Grab the widget 

Wednesday, June 2, 2010

Kelantan melakar kemenangan ke 13

Pasukan Kelantan berjaya mencatat kemenangan ke 13 setelah menewaskan Perak 2-0 di stadium Sultan Muhammed ke-1v semalam.Setelah mengharungi 20 perlawanan kelantan mencatatkan 13 kemenangan 6 seri dan hanya sekali sahaja tewas.

Ini menunjukkan satu keputusan yang cukup membanggakan bagi semua penyokong penyokong Kelantan.Berbaki enam perlawanan lagi diharapkan pasukan Kelantan dapat mengekalkan momentum kemenangan sekali gus untuk merebut kejuaraan liga.

Pada perlawanan semalam,kelantan sekali lagi menunjukkan aksi yang bertenaga seawal wisel dibunyikan.Asakan demi asakan yang dilancarkan melaui barisan hadapan,namun penjaga gol Perak beraksi cemerlang dengan menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya.

Beraksi dihadapan lebih 20,000 penyokong setia,Kelantan nampak begitu bersemangat dan berjaya mengawal permainan.Penyerang sensasi Norshahrul Idlan Talaha berjaya memecahkan kebuntuan,namun kedua dua jaringan tidak dikira kerana kedudukanya sudah pun offsaid.

Perak pula jarang sekali mendapat peluang untuk melancarkan serangan,kerana barisan pertahanan Kelantan yang begitu ampuh.Beberapa peluang keemasan juga disia siakan untuk menghasilkan gol.Sememangnya barisan pertahanan yang diterajui oleh Azizi, Farisham, Rizal dan daudsu beraksi cukup cemerlang apabila berjaya menahan asakan Pasukan Perak dari menbolosi gol.

Sebaik sahaja permainan memasuki babak kedua,Kelantan sekali lagi dapat mengawal permainan,dan melakukan beberapa serangan dari gerakan cantik Akmal dan Norshahrul namun gagal mendapatkan hasil.

Norfarhan tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol apabila berjaya menggegarkan jaring gol lawan dengan rembatan kencang dari luar kotak penalti hasil tolakan dari Daudsu pada minit ke 47.Stadium bergema dengan jaringan pertama itu.

Gol kedua Kelantan pula dijaringkan oleh Hairuddin Omar yang berjaya menggelecek pertahanan Perak dan terus melakukan rembatan memperdayakan penjaga gol Perak pada masa tambahan.

Nasib malang juga menimpa penyerang licik Kelantan Cik Hishamuddin apabila dia terjatuh sebaik dimasukkan.tidak sampai seminit bermain malang baginya kerana dikhabarkan tangan dan bahunya terseliuh.Beliau segera dikejarkan ke hospital menaiki ambulans.

Terima kasih diucapkan kepada Daudsu Jamaluddin yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.Beliau memang selayaknya mendapat penghargaan itu kerana aksi dan permainan yang ditunjukkan begitu cemerlang.

2 comments:

dayreds said...

kalu game mcm smlm bahayo nak lawan selangor

dayreds said...

bagus team kelate main mace traning pun bulih mene

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...