Grab the widget 

Thursday, May 6, 2010

Kelantan perlu tunjuk prestasi sebenar sabtu ini

Setelah selesai perlawanan menentang pahang selasa lalu, nyata permainan anak-anak buah B.Sathaianathan bermain dibawah prestasi sebenar.Kelantan sekadar mencatat kemenangan tipis 2-1 keatas pahang.Ini yang membuatkan Sathianathan kecewa lebih lebih lagi penyokong sendiri yang menyaksikan perlawanan itu walaupun berjaya mengutip tiga mata penuh.

Aksi pasukan kelantan pada malam itu jauh lebih teruk berbanding tiga perlawanan sebelumnya.Ini juga munkin kerana pemain pemain memandang remeh terhadap kemampuan pihak lawan.jika lihat permainan pada malam itu,barisan tengah gandingan piya dan wan zaman tidak berfungsi dan gagal membantu bahagian serangan.ketiadaan shakir nyata aksi bahagian tengah agak pincang.

Pemain pemain lain juga dilihat cuai dan banyak kehilangan bola. pujian juga harus diberikan kepada anak anak buah Dolah salleh yang berjaya mengimbangi permainan walaupun beraksi dihadapan lebih 20,000 penonton pasukan tuan rumah.Pahang nyaris mendahului kelantan apabila rembatan kencang Azimuddin minit ke-40 berjaya ditepis keluar oleh fahmi.

kepada jurulatih kelantan,beliau harus mengatasi masalah ini,dan perlu membuat sedikit rombakan sebelum bertandang ke kuantan sabtu ini.sesuatu perubahan juga diharapkan oleh peminat peminat kelantan,dan aksi yang sebenar perlu ditunjukkan jika ingin terus mengekalkan kemenangan untuk mencabar selangor yang menduduki tempat teratas liga.

Pada sabtu ini, Kelantan akan bertandang ke stadium darul makmur Kuantan bertemu dengan pahang sekali lagi untuk perlawanan liga super bagi pusingan kedua.kepada warga warga kelantan yang berada di Pahang harap dapat ke stadium untuk memberi sokongan padu kepada pasukan The redwarrior.

Beberapa kelab penyokong dari Kuala Lumpur dan Selangor juga dijangka akan mengadakan rombongan ke kuantan pada sabtu ini.Dianggarkan hampir 2000 penyokong dan juga kelab gendang akan menyertai rombongan ini.Ini lah satu satunya pasukan dalam malaysia ini yang mempunyai penyokong setia,tak kira dimana pun perlawanan,tentere tentera merah pasti menemani pasukan The Redwarrior.

-GOMO KELATE GOMO-

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...