Grab the widget 

Wednesday, May 26, 2010

Ayuh Bangkit!!! masih belum terlambat

Kelantan perlu bangkit segera jika ingin menjulang piala liga.Kelantan hanya megutip satu mata sahaja ketika menentang Kedah semalam.Selangor pula kini kian selesa di puncak liga dengan mengumpul 47 mata setelah berjaya menewaskan Pahang jauh memisahkan daripada kelantan dengan 8 mata.Terengganu pula semakin rapat dengan Kelantan apabila berjaya mengutip 3 mata penuh dengan menewaskan T-Team.

Masih belum terlambat untuk Kelantan mencabar Selangor,jika dari sekarang Kelantan perlu melakukan sesuatu untuk menang kesemua baki lapan perlawanan.Tetapi agak mustahil untuk Kelantan memenangi kesemua perlawanan apatah lagi bakal berdepan dengan Selangor.

Apa apa pun kita yakin semangat pemain pemain Kelantan masih lagi utuh untuk menyaingi Selangor.Dan kita semua percaya B.Sathianathan mampu melakukan sesuatu untuk memastikan anak anak buahnya bangkit untuk baki lapan perlawanan akan datang.

Walau bagaimanapun kita mesti terima keputusan sekadar seri dengan Kedah,kerana kita semua tahu pasukan Kedah adalah sebuah pasukan yang hebat mempunyai ramai pemain pemain bintang yang mewakili kebangsaan.Kelantan bernasib baik berbanding dengan Terengganu yang dibelasah 4-0 oleh Kedah di tempat yang sama.

Untuk baki lapan perlawanan akan datang,kita harap sesuatu keajaiban akan berlaku ke atas Selangor yang mana akan bertemu pasukan yang kuat seperti Kedah dan Terengganu.
Jika Kedua dua pasukan ini berjaya menewaskan Selangor,maka Peluang untuk Kelantan kembali cerah dan tak lupa juga dengan pasukan Terengganu untuk bersaing merebut Trofi liga super.

Apa apa pun kita masih belum terlambat,dan sama sama lah kita terus memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan kita Kelantan untuk mengharungi saingan liga super dan juga Piala Malaysia yang akan datang.

GOMO KELATE GOMO

2 comments:

dayreds said...

jauh doh kn tinggal dgn selangor. de lg ko nok ambak

budongs said...

ada pluan ag kalu mene 8 game, slangor kalah ng ganung n kedah..
masih lagi buleh berharap...
insyaallah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...