Grab the widget 

Wednesday, September 22, 2010

Sathia kecewa sikap pemain

Oleh Norliza Wasilan dan Zulkifli Che Abdullah

2010/09/22

JURULATIH Kelantan, B Sathianathan nyata berang dengan gelagat anak buahnya yang gagal mengawal permainan sehingga terpaksa berkongsi mata dengan KL Plus apabila seri 3-3 di gelanggang sendiri, malam kelmarin.

Rasa berang Sathia terhadap pemain memang berasas, kerana Kelantan mendahului 3-1 sebelum KL Plus bangkit mengubah keadaan dengan dua gol dalam masa lima minit ketika masa kecederaan di saat akhir permainan separuh masa kedua.

Kami sepatutnya menang selepas menguasai permainan, malangnya pemain yang kurang disiplin dalam mengawal bola selepas mendahului lawan hingga saat akhir separuh masa kedua, nyata mengubah nasib kami.

Pemain saya sudah bermain baik terutama pada separuh masa kedua, apabila dapat mengawal permainan dan masa sama tidak banyak serangan balas lawan. Namun, selepas mendahului 3-1, corak permainan mula berubah, beberapa pemain asyik mahu cepat ke depan di samping hantaran bola yang lemah menyebabkan pertahanan Kelantan mudah ditembusi sehingga pihak lawan mampu menambah dua gol penyamaan dalam masa lima minit, katanya.

Sementara itu, pengurus KL Plus, Husni Md Yusof gembira dengan prestasi anak buahnya yang tidak berputus asa mencari gol penyamaan sehingga saat akhir permainan. Syukur dan terima kasih kepada pemain yang tak mengenal putus asa sehingga wisel penamat.

Saya gembira pemain berjaya membuktikan kesungguhan mereka dan inilah semangat yang kita perlukan sejak dulu lagi. Memang tidak dinafikan kita gembira dengan prestasi ini, ini kerana bukan mudah untuk seri di Kota Bharu...ini kira satu pencapaian ketika beraksi di kubu kuat lawan, katanya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...