Grab the widget 

Thursday, September 30, 2010

Tanpa Pemain Import Tidak Menjejaskan Sokongan Peminat Kelantan

Pasukan Kelantan adalah satu satunya pasukan yang mempunyai peminat yang paling ramai di Malaysia ini.Tidak kira dimana pun beraksi,peminat sentiasa akan memberi sokongan terutama ketika beraksi di laman sendiri mahupun di lembah klang.

Tanpa khidmat pemain import,penyokong sentiasa memenuhi segenap ruang stadium apabila ada perlawanan melibatkan pasukan kelantan,tidak kira beraksi untuk liga super ataupun perlawanan persahabatan.

Ini jelas terbukti,pertambahan pertambahan penyokong semenjak khidmat pemain import diharamkan pada tahun 2008.Bermula tahun 2009 satu revolusi dicetuskan oleh Presiden KAFA Tan Sri Anuar Musa memperkenalkan The Red Warriors untuk menarik peminat ke stadium.

Kini cakap cakap yang kedengaran dari FAM untuk membenarkan pemain import beraksi semula dalam liga tempatan semakin menjadi kenyataan.Ini adalah salah satu faktor untuk FAM menarik minat penyokong ke stadium.

Berdasarkan pemerhatian dalam sesi percambahan minda bermula semalam, ia menjadi agenda utama yang disuarakan peserta dalam sesi dua hari di Shah Alam, semalam.

Sejak khidmat pemain import diharamkan selepas 2008, perjalanan Liga Malaysia dilihat suram dengan penurunan mendadak daripada segi jumlah penonton dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengakui, hanya Kelantan dan beberapa negeri saja mampu mengekalkan jumlah kehadiran penuh di stadium setiap minggu.

Antara persoalan yang dibangkitkan peserta daripada ahli gabungan dan pihak luar dalam sesi itu semalam ialah sama ada kehadiran pemain import benar-benar diperlukan, mampu menarik penonton, mampu menaikkan mutu skuad kebangsaan dan di dalam kemampuan pasukan yang mahu menggajikan khidmat mereka.

Semua pro dan kontra mengenai isu itu, serta beberapa isu lain yang terhasil dan diluluskan akan dibawa kepada majlis untuk diperkenankan Presiden, Sultan Ahmad Shah.Jurulatih Selangor, K Devan yang hadir turut mencadangkan supaya khidmat import hanya dihadkan kepada pasukan Liga Super kerana penyerang tempatan wajar diberi peluang untuk berkembang bersama pasukan Liga Perdana.

Devan turut mencadangkan rombakan format dan pasukan bagi Piala Malaysia supaya pasukan negeri seperti Pulau Pinang dan Melaka tidak menghabiskan musim sekadar di peringkat liga. Apa yang akan berlaku kepada pemain kedua-dua pasukan ini? Kita mahukan pemain terbabit dalam pertandingan sepanjang musim

Tuesday, September 28, 2010

Soley bersemangat jalani latihan

KOTA BHARU – Bekas pemain tengah Perlis, K Soley kini mula dapat menyesuaikan diri setelah menjalani latihan bersama skuad bola sepak Kelantan sejak pertengahan bulan ini.

“Sepanjang hampir dua minggu menjalani latihan di bawah kendalian Ketua Jurulatih, B Sathianathan saya tidak menghadapi sebarang masalah. Saya kini bersemangat dan dapat menyesuaikan diri dengan corak latihan yang diterapkan.

“Bagaimanapun, saya kini dalam proses cuba menyesuaikan diri dengan corak latihan skuad Kelantan sedikit demi sedikit. Sudah pasti saya memerlukan sedikit masa untuk mempelajari kombinasi serta membentuk persefahaman bersama rakan sepasukan yang lain.

“Begitu pun, sebagai pemain profesional, saya mengikuti segala perancangan yang diatur oleh jurulatih. Bagi saya, mana-mana jurulatih adalah sama sahaja. Yang membezakan mungkin taktikal masing-masing,” katanya.

Soley berkata, walaupun tidak berpeluang membantu Kelantan dalam kempen TM Piala Malaysia yang berlangsung sekarang, tetapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk melihat pasukan Kelantan melangkah jauh dalam saingan kali ini.

“Sedikit terkilan kerana tidak dapat membantu Kelantan. Mungkin ada hikmahnya. Persediaan hari ini (latihan yang diikutinya) bagi memastikan tahap kecergasan saya tidak menurun di samping sebagai persiapan menghadapi musim depan.

Soley berkata, dia memuji kerjasama dan semangat yang ditunjukkan rakan sepasukannya walaupun dia masih baru menyertai skuad The Red Warriors. “Kerjasama serta komitmen yang ditunjukkan rakan sepasukan juga cukup baik.

Mereka sentiasa memberi sokongan kepada saya sepanjang menjalani latihan. “Saya juga tidak menghadapi masalah menyesuaikan diri tinggal di sini. Suasana persekitaran lebih kurang sama dengan di Kangar,” katanya yang kini menyewa di Pasir Hor.

Bekas pemain tengah Perlis itu, menjadi pemain pertama mengesahkan tempat dalam senarai skuad Kelantan musim depan, setelah mengikat kontrak selama dua tahun untuk bermain bersama Kelantan hampir dua bulan lalu.

Sumber : Sinar Harian

Monday, September 27, 2010

Kempunan tanpa dua tonggak

KOTA BHARU – Kelantan kempunan untuk mendapatkan khidmat dua tonggak utama, Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat bagi menghadapi perlawanan menentang Negeri Sembilan pada 3 Oktober ini setelah kedua-dua mereka kini menyertai skuad kebangsaan bagi menghadapi satu kejohanan di Vietnam bermula esok.

Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan mengesahkan khidmat dua tonggak utama Kelantan itu hampir pasti disisihkan dalam pertemuan getir menentang skuad Jang di Paroi nanti. “Saya tidak mahu peminat Kelantan terkeliru mengapa saya tidak menyenaraikan dua pemain ini dalam perlawanan itu.

Kita tetap akan berjuang memburu kemenangan sekalipun tanpa khidmat mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam. “Mereka kini menjalani latihan bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi Kejohanan Piala Millenium Thang Long yang dijadualkan bermula pada 28 sehingga 2 Oktober ini.

“Semangat juang pemain Kelantan tidak akan luntur sekalipun tanpa mereka. Sebelum ini pun kita pernah beraksi tanpa mereka, jadi saya mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap barisan pemain sedia ada memikul tanggungjawab itu nanti,” katanya.

Sathianathan berkata, skuad kebangsaan dijangka pulang ke tanah air pada petang 3 Oktober ini, tarikh yang sama di mana perlawanan pertama pusingan kedua peringkat kumpulan TM Piala Malaysia dilangsungkan pada sebelah malam. “Saya bukan seorang jurulatih yang tidak berperikemanusiaan. Saya tidak mahu memperjudikan nasib mereka.

Sudah pasti mereka kepenatan setelah bermain pada perlawanan sebelum itu (2 Oktober) sementara keesokan harinya skuad kebangsaan menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. “Mereka perlu diberi rehat secukupnya. Mereka terpaksa mengharungi tiga perlawanan antarabangsa dalam tempoh enam hari.

Anda bayangkan bagaimana mereka hendak bermain bersama pasukan negeri sehari selepas itu. Saya berharap para peminat Kelantan memahami masalah ini. “Mengikut peraturan Fifa sekali pun, setelah mereka bermain dalam perlawanan antarabangsa, mereka perlu mempunyai sedikit masa rehat sebelum dibenarkan bermain di dalam liga domestik negara masing-masing,” katanya.

Sementara itu, skuad kebangsaan akan menentang tuan rumah Vietnam pada perlawanan pembukaan di Stadium Thong Nat pada 28 September ini, diikuti bertemu Iran dua hari kemudian sebelum menutup tirai menentang Singapura pada 2 Oktober ini.

Sumber : Sinar Harian

Friday, September 24, 2010

Siapakah akan menjadi pengganti Sathianathan?

Andai kata Kelantan gagal memenangi perlawanan dan berkasi dengan hambar apabila menentang N.sembilan nanti,Pengendali skuad Kelantan B.Sathianathan telah pun bersuara bersedia akan meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih Kelantan.

Siapakah yang betul betul layak untuk mengisi kekosongan jika Sathianathan benar meletakkan jawatan dan sekali gus dapat menutup mulut dan memuaskan hati semua pihak terutamanya pengkritik pengkritik hebat yang kununya arif dalam bola sepak.

Sebelum ini kita semua tidak pernah mendengar Sathianathan bersuara seperti ini,adakah Sathianathan sememangnya sudah pun mahu menyerah kalah dengan desakan penyokong penyokong yang mahukan beliau meletakkan jawatan.Dan munkinkah beliau sudah merasakan khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi untuk membimbing Skuad Kelantan.

Dan adakah ada mana mana jurulatih tempatan yang bersedia dan sanggup mengambil risiko untuk memikul 'bebanan' yang besar bagi menghadapi kritikan kritikan penyokong penyokong Kelantan.Sememangnya dengan suara suara sumbang segelintir penyokong sendiri yang mengganggu persiapan dan perjalanan pasukan Kelantan.


Janganlah menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada,dan sekarang bukanya masa untuk kita memperdebatkan isu kredibiliti jurulatih mahupun menghukum para pemain.

Isu peletakan jawatan kini kembali bergegar di Kota Bharu. Kali ini tindakan segelintir penyokong Kelantan yang berang dengan aksi hambar pemain Kelantan berhimpun di perkarangan luar stadium sejurus perlawanan berakhir serta menuntut bekas pengendali skuad kebangsaan itu melepaskan jawatan daripada terus membimbing skuad Kelantan.

Pada awal musim ini, situasi yang sama turut berlaku apabila terdapat desakan sedemikian setelah The Red Warriors memulakan saingan dengan aksi hambar. Namun semua itu lenyap sama sekali setelah B Sathianathan memadam kritikan tersebut dengan berjaya membawa Kelantan muncul naib juara Liga Super, musim ini.

B Sathianathan ketika dihubungi berkata, soal peletakan jawatan bukan isu utama yang harus dibincangkan sepanjang kempen Piala Malaysia berlangsung sekarang.

Sathianathan perkemas barisan Kelantan



JURULATIH Kelantan, B. Sathianathan (gambar) mahu mengambil peluang 'cuti' selama hampir dua minggu untuk memperkemas skuad kendaliannya sebelum saingan Piala Malaysia kembali bersambung pada 3 Oktober depan, lapor YATIMIN ABDULLAH.

Menurut Sathianathan, beliau akan menggunakan masa tersebut untuk mengembalikan semula rentak pasukannya selepas mereka dilihat seakan-akan hilang punca pada perlawanan menentang KL Plus di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, Isnin lalu.

Katanya, beliau akan berjumpa dengan pemain untuk mendapatkan maklum balas tentang tiga aksi Kelantan dalam Kumpulan A sebelum ini.

"Apabila saya sudah dapat semua maklumat daripada pemain, kita akan memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam pasukan sebelum kami bertandang ke Paroi pada pusingan kedua nanti.

"Selain itu, aspek ketahanan mental akan turut di- berikan penekanan untuk memastikan pemain sentiasa fokus dalam setiap perlawanan.

"Selepas ini kita tidak mahu apa yang berlaku pada perlawanan lalu berulang semula," ujarnya.
Sathianathan berkata, pada perlawanan akan datang, beliau mahu barisan pemainnya sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

"Berdasarkan rekod dalam saingan Liga Super lalu, kita bermain cemerlang di arena lawan, jadi saya harap kita dapat mengulanginya pada baki dua perlawanan di tempat lawan," katanya.

Sumber : Kosmo

Wednesday, September 22, 2010

Saya maafkan kamu Sathianathan


Jurulatih skuad Kelantan B.Sathianathan memohon maaf kepada semua penyokong Kelantan kerana aksi yang mengecewakan ditunjukkan oleh anak anak buahnya ketika menentang KL Plus Isnin lalu.

Saya diantara ribuan peminat setia The Red Warriors sejujurnya memaafkan Sathianathan dan harapan kami,semoga Sathianathan dapat melakukan sesuatu untuk terus tingkatkan prestasi permainan para pemain sebaik pusingan kedua bermula menentang Negeri Sembilan 3 Oktober nanti.

Harapan menggunung seluruh peminat bola sepak Kelantan semestinya terletak dibahu Sathianathan,untuk melihat pasukan kesayangan menjulang Piala Malaysia untuk musim ini.
Demikianlah luahan B.Sathianathan ketika ditemui Sinar harian.‘Saya minta maaf kepada semua penyokong Kelantan’.

Begitu pengakuan ikhlas Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan sesudah aksi longlai pemain Kelantan menghukum pasukannya daripada mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan menentang KL Plus FC di Kota Bharu malam semalam. Dalam perlawanan malam semalam, keghairahan pemain Kelantan meraikan kemenangan berharga diragut melalui dua gol pasukan pelawat dalam minit-minit akhir masa kecederaan.

“Ini satu pengajaran yang cukup berguna kepada pasukan termasuk saya sendiri. Setelah kita selesa mendahului 3-1 pada satu ketika, kecuaian pemain kita sendiri memaksa kita berputih mata daripada meraih tiga mata itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. “Inilah bola sepak. Saya akui kita bermain dengan teruk pada separuh masa pertama.


Namun, kita bangkit pada separuh masa kedua dan mendapatkan dua gol. Pemain telah bermain bersungguh-sungguh setelah kita ketinggalan satu gol pada satu ketika. Kita juga mempunyai banyak peluang menjaringkan gol pada perlawanan itu.


“Tetapi akhirnya kita diaibkan dengan dua gol pasukan pelawat dalam tempoh dua minit. Bahagian pertahanan kita tidak bermain dengan baik seperti mana dalam aksi Liga Super lalu," katanya. Sathianathan berkata, faktor kekuatan mental dikenal pasti sebagai punca mengapa pemain Kelantan gagal mencipta kemenangan pada perlawanan tersebut.


“Pemain diberi cuti rehat selama dua hari bagi memulihkan tahap keyakinan masing-masing. Tempoh rehat selama 10 hari ini, saya akan digunakan sepenuhnya bagi memperbaiki kelemahan itu sebelum kita berhadapan dengan Negeri Sembilan pada 3 Oktober nanti.

Sathia kecewa sikap pemain

Oleh Norliza Wasilan dan Zulkifli Che Abdullah

2010/09/22

JURULATIH Kelantan, B Sathianathan nyata berang dengan gelagat anak buahnya yang gagal mengawal permainan sehingga terpaksa berkongsi mata dengan KL Plus apabila seri 3-3 di gelanggang sendiri, malam kelmarin.

Rasa berang Sathia terhadap pemain memang berasas, kerana Kelantan mendahului 3-1 sebelum KL Plus bangkit mengubah keadaan dengan dua gol dalam masa lima minit ketika masa kecederaan di saat akhir permainan separuh masa kedua.

Kami sepatutnya menang selepas menguasai permainan, malangnya pemain yang kurang disiplin dalam mengawal bola selepas mendahului lawan hingga saat akhir separuh masa kedua, nyata mengubah nasib kami.

Pemain saya sudah bermain baik terutama pada separuh masa kedua, apabila dapat mengawal permainan dan masa sama tidak banyak serangan balas lawan. Namun, selepas mendahului 3-1, corak permainan mula berubah, beberapa pemain asyik mahu cepat ke depan di samping hantaran bola yang lemah menyebabkan pertahanan Kelantan mudah ditembusi sehingga pihak lawan mampu menambah dua gol penyamaan dalam masa lima minit, katanya.

Sementara itu, pengurus KL Plus, Husni Md Yusof gembira dengan prestasi anak buahnya yang tidak berputus asa mencari gol penyamaan sehingga saat akhir permainan. Syukur dan terima kasih kepada pemain yang tak mengenal putus asa sehingga wisel penamat.

Saya gembira pemain berjaya membuktikan kesungguhan mereka dan inilah semangat yang kita perlukan sejak dulu lagi. Memang tidak dinafikan kita gembira dengan prestasi ini, ini kerana bukan mudah untuk seri di Kota Bharu...ini kira satu pencapaian ketika beraksi di kubu kuat lawan, katanya.

Tuesday, September 21, 2010

Anak Buah B.Sathianathan Pilih Jalan Berliku

Ternyata skuad Kelantan memilih cara sukar untuk ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.
Mempersia-siakan peluang untuk memungut tiga mata penuh ketika menentang KL Plus semalam,apabila diikat 3-3 sekali gus membuatkan barisan skuad The Red Warriors menggigit jari.

Pada suatu ketika berada pada kedudukan selesa setelah mendahului 3-1 dan berpeluang untuk mencipta kemenangan kedua daripada tiga perlawanan,namun anak anak buah B.Sathianathan menghampakan ribuan penyokong Kelantan untuk meraikan kemenangan yang sudah pun berada dalam tangan.Lebih mengecewakan lagi apabila gol gol penyamaan KL plus disaat saat akhir permainan.

Apakah punca utama sehingga memaksa pemain pemain hilang fokus dan lalai setelah mendahului dengan selesa,atau pengendali tersilap percaturan.Namun sebagai peminat setia bola sepak,seharusnya kita tidak perlu mempersalahkan seseorang individu atau pemain yang mengawal gawang mahupun dibarisan pertahan apabila dibolosi gol oleh pihak lawan.

Setelah tamat pusingan pertama dalam kumpulan A.Kelantan berada dikedudukan kedua dibelakang N.Sembilan dipisahkan dengan tiga mata,dan diekori rapat PKNS.Skuad Kelantan perlu berusaha keras untuk melonjak ketangga teratas,untuk mengelakkan daripada bertemu Selangor pada peringkat suku akhir kelak.

Pasukan Kelantan mempunyai masa lagi untuk memperbaiki kelemahan dan corak permainan, kepada pengendali masih lagi berpeluang untuk mengubah taktikal dan mencari tonik baru untuk mempersiapkan sebuah 'pasukan' baru bagi menghadapi perlawanan pusingan kedua.
Sememangnya peluang masih lagi terbuka untuk mengubah kedudukan.

Pada 3 oktober nanti Pasukan Kelantan akan bertandang ke Seremban untuk menentang N.sembilan.Kepada pemain jadikan tiga perlawan lalu sebagai satu pengajaran,dan harus diingat Skuad The Red Warriors bukan lah satu pasukan yang hebat dalam Kempen Piala Malaysia.
Kembalikan semula kepercayaan dan harapan menggunung seluruh peminat setia Kelantan,dan tunjukkan aksi sebenar kehebatan skuad Kijang seperti mana pada aksi Liga Super.

gomo kelate gomo

Zaidi buat Kelantan gigit jari

Oleh Norliza Wasilan

2010/09/21


LEDAKAN cantik pemain KL Plus, Mohd Zaidi Ahmad pada masa kecederaan melenyapkan kelebihan dua gol Kelantan untuk pulang berbekal satu mata ketika seri 3-3 dalam saingan Kumpulan D, Piala Malaysia di Stadium Sultan Mohd IV, malam tadi.

Mendahului 3-1, Kelantan dilihat selesa untuk mengutip tiga mata yang akan mencerahkan laluan keluar daripada kumpulan sukar, namun jaringan Rusdi Shamsuddin pada detik terakhir dan rembatan dari luar kotak penalti Mohd Zaidi sebelum wisel penamat menggamamkan ribuan penyokong setia Red Warriors yang membanjiri gelanggang keramat mereka.

Senario berbeza buat juara bertahan, Negeri Sembilan yang makin mengukuhkan cengkaman dengan menewaskan PKNS 2-1 di gelanggang lawan dengan bekalan tujuh mata hasil tiga perlawanan setakat ini.

Terdahulu, Azi Shahril bijak menyepak masuk hantaran Mohd Badrol Hisani untuk membolehkan KL Plus mendahului pada minit ke-25 namun ia disamakan kapten, Indra Putra Mahayuddin menerusi penalti pada minit ke-33 Indra Putra meletakkan tuan rumah pada detik sejam dengan Akhmal Rizal Rakhli seakan memberi kelebihan yang sukar dijangkau empat minit kemudian sebelum aksi dramatik pelawat lewat permainan.

Satu mata itu menghidupkan api perjuangan KL Plus dengan kekalahan hampir pasti akan melenyapkan impian mereka untuk mara daripada kumpulan sukar yang turut menampilkan juara bertahan, Negeri Sembilan.

Kemenangan Negeri Sembilan membolehkan skuad Hoben Jang Hoben meninggalkan Kelantan di tempat kedua dengan dipisahkan dengan tiga mata.

Monday, September 20, 2010

Pamer aksi terbaik - Sathia

SEBAHAGIAN daripada pemain Kelantan memanaskan badan sebelum perlawanan menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu baru-baru ini.


KETUA Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan menuntut anak-anak buahnya mempamerkan aksi terbaik ketika melayan kunjungan KL Plus pada aksi Kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Menurutnya, perlawanan ini sangat penting dalam menentukan hala tuju pasukan itu pada saingan Piala Malaysia musim ini.
"Ini merupakan perlawanan hidup mati buat Kelantan, justeru itu tiga mata harus diraih jika mahu layak ke pusingan seterusnya.

"Beraksi di tempat sendiri harus digunakan sebaik mungkin untuk mengumpul mata penuh. Jadi pemain perlu memberikan aksi yang terbaik pada perlawanan malam esok (ini)," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambah beliau, walaupun turun tanpa kelibat pemain sayap lincah, Nor Farhan Mohammad yang mengalami kecederaan, beliau tetap yakin dengan barisan pemain yang bakal menggantikannya.

"Saya ada banyak pilihan pemain dan kesemuanya bersedia untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Farhan.
"Untuk perlawanan ini saya mengharapkan sentuhan kapten pasukan, Indra Putra untuk terus memberikan motivasi dan membimbang rakan-rakan sepasukan," ujarnya.

Sathianathan berkata, beliau akan menurunkan kesebelasan yang sama ketika menentang Selangor PKNS pada Jumaat lalu.
Katanya, pemain-pemain terbabit mempamerkan aksi yang membanggakan termasuk penjaga gol, Syed Adney Syed Hussein.

Dalam pada itu, menurut beliau, kemampuan lawan yang bakal dihadapinya juga tidak boleh diragui kerana mereka telah mempamerkan aksi terbaik ketika menentang juara bertahan Negeri Sembilan Jumaat lalu.

Jelasnya, pasukan itu memiliki pemain yang cukup berpengalaman seperti Julaizi Sameon, Irwan Fadli Idrus, Khairul Nizam Shahbudin dan beberapa pemain muda yang berbakat yang mampu menjadi penghalang buat Kelantan untuk meraih tiga mata.

"Kita hormat KL Plus. Mereka sebuah pasukan yang hebat, lihat sahaja pada perlawanan lalu di mana mereka hampir-hampir mengecewakan Negeri Sembilan," katanya.

sumber : kosmo

Sunday, September 19, 2010

Alahai Syed,kenyang la ngkau..

Selepas aksi cemerlang berjaya menyelamatkan sepakan penalti ketika menentang PKNS tempoh hari,banyak pujian pujian dan kata kata semangat yang diberikan kepada penjaga gol utama Kelantan Syed Adney Syed Hussein(gambar).

Tidak kira dimana,kedai kopi,tempat kerja,di internet mahupun di facebook Syed sendiri, peminat setia Kelantan tidak henti henti bercakap pasal aksi yang ditunjukkan oleh Syed.

Kepada Syed dengan gelaran 'hero',mahupun 'wira' diharapkan dapat membakar semangatnya untuk terus beraksi cemelang sekiranya diberikan peluang untuk mengisi kesebelasan utama.

Pengurus pasukan Kelantan,Azman Ibrahim berkata,beliau mengucapkan tahniah kepada Syed Adney apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti kapten pasukan PKNS, Fadhil Mohd. Hashim pada minit ke-90.

Menurutnya The Red Warrior tidak munkin berada ditangga kedua kumpulan A selepas dua perlawanan sekiranya gagal mengutip tiga mata penuh.

"Kelantan memang lega walaupun mencatatkan kemenangan tipis 1-0 keatas PKNS pada perlawanan tersebut".

Saturday, September 18, 2010

Kelantan menang, NS-KL Plus terikat

Oleh Syed Riduan Ahmad dan Mohd Amin Jalilbhsukan@bharian.com.my2010/09/18


BEKAS penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Rakhli muncul wira buat Kelantan untuk mencatat kemenangan sulung Kumpulan A Piala Malaysia, dengan menewaskan PKNS 1-0 di Stadium MBPJ, malam tadi.

Akmal yang masuk sembilan minit selepas babak kedua, menjaringkan gol kemenangan buat finalis musim lalu itu apabila mudah menyudahkan hantaran lintang Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-73.

Begitupun, tuan rumah yang dibimbing Abdul Rahman Ibrahim sepatutnya menyamakan kedudukan pada minit terakhir saingan apabila dihadiahkan sepakan penalti tetapi sepakan kapten Mohd Fadhil Mohd Hashim diselamatkan Syed Adney Syed Hussain.


Kemenangan tipis skuad kendalian B Sathianathan itu menghidupkan kembali peluang mereka selepas dikecewakan juara bertahan, Negeri Sembilan 1-0 di gelanggang sendiri, Selasa lalu.

Sebaliknya, Negeri Sembilan gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan yang sama apabila sekadar seri 1-1 ketika menentang KL PLUS di Stadium Tuan Abdul Rahman Paroi.

Pelawat yang dibimbing Janos Krecska dan tewas dalam perlawanan pertama kepada PKNS terlebih dulu mengejutkan tuan rumah apabila mendahului 1-0 menerusi Irwan Fadzli Idrus yang menanduk masuk sepakan sudut Mohd Abdul Aziz Ismail pada minit ke-36.

Begitupun, Rezal Zambery Yahya menjadi penyelamat untuk menceriakan kira-kira 3,000 penyokong setia tuan rumah apabila menjaringkan gol penyamaan dengan menanduk masuk hantaran Shukor Adan pada minit ke-63.

Negeri Sembilan kini memimpin Kumpulan A dengan 4 mata hasil satu kemenangan dan satu seri, diikuti Kelantan dan PKNS yang berkongsi 3 mata manakala KL Plus hanya memungut satu mata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...