Grab the widget 

Thursday, September 30, 2010

Tanpa Pemain Import Tidak Menjejaskan Sokongan Peminat Kelantan

Pasukan Kelantan adalah satu satunya pasukan yang mempunyai peminat yang paling ramai di Malaysia ini.Tidak kira dimana pun beraksi,peminat sentiasa akan memberi sokongan terutama ketika beraksi di laman sendiri mahupun di lembah klang.

Tanpa khidmat pemain import,penyokong sentiasa memenuhi segenap ruang stadium apabila ada perlawanan melibatkan pasukan kelantan,tidak kira beraksi untuk liga super ataupun perlawanan persahabatan.

Ini jelas terbukti,pertambahan pertambahan penyokong semenjak khidmat pemain import diharamkan pada tahun 2008.Bermula tahun 2009 satu revolusi dicetuskan oleh Presiden KAFA Tan Sri Anuar Musa memperkenalkan The Red Warriors untuk menarik peminat ke stadium.

Kini cakap cakap yang kedengaran dari FAM untuk membenarkan pemain import beraksi semula dalam liga tempatan semakin menjadi kenyataan.Ini adalah salah satu faktor untuk FAM menarik minat penyokong ke stadium.

Berdasarkan pemerhatian dalam sesi percambahan minda bermula semalam, ia menjadi agenda utama yang disuarakan peserta dalam sesi dua hari di Shah Alam, semalam.

Sejak khidmat pemain import diharamkan selepas 2008, perjalanan Liga Malaysia dilihat suram dengan penurunan mendadak daripada segi jumlah penonton dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengakui, hanya Kelantan dan beberapa negeri saja mampu mengekalkan jumlah kehadiran penuh di stadium setiap minggu.

Antara persoalan yang dibangkitkan peserta daripada ahli gabungan dan pihak luar dalam sesi itu semalam ialah sama ada kehadiran pemain import benar-benar diperlukan, mampu menarik penonton, mampu menaikkan mutu skuad kebangsaan dan di dalam kemampuan pasukan yang mahu menggajikan khidmat mereka.

Semua pro dan kontra mengenai isu itu, serta beberapa isu lain yang terhasil dan diluluskan akan dibawa kepada majlis untuk diperkenankan Presiden, Sultan Ahmad Shah.Jurulatih Selangor, K Devan yang hadir turut mencadangkan supaya khidmat import hanya dihadkan kepada pasukan Liga Super kerana penyerang tempatan wajar diberi peluang untuk berkembang bersama pasukan Liga Perdana.

Devan turut mencadangkan rombakan format dan pasukan bagi Piala Malaysia supaya pasukan negeri seperti Pulau Pinang dan Melaka tidak menghabiskan musim sekadar di peringkat liga. Apa yang akan berlaku kepada pemain kedua-dua pasukan ini? Kita mahukan pemain terbabit dalam pertandingan sepanjang musim

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...