Grab the widget 

Wednesday, September 22, 2010

Saya maafkan kamu Sathianathan


Jurulatih skuad Kelantan B.Sathianathan memohon maaf kepada semua penyokong Kelantan kerana aksi yang mengecewakan ditunjukkan oleh anak anak buahnya ketika menentang KL Plus Isnin lalu.

Saya diantara ribuan peminat setia The Red Warriors sejujurnya memaafkan Sathianathan dan harapan kami,semoga Sathianathan dapat melakukan sesuatu untuk terus tingkatkan prestasi permainan para pemain sebaik pusingan kedua bermula menentang Negeri Sembilan 3 Oktober nanti.

Harapan menggunung seluruh peminat bola sepak Kelantan semestinya terletak dibahu Sathianathan,untuk melihat pasukan kesayangan menjulang Piala Malaysia untuk musim ini.
Demikianlah luahan B.Sathianathan ketika ditemui Sinar harian.‘Saya minta maaf kepada semua penyokong Kelantan’.

Begitu pengakuan ikhlas Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan sesudah aksi longlai pemain Kelantan menghukum pasukannya daripada mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan menentang KL Plus FC di Kota Bharu malam semalam. Dalam perlawanan malam semalam, keghairahan pemain Kelantan meraikan kemenangan berharga diragut melalui dua gol pasukan pelawat dalam minit-minit akhir masa kecederaan.

“Ini satu pengajaran yang cukup berguna kepada pasukan termasuk saya sendiri. Setelah kita selesa mendahului 3-1 pada satu ketika, kecuaian pemain kita sendiri memaksa kita berputih mata daripada meraih tiga mata itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. “Inilah bola sepak. Saya akui kita bermain dengan teruk pada separuh masa pertama.


Namun, kita bangkit pada separuh masa kedua dan mendapatkan dua gol. Pemain telah bermain bersungguh-sungguh setelah kita ketinggalan satu gol pada satu ketika. Kita juga mempunyai banyak peluang menjaringkan gol pada perlawanan itu.


“Tetapi akhirnya kita diaibkan dengan dua gol pasukan pelawat dalam tempoh dua minit. Bahagian pertahanan kita tidak bermain dengan baik seperti mana dalam aksi Liga Super lalu," katanya. Sathianathan berkata, faktor kekuatan mental dikenal pasti sebagai punca mengapa pemain Kelantan gagal mencipta kemenangan pada perlawanan tersebut.


“Pemain diberi cuti rehat selama dua hari bagi memulihkan tahap keyakinan masing-masing. Tempoh rehat selama 10 hari ini, saya akan digunakan sepenuhnya bagi memperbaiki kelemahan itu sebelum kita berhadapan dengan Negeri Sembilan pada 3 Oktober nanti.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...