Grab the widget 

Thursday, May 27, 2010

Kelantan gentar bayang Selangor

TERLALU dibayangi prestasi gah Selangor menjadi punca Kelantan gagal beraksi cemerlang ketika seri tanpa jaringan dengan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin, lapor KHAIRI MOHAMAD.

Faktor tersebut terpaksa diakui oleh ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan yang ternyata tidak berpuas hati dengan aksi anak-anak buahnya.

Tanpa berselindung, beliau kecewa kerana Kelantan gagal memungut mata penuh selain aksi yang dipamerkan tidak begitu konsisten berbanding perlawanan-perlawanan sebelum ini.

"Saya tidak faham kenapa ada pemain begitu tertekan dengan prestasi Selangor sehingga permainan mereka terjejas. Sudah banyak kali saya pesan supaya pemain fokus dengan perlawanan yang mereka hadapi.

"Sepatutnya kita melakukan kerja kita, sama ada Selangor mahu menang atau kalah itu mereka punya pasal. Kita yang seharusnya menang semua perlawanan sekiranya mahu terus mencabar Selangor," katanya semalam.

Sathianathan berkata, Kelantan masih belum mengaku kalah untuk terus mencabar takhta liga daripada Selangor.

"Kami akan bertemu Selangor Julai ini dan saya yakin kami akan menyekat kemaraan Selangor walaupun beraksi di Stadium Shah Alam," jelasnya.

Sumber: Kosmo

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...