Grab the widget 

Tuesday, June 1, 2010

Perlawanan terakhir menjelang Piala Dunia.

Malam ini Perlawanan liga super antara Kelantan menentang Perak di stadium Sultan Muhammed ke-1v.Ini juga merupakan perlawanan terakhir menjelang rehat panjang selama lebih kurang sebulan lebih untuk memberi laluan kepada aksi Piala Dunia.

Sememangnya ini adalah perlawanan yang akan dinanti nantikan oleh peminat setia The Red Warriors.Bagi pasukan Kelantan pula,aksi yang bersemangat ditunjukkan sewaktu bertemu Pulau Pinang minggu lalu,diharapkan dapat dikekalkan apabila bertemu perak malam ini untuk memungut tiga mata berharga.

Bagi pandangan saya, Kelantan berpeluang cerah untuk mencatatkan kemenangan kerana beraksi di gelanggang keramat sendiri.Namun harus diingat juga Perak pernah mengikat Kelantan di Ipoh pada perlawanan pusingan pertama yang lalu.

Tetapi pada waktu itu,aksi pemain pamain belum menunjukkan kehebatan sebenar,namun berbeza pula dengan prestasi sekarang yang telah pun bangkit menunjukkan kehebatan sebenar sebagai gergasi Pantai Timur.

Jurulatih skuad kelantan mengingatkan anak anak buahnya,supaya fokus kepada Perlawanan dan misi utama adalah mengutip tiga mata penuh sekurang kurangnya dapat merapatkan lagi jurang mata dengan Selangor.

Kapten pasukan Kelantan Indraputra akan kembali kesebelasan utama setelah tidak dapat beraksi ketika menentang Pulau Pinang akibat digantung perlawanan.Kehadiran beliau kedalam skuad utama sedikit sebanyak memberi kekuatan moral kepada pemain pemain lain.

Manakala perancang tengah yang kreatif iaitu Piya akan digandingkan dengan Shakir untuk mengemudi bahagian tengah.Diharapkan Piya dapat menunjukkan prestasi sebenar berbanding aksi yang kurang menyerlah ketika menentang Pulau pinang tempoh hari.

Dijangkakan Sathianathan akan mengandingkan Akmal Rizal dan juga Norshahrul di jentera serangan yang akan dikawal ketat oleh K.Nanthakumar.Tonggak Veteran Perak ini juga beraksi cemerlang pada pusingan pertama yang lalu,yang mana Kelantan langsung tidak diberi peluang untuk membolosi barisan pertahanan Perak.

Barisan pertahanan Kelantan pula kehilangan Subramaniam yang telah mengumpul tiga kad kuning ketika menentang Pulau Pinang minggu lalu.Tempat Subra akan digantikan dengan Rizal Fahmi yang akan berganding dengan Azizi dan akan dibantu oleh Daudsu dan Farisham.

Kekebalan barisan pertahan Kelantan diharapkan dapat menggagalkan usaha usaha Penyerang utama perak iaitu Razalai Umar Kandasami untuk menghasilkan gol.Setakat ini pujian harus diberikan kepada barisan pertahanan yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan.

Dengan berbaki tujuh perlawanan lagi,diharapkan Pasukan Kelantan tidak akan melepaskan hanya satu mata pun untuk Kelantan terus mengejar puncak liga yang semakin hampir penghujungnya.Walau apa pun,Kelantan mesti berusaha dengan semangat juang berpasukan kerana peluang masih lagi terbuka untuk mencatatkan sejarah sebagai juara liga.

Sebagai penyokong setia The Red Warrior,sama sama kita terus memberi semangat yang tidak terhingga kepada pasukan kesayangan kita.Di harapkan Kelantan akan menewaskan Perak pada malam ini sekali gus terus mengekori rapat pasukan Selangor.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...