Grab the widget 

Thursday, May 20, 2010

Khalid kempunan sertai T-Team

ketika bersama pasukan kelantan



HASRAT bekas penyerang skuad kebangsaan, Khalid Jamlus untuk menyarung jersi pasukan T-Team tidak kesampaian apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam menolak permohonan kelab dari Terengganu itu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Wan Nizam Wan Omar berkata, hanya pemain yang belum didaftarkan dengan mana-mana pasukan musim ini diluluskan untuk permohonan pendaftaran kedua yang berakhir kelmarin.

"Sudah jelas dalam peraturan, pemain yang telah didaftarkan dengan mana-mana pasukan musim ini tidak boleh didaftarkan pula untuk pasukan lain dalam musim yang sama.

"Memang Khalid tidak pernah beraksi bersama ATM musim ini tetapi dia telah didaftarkan bersama kelab itu dan lesennya bersama ATM telah dikeluarkan," kata Wan Nizam pada sidang media selepas mesyuarat JKPT di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Khalid, 33, yang pernah beraksi untuk Perak, Selangor dan Kelantan menyertai ATM musim ini tetapi dia tidak sempat beraksi untuk satu perlawanan pun kerana telah digugurkan atas alasan masalah disiplin sebelum saingan bermula.

Wan Nizam menambah: "Jika Khalid mahu beraksi semula untuk musim ini, dia hanya boleh didaftarkan untuk pasukan asalnya sahaja iaitu ATM."

T-Team pada satu majlis yang diadakan di Royal Terengganu Equestrian Stable (RTES) Lembah Bidong, Setiu pada 30 April lalu telah memperkenalkan Khalid sebagai pemain baru mereka.

Sementara itu, Pengerusi JKPT FAM, Datuk Che Mat Jusoh yang terpaksa keluar daripada mesyuarat ketika keputusan penolakan pendaftaran Khalid itu dibuat berkata, sebanyak 25 pendaftaran pemain baru diluluskan untuk pasukan-pasukan Liga Super

Sumber : Kosmo

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...