Grab the widget 

Tuesday, September 21, 2010

Zaidi buat Kelantan gigit jari

Oleh Norliza Wasilan

2010/09/21


LEDAKAN cantik pemain KL Plus, Mohd Zaidi Ahmad pada masa kecederaan melenyapkan kelebihan dua gol Kelantan untuk pulang berbekal satu mata ketika seri 3-3 dalam saingan Kumpulan D, Piala Malaysia di Stadium Sultan Mohd IV, malam tadi.

Mendahului 3-1, Kelantan dilihat selesa untuk mengutip tiga mata yang akan mencerahkan laluan keluar daripada kumpulan sukar, namun jaringan Rusdi Shamsuddin pada detik terakhir dan rembatan dari luar kotak penalti Mohd Zaidi sebelum wisel penamat menggamamkan ribuan penyokong setia Red Warriors yang membanjiri gelanggang keramat mereka.

Senario berbeza buat juara bertahan, Negeri Sembilan yang makin mengukuhkan cengkaman dengan menewaskan PKNS 2-1 di gelanggang lawan dengan bekalan tujuh mata hasil tiga perlawanan setakat ini.

Terdahulu, Azi Shahril bijak menyepak masuk hantaran Mohd Badrol Hisani untuk membolehkan KL Plus mendahului pada minit ke-25 namun ia disamakan kapten, Indra Putra Mahayuddin menerusi penalti pada minit ke-33 Indra Putra meletakkan tuan rumah pada detik sejam dengan Akhmal Rizal Rakhli seakan memberi kelebihan yang sukar dijangkau empat minit kemudian sebelum aksi dramatik pelawat lewat permainan.

Satu mata itu menghidupkan api perjuangan KL Plus dengan kekalahan hampir pasti akan melenyapkan impian mereka untuk mara daripada kumpulan sukar yang turut menampilkan juara bertahan, Negeri Sembilan.

Kemenangan Negeri Sembilan membolehkan skuad Hoben Jang Hoben meninggalkan Kelantan di tempat kedua dengan dipisahkan dengan tiga mata.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...