Grab the widget 

Sunday, May 9, 2010

Kelantan nyaris diaibkan 'di tempat sendiri'

Kelantan nyaris dibaham tok gajah 3-1 dalam aksi liga super di stadium darul makmur kuantan semalam.Walaupun beraksi ditempat lawan,namun kehadiran hampir 5000 penyokong setia kelantan bagaikan beraksi di tempat sendiri.kehadiran penonton serba merah menenggelamkan beberapa kerat penyokong 'tegar' skuad tok gajah.

sebaik sahaja wisel dibunyikan,penguasaan kelantan nampak seolah olah bernafsu besar untuk membaham tok gajah,asakan demi asakan di bahagian serangan di samping sorakan padu penyokong dan juga palunan gendang.

Kelantan tidak menuggu lama untuk mendapatkan gol pertama,apabila Norfarhan Mohamad merembat dari luar kotak penalti gagal diselamatkan pejaga gol pahang pada seawal minit ke-6.
Namun setelah meraikan gol pertama,pemain pemain kelantan nampak sudah leka terutama dibahagian pertahanan.banyak kesilapan yang dilakukan barisan pertahan kelantan.

Kesempatan ini bijak digunakan oleh anak anak buah Dollah Salleh,hasilnya pahang berjaya mengikat kedudukan dengan satu sama pada minit ke-34.Gol penyamaan pahang hadir melalui Azamuddin apabila menerima hantaran dari Hazmizan dan terus merembat menewaskan Syed Adney.

Ternyata kesilapan pertahanan Kelantan tidak memberi pengajaran,apabila 'menghadiahkan' satu lagi gol untuk pahang selang 4 minit kemudian.Gol kedua pahang terhasil dari kesilapan Ropi,apabila gagal mengawal bola dengan kemas,dapat dirampas oleh hazmizan kemudian berjaya memperdayakan penjaga gol kelantan

Kelantan pula tidak berjaya untuk mencari gol,apabila beberapa percubaan dapat dihalang oleh pertahanan pahang sehingga tamat separuh masa pertama.

Seminit separuh masa kedua bersambung,kealpaan barisan pertahan kelantan sekali lagi dihukum.Hasmizan sekali lagi mencipta nama sebagai penjaring apabila berjaya menolak bola masuk,hasil hantaran Azamuddin.

Penyokong penyokong Kelanyan terdiam sejenak,dan menjangkakan kemenangan untuk Pahang.Namun aksi pemain pemain masih lagi bersemangat untuk mengelak dari dimalukan oleh pasukan Tok Gajah.

Menyedari Hai-o tidak mampu untuk menghasilkan sebarang gol,keputusan bijak Sathianathan megeluarkan Hai-o dan memasukkan 'lipas kudung' kelantan iaitu S.Chnturu berjaya mengubah tempo permainan Kelantan.Pergerakan dan kelicikan pemain bertubuh kecil ini berjaya mengucar kacirkan pertahanan Pahang.

Kelntan sekali lagi membuat pertukaran,Indra dan Rizal dikeluarkan menggantikan Nizad dan juga Farisham.Ketika para segelintir penyokong berbaju kuning bersorak untuk meraikan kemenangan,tanpa disangka larian solo Chanturu ke dalam kotak penalti berjaya merapatkan kedudukan taktala waktu permainan telah memasuki masa tambahan.

Pemain pemain Kelantan seakan mendapat semangat dan kudrat yang baru,apabila berjaya melakukan serangan bertali arus kearah pintu gol pahang.Hasilnya pada minit minit terakhir perlawanan Nizad Ayub menjadi wira kelantan apabila berjaya menjaringkan gol yang cukup bermakna.Gerakan menarik dari Norfarhan dan Norshahrol dapat disudahkan oleh Nizab.

Berbaki lagi seminit, kelantan nampaknya tidak berputus asa untuk mencari gol kemenagan namun pengadil telah pun meniup untuk menamatkan permainan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...