Grab the widget 

Friday, May 14, 2010

Preview Kijang Vs Penyu


Perlawanan tumpuan antara dua gergasi pantai timur sudah mula terasa kehangatanya. Cakap cakap sudah mula kedengaran tentang kekuatan kedua dua pasukan.

Malam esok merupakan detik detik yang dinantikan, Skuad Kelantan akan menerima kunjungan pasukan jiran iaitu Terengganu dalam aksi liga super.
Yang menariknya kedua dua pasukan berjiran ini mempunyai matlamat dan misi yang sama iaitu mahu mencari kemenangan sekaligus memberi tekanan kepada pendahulu liga yakni Selangor.
Mengikut pada ranking sekarang, Terengganu berada dibelakang Kelantan dipisah kan dengan lima mata yang mana kelebihan satu perlawanan kepada Kelantan. Rekod pertemuan pusingan pertama yang lalu, kedua dua pasukan terikat tanpa jaringan
gol di Kuala Terengganu.

Untuk perlawanan kali ini, semestinya Terengganu ingin melakukan keajaiban
dengan mengutip tiga mata penuh di tempat lawan. Bagi penyokong setia Red Warrior pula, amaran keras akan dilaungkan jika pasukan Terengganu inginkan kemenangan.

Penyokong penyokong tidak sanggup dimalukan buat kali kedua di tempat sendiri apatah
lagi kepada pasukan jiran sendiri.dijangkakan berpuluh ribu pahlawan pahlawan merah
akan membanjiri segenap ruang stadium untuk memberi sokongan padu kepada pasukan tersayang.


Sathianathan mahukan kemenangan

Bagi pengendali skuad kijang, B.Sathianathan sudah tentu mahukan kemenangan untuk menjarakkan mata dengan pasukan Terengganu dan menjadi pencabar utama kepada musuh tradisi iaitu Selangor.

Mengharapkan kepada pemain Kelantan yang Berasal dari Terengganu iaitu Paan, Hai-o dan Norshahrul akan memberi saingan sengit dan menjadi pemusnah kepada pasukan kelahiranya.

Diharapkan ketiga tiga pemain ini dapat menunjukkan aksi cemerlang dan dan bermain dengan semangat berpasukan walaupun menentang pasukan kelahiranya.

Untuk menambah kesengsaraan Terengganu lagi, jika ketiga tiga pemain ini dapat menjaringkan gol.Walaupun kita semua tahu Terengganu mempunyai penjaga gawang yang hebat iaitu Sharbinee Alawi yang merupakan penjaga gol utama Kebangsaan.

Tetapi ini tidak menjadi masalah besar kepada pasukan Kelantan jika pemain pemain bermain bersungguh sungguh dengan penuh komitmen.


Manaf Mamat menjadi taruhan

Pasukan terengganu juga akan mempertaruhkan penyerang skuad kebangsaan iaitu Abdul Manaf Mamat untuk merobek gawang Kelantan.Beliau akan digandingkan dengan Penjaring terbanyak setakat ini Ashaari Shamsuddin disamping akan dibantu oleh pemain pemain lain antaranya Firdaus Fauzi, Joseph Kalang dan Wan Alif.

Semestinya penyokong skuad penyu akan mengharapkan pasukanya dapat menewaskan Kelantan nanti.Tetapi tidak mudah rasanya untuk terengganu menembusi barisan pertahan kental Kelantan yang diterajui oleh Azizi,Subra,Ropi, dan juga Daudsu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...