Grab the widget 

Monday, May 3, 2010

Awasi kebangkitan Tok Gajah

Sumber : Sinar Harian


KOTA BHARU – Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan memberi amaran awal bahawa kebangkitan anak buah Dollah Salleh tidak harus dipandang mudah oleh pemainnya menjelang pertemuan Liga Super dengan Pahang di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu, Selasa ini. Sathianathan berkata, walaupun pasukan Tok Gajah dibarisi pemain kurang ternama pada musim ini, tetapi mereka tetap menunjukkan mutu permainan yang baik apabila bermain sebagai satu pasukan. “Walaupun pencapaian mereka dalam liga adalah sederhana, tetapi itu tidak bermakna memberi tidak mampu memberi tentangan sengit kepada pasukan yang kuat seperti Kelantan,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam. “Lihat sahaja, mereka (Pahang) mampu mengejutkan naib juara Piala FA, Kedah dengan kemenangan 2-1 di Kuantan baru-baru ini. “Saya tidak pernah menganggap mana-mana perlawanan dalam liga Super adalah mudah bagi Kelantan. Semua pasukan seimbang, begitu juga dengan prestasi pasukan Pahang setakat ini,” katanya. “Apa yang penting, kita perlu mempamerkan corak persembahan bertenaga seperti pertemuan menentang Negeri Sembilan dan KL Plus baru-baru ini. “Kalau kita dapat mengekalkan corak seperti itu, saya percaya kemenangan pasti berpihak kepada kita pada pertemuan itu nanti,” katanya. Sathianathan turut menamakan penyerang, Aza-muddin Mohd Akil antara pemain yang perlu diberi perhatian oleh pertahanan Kelantan sepanjang 90 minit permainan andai tidak mahu berputih mata di gelanggang sendiri. Selain Azamuddin Mohd Akil yang dilihat cukup merbahaya, Pahang turut menyandarkan harapan kepada kelibat pemain seperti Abdul Rahman Kadir, R Kartigesu dan ketua pasukan, Mohd Shahrizan Salleh bagi mencipta kejutan di Kota Bharu. Sementara itu, Sathianathan berkata, khidmat pemain pertahanan, Mohd Daudsu Jamaluddin terpaksa diketepikan kerana digantung satu perlawanan. “Tempat Daudsu (Jama-luddin) mungkin diisi oleh Mohd Farisyam Ismail atau Mohamad Zamri Ramli. Kita akan tengok menjelang hari perlawanan nanti, siapa yang layak memikul tanggungjawab di posisi itu,” katanya. Pada masa sama, sedikit melegakan Sathianathan setelah penyerang lincah, S Chanturu sudah pun pulih daripada kecederaan yang dialami pada perlawanan dengan Kuala Lumpur baru-baru ini. “S Chanturu sudah pun pulih daripada kecederaan. Saya mempunyai banyak pilihan untuk memilih pemain di bahagian serangan Kelantan seperti Akmal Rizal (Ahmad Rakhli) atau Hairuddin Omar untuk digandingkan bersama dengan Norshahrul Idlan Talaha. Perlawanan Kelantan menentang Pahang malam esok bakal menutup tirai aksi pusingan pertama Liga Super sejak dimulakan pada 9 Januari yang lalu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...