Grab the widget 

Sunday, May 16, 2010

Kuasa baru Gergasi Pantai Timur

KOTA BHARU-Kelantan muncul sebagai kuasa baru gergasi Pantai timur setelah menewaskan musuh tradisi, Terengganu dengan kemenangan 3-0 pada perlawanan Liga Super yang berlangsung di stadium Sultan Muhamed ke-1v, Kota Bharu, malam tadi.

Kemenangan ke atas pasukan jiran tetangga itu mengukuhkan kedudukan The Red Warriors di tangga kedua liga dengan mengumpul 35 mata setakat ini.

Beraksi dihadapan hampir 25,000 penyokong setia merah putih,jelas reputasi Kelantan berada setapak dihadapan apabila percubaan Mohd Norfarhan Muhammad pada minit ke-15 nyaris menghasilkan gol untuk Kelantan.

Minit ke-28 Kelantan memperolehi gol pertama apabila ketua pasukan Terengganu, Mohd Marzuki Yusoff tertolak bola ke gawang sendiri setelah berlaku kekalutan di depan pintu gol pasukan pelawat.

Selang dua minit kemudian,Kelantan memperolehi gol kedua apabila rembatan ketua pasukan, Indraputra Mahayuddin daripada luar kotak penalti berjaya menewaskan Mohd Sharbinee Allawee Ramli.

Manakala percubaan pasukan Terengganu melalui Abdul Manaf mamat pada minit ke-35 sekadar tersasar daripada pintu gol Kelantan.

Minit ke-36 Kelantan dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil setelah Norshahrul Idlan Talaha dijatuhkan oleh penjaga gol Terengganu.

Norshahrul Idlan dengan tenang mudah menyempurnakan sepakan tersebut untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Jaringan Abdul Manaf pada minit ke-40 dibatalkan oleh pengadil setelah dikesan berada dalam kedudukan ofsaid.

Minit minit akhir perlawanan. percubaan jarak jauh S Chanturu sekadar mengenai tiang gol pasukan Terengganu biarpun Mohd Sharbinee Allawee sudah pun tertewas.

Bersambung babak kedua,pasukan pelawat dilihat lebif menguasai perlawanan melalui rangkaian gandingan penyerang gantian,Josep Kalang Tie dan Wan Mohd Alif Wan Jasmi.

Minit ke-61 percubaan pemain tengah Terengganu,Mohamad Ashaari Shamsuddin pula terus ke dakapan Khairul Fahmi Che Mat.

Satu satunya peluang terbaik Kelantan hadir pada minit ke-68 apabila percubaan kencang Mohd Norfarhan sedikit tersasar melepasi palang gol Terengganu.

Manakala percubaan half volley Mohd Firdaus Fauzi pada minit ke-81 dikuis keluar oleh Khairul Fahmi Che Mat menutup tirai kemenangan bergaya ke atas Terengganu.

Sementara itu, ketua pasukan Kelantan, Indara Putra Mahayuddin diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan ini.


Sumber : Sinar Harian

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...