Grab the widget 

Friday, September 24, 2010

Sathianathan perkemas barisan Kelantan



JURULATIH Kelantan, B. Sathianathan (gambar) mahu mengambil peluang 'cuti' selama hampir dua minggu untuk memperkemas skuad kendaliannya sebelum saingan Piala Malaysia kembali bersambung pada 3 Oktober depan, lapor YATIMIN ABDULLAH.

Menurut Sathianathan, beliau akan menggunakan masa tersebut untuk mengembalikan semula rentak pasukannya selepas mereka dilihat seakan-akan hilang punca pada perlawanan menentang KL Plus di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, Isnin lalu.

Katanya, beliau akan berjumpa dengan pemain untuk mendapatkan maklum balas tentang tiga aksi Kelantan dalam Kumpulan A sebelum ini.

"Apabila saya sudah dapat semua maklumat daripada pemain, kita akan memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam pasukan sebelum kami bertandang ke Paroi pada pusingan kedua nanti.

"Selain itu, aspek ketahanan mental akan turut di- berikan penekanan untuk memastikan pemain sentiasa fokus dalam setiap perlawanan.

"Selepas ini kita tidak mahu apa yang berlaku pada perlawanan lalu berulang semula," ujarnya.
Sathianathan berkata, pada perlawanan akan datang, beliau mahu barisan pemainnya sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

"Berdasarkan rekod dalam saingan Liga Super lalu, kita bermain cemerlang di arena lawan, jadi saya harap kita dapat mengulanginya pada baki dua perlawanan di tempat lawan," katanya.

Sumber : Kosmo

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...