan kita akan perbaiki kelemahan itu,“ katanya. Mengulas mengenai isu tiket palsu, Mohammad Noordin berkata, pihak Kafa mungkin akan mengkaji semula waktu penjualan tiket perlawanan bagi mengelakkan perkara itu daripada berulang. “Kita menjual tiket perlawanan bermula jam 10 pagi pada hari perlawanan bagi membolehkan peminat mendapatkan tiket tersebut lebih awal.

Bagaimanapun, di sebalik kita membuka kaunter jualan tiket pada awal pagi, masih ada lagi individu yang mengambil kesempatan mencetak tiket palsu. “Mungkin kita terpaksa jual tiket perlawanan pada sebelah petang selepas ini,” katanya. Mohammad Noordin berkata, ratusan tiket palsu berjaya dikesan oleh pihak Kafa pada perlawanan Kelantan menentang Terengganu tempoh hari. “Jumlah kerugian masih belum dapat ditaksirkan.

Bagaimanapun, dari satu sudut pihak Kafa tetap dilihat mengalami kerugian yang tidak sepatutnya mereka tanggung. “Saya mengharapkan kerjasama daripada orang ramai khususnya peminat bola sepak Kelantan, tolong laporkan kepada pihak Kafa atau pihak berkuasa dengan segera sekiranya mereka melihat gejala ini berlaku lagi pada masa akan datang,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

KAFA anjur Karnival The Red Warriors

ANNUAR Musa menunjukkan risalah mengenai Karnival The Red Warriors di Kota Bharu kelmarin.

LEBIH 100,000 pengunjung dijangka memeriahkan Karnival The Red Warriors (TRW) 2010 di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu selama tiga hari bermula 28 Mei ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, karnival yang bertemakan Menjadi Medan Himpun Temu Berlandaskan Populariti Pasukan The Red Warriors bertujuan merak- yatkan sukan bola sepak khususnya penduduk negeri Kelantan.

Katanya, karnival ini juga dapat menyatukan rakyat Kelantan yang cintakan bola sepak tanpa mengira fahaman dan pendekatan politik di samping menyemarakkan lagi sokongan pada terhadap pasukan The Red Warriors sempena Tahun Bola Sepak Kelantan (TBSK) 2010 tahun ini.

"Karnival yang julung kali diadakan ini merupakan karnival pertama dianjurkan oleh persatuan bola sepak negeri di negara ini.

"Ini merupakan suatu program yang diatur oleh pihak KAFA bagi mendekatkan pemain dengan masyarakat Kelantan," katanya.

Tambahnya, sukan bola sepak bukan setakat hanya pada perlawanan di stadium sahaja, kita mahu masya- rakat menikmati pelbagai untuk pro- gram berasaskan bola sepak seperti mana penganjuran karnival ini.

Menurut Annuar, peminat bola sepak Kelantan juga berpeluang beramah mesra dengan pemain bola sepak dari Akademi KAFA, skuad Piala Presiden sehingga kepada pemain Liga Super Kelantan.

Katanya, karnival berkenaan akan dirasmikan oleh Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood.

"Antara aktiviti yang akan berlangsung pada karnival itu ialah per- tandingan futsal, menimang bola, bola sepak jalanan, persembahan dikir barat, persembahan kerohanian dengan artis jemputan terdiri daripada Ramli Sarip, Mawi, Jay Jay dan kumpulan nasyid, Unique.

"Karnival turut diserikan dengan pelbagai gerai jualan produk sepanjang tiga hari ia berlangsung.

"Di samping itu Datuk Siti Nurhaliza juga akan hadir bersama produk kecantikan terbarunya, Simply Siti dan juga penampilan AC Mizal di gerai jualannya," ujar Annuar lagi.

Sumber : Kosmo

Tuesday, May 18, 2010

TRIBUTE TO HASHIM MUSTAPHA (PART 1)

THE LEGEND


NAMA : Hashim Mustapha
TARIKH LAHIR : 31hb. Januari 1966
TINGGI : 5' 6"BERAT : 65 kg
ADIK-BERADIK : Sembilan (keenam)
POSISI : Penyerang
STATUS : Kahwin
PENDIDIKAN : Kolej Sultan Ismail (SIC)
FIZIKAL : Sederhana tinggi
PENGALAMAN* 1982 - Mula bermain dalam pasukan Kelantan untuk Piala Emas Raja-raja ketika tingkatan empat.
* 1983 - Berehat setahun untuk menghadapi SPM
* 1984 ~ 1996 - Menjadi pemain utama Kelantan
* 1993/94 - Pemenang Kasut Emas
* 1996 ~ 1997 - Berhijrah ke negeri Kedah
* 1998 - Kembali ke Kelantan
* 1999 - Bersama pasukan Johor setelah berselisih dengan pengurusan Kelantan FA
* 2000 - Bersama JKR Kelantan
* Menyertai TNB Kelantan di pusingan kedua Premier II 2001
* 2008 - Jurulatih Skuad Presiden Kelantan
* 2010 - Pembantu Jurulatih Skuad Kelantan
Pencapaian : Pemenang kasut emas 1993-1994

Hashim Mustapha, ikon bolasepak Kelantan, dari era 80-an sehingga pertengahan 90-an. Beliau merupakan pemain yang paling masyhur di Kelantan, dan juga di se-antero Tanah Melayu. Beliau cukup digeruni lawan dengan skil & corak permainan ala akrobatik, bak seorang ahli gymnastic. Beliau pernah menjaringkan gol paling cantik side-scissor-kick sewaktu menentang Johor, sekitar awal 90-an. Beliau juga merupakan top scorer Melayu dalam liga bolasepak Malaysia 90-an, kerana telah berjaya memenangi anugerah ‘Kasut Emas’ bolasepak Malaysia, buat beberapa kali.

HAMPIR 20 tahun bergelumang sebagai pemain dengan ratusan gol dijaringkan, namun ia gagal memberi kepuasan kepada bekas penyerang kebangsaan dari Kelantan, Hashim Mustapha, sepanjang karier bola sepaknya.

Bagi Hashim, kariernya sebagai pemain tidak sempurna apabila impian membawa negeri kelahiran menjulang sebarang piala dalam liga tempatan terutamanya Piala Malaysia, gagal dipenuhi.

"Memang banyak kenangan manis selama pembabitan saya sebagai pemain, tetapi saya kecewa kerana sepanjang tempoh itu impian membawa Kelantan menjulang Piala Malaysia sebagai hadiah kepada penyokong tidak kesampaian.

"Bagi saya, skuad Kelantan pada 1993 cukup mantap untuk melangkah ke final, malangnya impian kami berkubur di separuh akhir apabila tewas kepada Kedah," katanya.Ketika menyarung jersi Kelantan, anak kelahiran Kota Bharu ini boleh dikatakan hampir setiap musim menjadi penjaring terbanyak pasukan negerinya termasuk tiga kali meraih anugerah Kasut Emas.

Malah, lebih membanggakannya anugerah itu dicapai ketika liga negara ini dipenuhi bintang penyerang import yang cukup digeruni seperti Scott Ollerenshaw, Jose Iriarte, Abbas Saad, Alistair Edwards dan Ervin Boban."Pada 1990 saya muncul penjaring terbanyak Divisyen Dua dengan 15 gol sekali gus membantu Kelantan melangkah ke Divisyen Satu pada tahun berikutnya.

"Saya masih ingat pada 1993, saya muncul penjaring terbanyak hasil jaringan perlawanan terakhir liga iaitu ketika Kelantan menentang Negeri Sembilan. "Sebelum perlawanan itu, Jose Iriarte mendahului senarai penjaring dengan 12 gol manakala saya pula mengumpul 10 jaringan tetapi dalam perlawanan terakhir Pahang, Jose gagal menjaringkan gol tetapi saya mencipta hatrik, seterusnya memenangi kasut emas dengan 13 gol," katanya.

Namun, bagi Hashim, kejayaannya memenangi kasut emas pada 1994 lebih memberi kepuasan apabila dia bukan setakat menjaringkan 29 gol daripada 30 perlawanan, malah mencatat rekod beraksi setiap minit tanpa digantikan."Tahun itu saya beraksi dalam 30 perlawanan Liga Perdana, tiga dalam Piala FA dan enam perlawanan Piala Malaysia.

Saya langsung tidak digantikan atau digantung perlawanan."Saya rasa tidak ada pemain mampu menyamai rekod saya ketika itu. Kalau ada pun mungkin Radhi Mat Din atau penjaga gol Sarawak, Mazelan Wahed," katanya tersenyum mengimbau memori indah sebagai pemain.

Selepas menggantungkan kasut bolanya sebaik musim 2001 berlabuh ketika usianya 35 tahun, Hashim tetap tidak mampu memisahkan dirinya dengan bola sepak yang dianggap sudah sebati dengan dirinya.

"Saya masih lagi bermain bola sepak... tak boleh tinggal, tapi sekadar suka-suka untuk keluar peluh. Itupun jika ada kelapangan bersama rakan-rakan," katanya..Menceritakan detik mula karier bola sepaknya, Hashim berkata dia mula mewakili Kelantan ketika baru berusia 18 tahun dalam pertandingan Piala Malaysia pada 1984.

"Waktu itu saya menyarung jersi nombor 10. Bukan sebab handal... tapi kerana pemain senior tidak berani memakai jersi itu yang pernah digunakan penyerang terbilang Kelantan, Dali Omar.

"Bila semua dah ambil nombor lain, nak tak nak hanya jersi nombor 10 saja yang tinggal," katanya.Tahun yang sama juga dia dipanggil menyertai skuad Harimau kebangsaan di bawah jurulatih Abdullah Mohamad dan Abdul Rahman Ibrahim serta berpeluang beraksi bersama bintang England, Kevin Keegan, yang menjadi pemain jemputan skuad itu.

Hashim berkata, reputasinya sebagai penjaring terbanyak menyebabkan dia sentiasa menjadi tumpuan pemain pertahanan lawan yang bukan saja mengawal ketat pergerakannya, malah sering kali membuat bentesan keras."Ketika itu, pemain pertahanan semuanya tegap-tegap dan mengamalkan corak permainan keras seperti Olobumni Adigun, Darren Stewart, Alan Davidson dan Ahmad Yusof. Tengok mereka pun dah gerun," katanya.

Pada 1996, Hashim membuat keputusan mengejut apabila berhijrah ke Kedah untuk berubah angin dan memenangi Piala FA pada tahun yang sama. Selepas dua musim bersama Kedah, dia kembali ke pangkuan Kelantan pada 1998 sebelum membantu Johor memenangi Liga Divisyen Dua pada 1999.

Bersama skuad kebangsaan, Hashim tidak dapat melupakan memori manis membantu skuad negara meraih pingat perak Sukan Sea 1987 di Jakarta yang mana Hashim menyumbang satu gol dalam saingan separuh akhir menentang Thailand.

"Sebelum perlawanan itu, ramai yang tidak memberi harapan kepada skuad negara tambahan pula Thailand dibarisi pemain ternama seperti Piyapong Pue-Onn dan Attapol Buspakom."Tetapi, segala-galanya berubah apabila saya menjaringkan gol pertama menerusi tandukan terbang sebelum Dollah Salleh menambah gol kedua. Malangnya kita tewas kepada tuan rumah, Indonesia dalam final," katanya.

Ditanya mengenai impiannya di masa depan, Hashim berkata dia bercita-cita menjadi jurulatih Kelantan suatu hari nanti dan mahu mencungkil seberapa banyak bakat baru di negeri itu."Impian menjulang Piala Malaysia sebagai pemain tidak tercapai... tetapi mana tahu saya mampu mengucupnya sebagai jurulatih," katanya.



Monday, May 17, 2010

Kerajaan negeri dan KAFA menentang judi bola sepak

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas menentang sekerasnya dan merasa kesal terhadap kerajaan pusat yang sanggup mengeluarkan lesen judi untuk pertaruhan bola sepak menjelang Piala Dunia nanti.

Menteri yang bertanggungjawab mencadangkan meluluskan lesen judi ini ialah Datuk Dr Awang Adek yang merupakan menteri dari Kelantan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, Kita tidak boleh main-main dalam hal ini kerana perbuatan judi di kalangan umat Islam adalah haram. Saya hairan kenapa Kerajaan Pusat boleh mengeluarkan lesen kepada mereka.

Persatuan Bola Sepak Kelantan KAFA berpendirian yang sama dengan kerajaan negeri yang sama sekali tidak bersetuju dengan Kerajaan Pusat untuk meluluskan lesen judi bola sepak.

Menurut Presiden Tan Sri Annuar Musa,"kerajaan sepatutnya bertegas mengharamkan sebarang bentuk perju- dian dalam bola sepak seperti tindakan mengharamkan iklan rokok".

Sesungguh nya judi itu haram disisi agama islam......
Wahai umat Islam! Dalam dunia Kapitalisme hari ini judi menjadi halal kerana adanya lesen dari pemerintah. Keharaman judi, hukum yang datang dari Allah SWT, tidak ada nilainya dalam sistem kufur hari ini. Judi adalah amalan syaitan namun pemerintah sekular menyuburkan amalan ini. Perbuatan mereka ini akan menyemarakkan lagi agenda-agenda syaitan dan ini sudah tentu akan melahirkan lebih ramai lagi syaitan -syaitan, besar dan kecil. Fenomena ini akan memenuhkan setiap inci tanah umat Islam ini dengan kaum kerabat syaitan sedangkan setiap hari kita bermohon kepada Allah SWT untuk berlindung dari syaitan yang kena rejam. Firman Allah SWT: ”Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang direjam”. [TMQ An Nahl (16): 98]. Namun nampaknya, bagi para pemimpin sekular yang ada hari ini, tangan kanan mereka bermohon untuk menjauhkan diri dari syaitan yang direjam tetapi tangan kiri mereka begitu aktif mengajak dan menjemput syaitan memenuhi negeri umat Islam ini.

Sunday, May 16, 2010

Kuasa baru Gergasi Pantai Timur

KOTA BHARU-Kelantan muncul sebagai kuasa baru gergasi Pantai timur setelah menewaskan musuh tradisi, Terengganu dengan kemenangan 3-0 pada perlawanan Liga Super yang berlangsung di stadium Sultan Muhamed ke-1v, Kota Bharu, malam tadi.

Kemenangan ke atas pasukan jiran tetangga itu mengukuhkan kedudukan The Red Warriors di tangga kedua liga dengan mengumpul 35 mata setakat ini.

Beraksi dihadapan hampir 25,000 penyokong setia merah putih,jelas reputasi Kelantan berada setapak dihadapan apabila percubaan Mohd Norfarhan Muhammad pada minit ke-15 nyaris menghasilkan gol untuk Kelantan.

Minit ke-28 Kelantan memperolehi gol pertama apabila ketua pasukan Terengganu, Mohd Marzuki Yusoff tertolak bola ke gawang sendiri setelah berlaku kekalutan di depan pintu gol pasukan pelawat.

Selang dua minit kemudian,Kelantan memperolehi gol kedua apabila rembatan ketua pasukan, Indraputra Mahayuddin daripada luar kotak penalti berjaya menewaskan Mohd Sharbinee Allawee Ramli.

Manakala percubaan pasukan Terengganu melalui Abdul Manaf mamat pada minit ke-35 sekadar tersasar daripada pintu gol Kelantan.

Minit ke-36 Kelantan dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil setelah Norshahrul Idlan Talaha dijatuhkan oleh penjaga gol Terengganu.

Norshahrul Idlan dengan tenang mudah menyempurnakan sepakan tersebut untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Jaringan Abdul Manaf pada minit ke-40 dibatalkan oleh pengadil setelah dikesan berada dalam kedudukan ofsaid.

Minit minit akhir perlawanan. percubaan jarak jauh S Chanturu sekadar mengenai tiang gol pasukan Terengganu biarpun Mohd Sharbinee Allawee sudah pun tertewas.

Bersambung babak kedua,pasukan pelawat dilihat lebif menguasai perlawanan melalui rangkaian gandingan penyerang gantian,Josep Kalang Tie dan Wan Mohd Alif Wan Jasmi.

Minit ke-61 percubaan pemain tengah Terengganu,Mohamad Ashaari Shamsuddin pula terus ke dakapan Khairul Fahmi Che Mat.

Satu satunya peluang terbaik Kelantan hadir pada minit ke-68 apabila percubaan kencang Mohd Norfarhan sedikit tersasar melepasi palang gol Terengganu.

Manakala percubaan half volley Mohd Firdaus Fauzi pada minit ke-81 dikuis keluar oleh Khairul Fahmi Che Mat menutup tirai kemenangan bergaya ke atas Terengganu.

Sementara itu, ketua pasukan Kelantan, Indara Putra Mahayuddin diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan ini.


Sumber : Sinar Harian

Saturday, May 15, 2010

kesebelasan utama malam ini


P/S Ramalan Kelantan menang 2-1

Friday, May 14, 2010

Preview Kijang Vs Penyu


Perlawanan tumpuan antara dua gergasi pantai timur sudah mula terasa kehangatanya. Cakap cakap sudah mula kedengaran tentang kekuatan kedua dua pasukan.

Malam esok merupakan detik detik yang dinantikan, Skuad Kelantan akan menerima kunjungan pasukan jiran iaitu Terengganu dalam aksi liga super.
Yang menariknya kedua dua pasukan berjiran ini mempunyai matlamat dan misi yang sama iaitu mahu mencari kemenangan sekaligus memberi tekanan kepada pendahulu liga yakni Selangor.
Mengikut pada ranking sekarang, Terengganu berada dibelakang Kelantan dipisah kan dengan lima mata yang mana kelebihan satu perlawanan kepada Kelantan. Rekod pertemuan pusingan pertama yang lalu, kedua dua pasukan terikat tanpa jaringan
gol di Kuala Terengganu.

Untuk perlawanan kali ini, semestinya Terengganu ingin melakukan keajaiban
dengan mengutip tiga mata penuh di tempat lawan. Bagi penyokong setia Red Warrior pula, amaran keras akan dilaungkan jika pasukan Terengganu inginkan kemenangan.

Penyokong penyokong tidak sanggup dimalukan buat kali kedua di tempat sendiri apatah
lagi kepada pasukan jiran sendiri.dijangkakan berpuluh ribu pahlawan pahlawan merah
akan membanjiri segenap ruang stadium untuk memberi sokongan padu kepada pasukan tersayang.


Sathianathan mahukan kemenangan

Bagi pengendali skuad kijang, B.Sathianathan sudah tentu mahukan kemenangan untuk menjarakkan mata dengan pasukan Terengganu dan menjadi pencabar utama kepada musuh tradisi iaitu Selangor.

Mengharapkan kepada pemain Kelantan yang Berasal dari Terengganu iaitu Paan, Hai-o dan Norshahrul akan memberi saingan sengit dan menjadi pemusnah kepada pasukan kelahiranya.

Diharapkan ketiga tiga pemain ini dapat menunjukkan aksi cemerlang dan dan bermain dengan semangat berpasukan walaupun menentang pasukan kelahiranya.

Untuk menambah kesengsaraan Terengganu lagi, jika ketiga tiga pemain ini dapat menjaringkan gol.Walaupun kita semua tahu Terengganu mempunyai penjaga gawang yang hebat iaitu Sharbinee Alawi yang merupakan penjaga gol utama Kebangsaan.

Tetapi ini tidak menjadi masalah besar kepada pasukan Kelantan jika pemain pemain bermain bersungguh sungguh dengan penuh komitmen.


Manaf Mamat menjadi taruhan

Pasukan terengganu juga akan mempertaruhkan penyerang skuad kebangsaan iaitu Abdul Manaf Mamat untuk merobek gawang Kelantan.Beliau akan digandingkan dengan Penjaring terbanyak setakat ini Ashaari Shamsuddin disamping akan dibantu oleh pemain pemain lain antaranya Firdaus Fauzi, Joseph Kalang dan Wan Alif.

Semestinya penyokong skuad penyu akan mengharapkan pasukanya dapat menewaskan Kelantan nanti.Tetapi tidak mudah rasanya untuk terengganu menembusi barisan pertahan kental Kelantan yang diterajui oleh Azizi,Subra,Ropi, dan juga Daudsu.

Thursday, May 13, 2010

Khairul Fahmi tersenarai dalam skuad Kebangsaan






Kharul Fahmi Che Mat atau apek tersenarai dalam 30 pemain skuad Malaysia bagi menghadapi sukan asia dan piala konfederasi pada bulan November dan Disember nanti.Selain Apek, seorang lagi penyerang sensasi Kelantan iaitu Norshahrul Idlan Talaha juga terpilih untuk mewakili kebangsaan.

kedua dua pemain ini akan akan menyertai skuad kebangsaan berangkat ke Antalya Turki untuk sama sama menjalani latihan selama sepuluh hari bemula 10 jun.
baca berita lengkap disini

Surat terbuka kepada B.Sathianathan


Selamat sejahtera coach..

Wanakkamm..Kawe harap harap coach berada dalam keadaa sihat sentiasa disamping player player dan pegawai pasukan sekembalinya dari Johor bharu.

Dikesempatan ini kawe ingin mengucapkan tahniah kepada coach dan juga players kerana berjaya menewaskan Johor dengan jaringan yang agak selesa kawe rasa.diharapkan kemenangan ini dapat diteruskan untuk game yang akan datang untuk kita melaksanakan misi kita merampas takhta liga daripada Selangor sekaligus menjulang piala liga super buat julung kalinya.

kawe sebenarnya tak berapa pandai mengarang dan berbahasa surat ni,cuma kawe belasah jew ni.(keh5x)..izinkan kawe ketawa sekejap.kawe harap coach tak pening dengan isi surat nurkilan kawe ni,untuk pengetahuan coach pemikiran kawe ni level budak lepasan UPSR sahaja.

Coach yang dihormati..

Kawe terus street to the point ye,perkara pokok nya kawe nak sentuh tentang perlawanan antara Kelantan dan Terengganu yang dijangka sengit Sabtu ini.Sudah tentunya harapan harapan beratus ribu penyokong bola sepak kelantan terletak diatas bahu coach dan anak anak buah coach.Hanya kemenangan yang diharapkan.Walau apa pun kawe tahu coach mesti mahukan kemenangan untuk pasukan kelantan terus menghambat Selangor dan kemenagan dengan Terengganu nanti juga akan menguatkan moral moral player untuk mengharungi saingan liga super.

Coach yang dihormati..

Kawe juga mengharapkan kemenangan pasukan kelantan,dengan prestasi yang meningkat naik sekarang kawe percaya kelantan mampu memberi saingan sengit kepada pasukan ganung.
Kawe tahu coach mempunyai kredebiliti sebagai jurulatih perfesional yang pernah membimbing pasukan kebangsaan.

Sejak kebelakangan ini,kawe lihat pasukan kelantan optimis untuk memburu kejayaan, walaupun ketika permulaan liga dahulu prestasi permainan agak hambar.Akan tetapi coach bijak melakukan perubahan dan telah menutup mulut kebanyakan pengkritik pengkritik pasukan kelantan selama ini.Sekali lagi terima kasih tak terhingga kepada coach.

Walau apa pun,kawe berpandangan pada perlawanan antara kelantan dan terengganu agak sengit yang merupakan perlawanan antara dua gergasi pantai timur.Firasat kawe mengatakan Kelantan tidak akan mudah untuk melakarkan kemenangan.
Beres satu bab...

Coach yang dihormati..

Perkara kedua kawe nak ingatkan pada coach untuk memberi warning kat anak anak buah coach supaya jangan anggap mudah untuk menewaskan terengganu walaupun beraksi di stadium keramat kita, kawe rasa ini tidak memberi kelebihan kepada pasukan coach.

walaupun satu Malaysia sudah tahu pasukan Terengganu pernah dibelasah Kedah 4-0.Untuk pengetahuan coach pasukan Terengganu ni magic,terengganu juga pernah malukan Selangor, agak agak coach, pasukan kelantan bila lagi nak malukan Selangor?.

Apa apa pun kawe mengharapkan kebijaksanaan coach dan juga pengalaman coach untuk pasukan kelantan menewaskan terengganu nanti.Kawe rasa coach tidak menghadapi masalah untuk menurunkan kesebelasan utama nanti.Pastikan pilihan coach nanti adalah yang terbaik dan terhebat.

Coach yang dihormati..

Last kopek..
Dikesempatan ini juga, kawe meminta dan merayu pihak pengurusan stadium supaya tingkat kan keselamatan dalam atau luar stadium agar perkara perkara yang tidak diingini berlaku. Kawe juga mendapat tahu fan fan terengganu akan turut memberi sokongan kapada pasukan nya.

Kepada penyokong penyokong jagalah tingkah laku dan berdisiplin.please...kawe minta kerjasama.Jadilah penyokong yang berakhlak dan berdisiplin tanpa adanya balingan botol ataupun letupan mercun..please..please..please..kamu jangan nakal.

Sekian Dari Kawe
.............................
(budongs)

Wednesday, May 12, 2010

Kelantan terus ekori Selangor

Oleh Rizar Mohd Noor
bhsukan@bharian.com.my
2010/05/12

Anak buah Sathia mudah benam Johor di atas padang becak di Stadium Larkin KELANTAN terus mengekori dua mata di belakang Selangor selepas menewaskan Johor 4-1 dan kini 32 mata dalam satu-satunya aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam tadi.

Beraksi di padang becak, tuan rumah lebih awal mencemaskan pelawat pada minit kelima selepas gerakan Rosaiful Nizam Omar menewaskan penjaga gol Kelantan, Syed Adney Syed Hussein tetapi sempat ditanduk keluar Azizi Mat Rose.

Namun anak buah B Sathianathan terlebih dulu memecah kebuntuan pada minit ke-15 menerusi sepakan percuma Mohd Badhri Mohd Radzi dari jarak 25 meter yang tepat menerjah jaring menewaskan penjaga gol Johor, Md Amrol Jaihan.

Rosaiful Nizam yang gagal menterjemah peluang di awal perlawanan menebus kehampaan itu pada minit ke-21 apabila menggunakan peluang ketika kekalutan di dalam kotak penalti dengan rembatan kencang untuk mengikat kedudukan 1-1.

Malang mula menimpa Johor apabila pengadil, Lismotia Mohem Mohd Tisan menghadiahkan sepakan penalti buat Kelantan pada minit ke-32 selepas bola terkena tangan L Ragesh di dalam kotak penalti dan Indra Putra Mahayuddin mudah menyempurnakannya untuk meletakkan pelawat di depan.

Kelantan terus selesa menjelang rehat apabila Mohd Badhri sekali lagi menggegar gawang menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti pada minit ke-44. Derita tuan rumah berterusan pada minit ke-77 selepas Mohd Radzi Jasman tersilap melakukan tertampan ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan hantaran lintang Norshahrul Idlan Talaha, sekali gus memastikan dominasi Kelantan di gelanggang lawan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...