Grab the widget 

Tuesday, May 11, 2010

Preview Kelantan vs Johor

Pada malam ini Kelantan akan bertandang ke Johor Bharu menentang pasukan Johor dalam aksi liga super.Diatas kertas Kelantan dilihat tiada masalah untuk mengutip tiga mata penuh kerana lawan nya adalah pasukan yang menduduki tangga kedua tercorot.

Tetapi harus diingat, B.Sathianathan pernah memberi amaran kepada pemain pemain agar tidak memandang rendah keupayaan pasukan lawan.Dan jangan lupa juga pasukan johor dilihat sedang bangkit dan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan ketika menewaskan Perlis 3-2 minggu lepas.

Tidak mustahil kelantan akan dikejutkan oleh Johor pada malam ini.Peringatan juga kepada semua pemain supaya tidak terlalu over confident dapat menewaskan pasukan lawan.Ini pernah terjadi ketika menentang pahang tempoh hari.

Mengikut pandangan saya,kesebelasan utama kelantan pada malam ini, Sathianathan akan mengekalkan 90% sama seperti menentang pahang minggu lepas.Syed Adney sekali lagi diberi kepercayaan oleh Sathia untuk menggalas tugas sebagai penjaga gawang, sementara itu Apek direhatkan walaupun sudah sembuh dari demam.

Dibahagian pertahanan pula,tonggak pertahanan utama,subraniam akan kembali kesebelasan utama,setelah tidak beraksi menentang Pahang akibat demam.Kehadiran beliau mengembira kan Sathia kerana beliau dilihat cukup serasi digandingkan dengan Azizi.

Jika dilihat pada perlawanan ketika menentang Pahang,bahagian pertahanan agak goyah dan sentiasa dibolosi pihak lawan tanpa Subra.Ini munkin juga kerana Rizal dan Azizi kurang persefahaman dan Rizal kurang membantu Azizi dibahagian kubu.

Seperti pada perlawanan lepas juga Daudsu dan Ropi akan dikekalkan sebagai backup disebelah kiri dan kanan.Tetapi kelemahan harus diperbaiki,kerana sering melakukan kesilapan ketika nenentang pahang.Daudsu kerap melakukan hantaran yang kurang kemas dan gagal mengawal bola dengan baik.walaubagaimanapun beliau telah berjaya menyelamatkan salah satu aksi cemas dihadapan pintu gol kelantan.

Kelemahan dan kesilapan harus diperbaiki dan kempat empat pemain ini dapat menunjukkan aksi yang mantap seperti pelawanan menentang KL Plus tempoh hari.

Dibahagian tengah pula, Sathianathan tiada masalah untuk menurunkan perancang utama iaitu Piya dan Shakir.Kedua dua pemain ini cukup serasi digandingkan untuk mengemudi dibahagian tengah dan membantu melancarkan serangan.

Posisi sayap kiri pula sudah tentu ketu pasukan iaitu Indarputra,tetapi kebelakangan ini aksi nya kurang memuaskan.Manakala dibahagian kanan Paan akan membantu Norshahrul sebagai penyerang utama.

Dibahagian serangan saya rasa Sathianathan agak pening untuk memilih pemain yang sesuai digandingkan dengan Norshahrul.Bagi pandangan saya Hai-o tidak sesuai diletakkan sebagai pemain utama.Hai-o perlu diletakkan dibangku simpanan untuk masuk pada separuh masa kedua permainan.Seperti Chanturu juga,kedua dua pemain ini sesuai diletakkan sebagai pemain gantian.

Jika babak separuh masa pertama bahagian serangan tidak berfungsi,sudah tentu Sathia dapat membaca dimana kelemahanya.Inilah masa yang sesuai untuk memasukkan Chanturu atau Hi-0 untuk menggantikan Paan ataupun Akmal yang akan diletakkan sebagai kesebelasan utama.

Saya menjangkakan Sathianathan akan menggandingkan Akmal dan Norshahrul untuk menerajui bahagian serangan.Mengikut presatasi Akmal yang meningkat naik,saya rasa beliau yang layak diletakkan sebagai pemain utama.Walaupun beliau gagal menjaringkan gol dalam beberapa perlawanan,tetapi beliau mamainkan peranan membantu Norshahrul menghasilkan gol.

Pada malam ini,saya menjangkakan Akmal akan menjaringkan gol jika beliau menunjukkan prestasi yang sebenar.Apa apa pun kita tunggu malam ini,dan saya menjangkakan Kelantan akan menang dengan jaringan lebih tiga gol.


Difikirkan oleh : Afzal Modzain

p/s : hanya pandangan penulis

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...