Grab the widget 

Tuesday, September 21, 2010

Anak Buah B.Sathianathan Pilih Jalan Berliku

Ternyata skuad Kelantan memilih cara sukar untuk ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.
Mempersia-siakan peluang untuk memungut tiga mata penuh ketika menentang KL Plus semalam,apabila diikat 3-3 sekali gus membuatkan barisan skuad The Red Warriors menggigit jari.

Pada suatu ketika berada pada kedudukan selesa setelah mendahului 3-1 dan berpeluang untuk mencipta kemenangan kedua daripada tiga perlawanan,namun anak anak buah B.Sathianathan menghampakan ribuan penyokong Kelantan untuk meraikan kemenangan yang sudah pun berada dalam tangan.Lebih mengecewakan lagi apabila gol gol penyamaan KL plus disaat saat akhir permainan.

Apakah punca utama sehingga memaksa pemain pemain hilang fokus dan lalai setelah mendahului dengan selesa,atau pengendali tersilap percaturan.Namun sebagai peminat setia bola sepak,seharusnya kita tidak perlu mempersalahkan seseorang individu atau pemain yang mengawal gawang mahupun dibarisan pertahan apabila dibolosi gol oleh pihak lawan.

Setelah tamat pusingan pertama dalam kumpulan A.Kelantan berada dikedudukan kedua dibelakang N.Sembilan dipisahkan dengan tiga mata,dan diekori rapat PKNS.Skuad Kelantan perlu berusaha keras untuk melonjak ketangga teratas,untuk mengelakkan daripada bertemu Selangor pada peringkat suku akhir kelak.

Pasukan Kelantan mempunyai masa lagi untuk memperbaiki kelemahan dan corak permainan, kepada pengendali masih lagi berpeluang untuk mengubah taktikal dan mencari tonik baru untuk mempersiapkan sebuah 'pasukan' baru bagi menghadapi perlawanan pusingan kedua.
Sememangnya peluang masih lagi terbuka untuk mengubah kedudukan.

Pada 3 oktober nanti Pasukan Kelantan akan bertandang ke Seremban untuk menentang N.sembilan.Kepada pemain jadikan tiga perlawan lalu sebagai satu pengajaran,dan harus diingat Skuad The Red Warriors bukan lah satu pasukan yang hebat dalam Kempen Piala Malaysia.
Kembalikan semula kepercayaan dan harapan menggunung seluruh peminat setia Kelantan,dan tunjukkan aksi sebenar kehebatan skuad Kijang seperti mana pada aksi Liga Super.

gomo kelate gomo

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...