Grab the widget 

Sunday, October 31, 2010

Kelantan Catat Sejarah, Muncul Juara Piala Malaysia 2010

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kelantan melakar sejarah negeri apabila buat julung kali menjulang Piala Malaysia, setelah menewaskan juara musim lepas Negeri Sembilan 2-1, pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini Sabtu malam.

Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya.

Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah.

Pengadil perlawanan Subkhiddin Mohd Salleh memberi sepakan itu kepada Negeri Sembilan setelah penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menjatuhkan S. Kunalan dalam kotak penalti.

Negeri Sembilan terus mengasak pintu gol Kelantan menerusi beberapa serangan namun gagal menembusi kekentalan benteng lawan yang dibarisi Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Farisham Ismail dan Rizal Fahmi Abdul Rosidi.

Bersambung babak kedua, 'The Red Warriors' yang ditemani sekurang-kurangya 60,000 penyokong terdesak untuk mencari gol dan melakukan beberapa asakan yang akhirnya membuahkan gol penyamaan pada minit ke-57.

Hantaran luar Norshahrul Idlan Talaha tidak disia-siakan Ketua Pasukan 'The Red Warriors' Hairuddin Omar yang menanduk dan merobek gol Negeri Sembilan.

Kelantan semakin garang apabila Mohd Badri Mohd Radzi menambah jaringan pada minit ke-65 hasil hantaran cantik Mohd Norfarhan Muhamad.

Ketiadaan tonggak utama Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak yang terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan menyebabkan Negeri Sembilan semakin tertekan apabila ketinggalan 1-2.

Bagi mengukuhkan kubu pertahanan, jurulatih Kelantan B. Sathianathan mengambil tindakan bijak memasukan Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Khairan Eroza Razali.

Strategi itu berjaya apabila tamat masa permainan menyaksikan Kelantan muncul juara Piala Malaysia musim ini selepas berjaya mempertahankan kedudukan 2-1 menewaskan Negeri Sembilan.

Sejarah tercipta

Oleh Harris Rajahdin dan Syed Riduan Ahmad
bhsukan@bharian.com.my
2010/10/




The Red Warriors tamat badi 40 tahun

PEMAIN Kelantan me­­lutut dan berdoa tan­­da syukur sejurus wisel penamat apabila mencipta bangga muncul juara baru Piala Malaysia menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, ma­­lam tadi.

Dua gol menerusi tandukan padu Hairuddin Omar pada minit ke-57 dan Mohd Badhri Mohd Radzi, m-65 berjaya mengikis jari­­ngan awal lawan menerusi sepakan penalti oleh Shahurain Abu Samah (m-13) - sekali gus menamatkan badi 40 tahun yang diiri­­ngi dentuman mercun me­­ngiringi kejayaan manis The Red Warriors.

Kejayaan ini memboleh­­kan Kelantan meletakkan diri dalam kumpulan unik yang kini bertambah kepada 14 pasukan yang pernah menjulang piala keagungan bola sepak tanah air itu termasuk sebelum ini yang dikenali Piala HMS Malaya dan Piala Malaya.

Namun, skrip itu tidak kelihatan begitu pada awal saingan babak pertama apabila Shahurain yang dinaikkan kepada posisi serangan berikutan ke­­tandusan penye­­rang akibat kecederaan yang menimpa Zaquan Adha Abd Radzak me­­ngulangi jaringan awal ke atas lawan sama, apabila mudah menyempurnakan penalti mengatasi Khairul Fahmi Che Mat selepas penjaga gol itu menjatuhkan S Kunalan dalam ko­­­­tak penalti.

Shahurain yang mele­­dakkan gol cantik dalam laluan kejayaan 3-1 musim lalu berjaya mengelirukan penjaga gol itu yang semakin meningkat naik dalam skuad kebangsaan pada percubaan kedua selepas pengadil, Sub­­khiddin Mohd Salleh me­­ngarahkannya diambil semula.

Pada masa kecederaan babak pertama, gerakan pantas Mohd Badri Mohd Radzi dengan Indra Putra Mahayuddin hampir menjelmakan gol penyamaan, tetapi tendangan lencong kapten Kelantan itu berjaya ditumbuk penjaga gol, Sani Anuar Kamsani.

Hairuddin menceriakan pasukan apabila berjaya mengelakkan diri daripada kawalan pertahanan untuk menghalakan han­­taran lintang Norshahrul dengan jaringan penya­­maan menerusi tandukan untuk menghidupkan api perjuangan the Red Warriors dan hampir 60,000 penyokong mereka.

Momentum beralih arah kepada Kelantan yang mengambil alih tam­­puk penguasaan de­­ngan Mohd Badri men­­cetuskan dentuman mer­­cun oleh penyokong hasil gol kemenangan buat mencipta sejarah baru mereka.

Sumber : Berita Harian

Friday, October 29, 2010

Habuan menanti jika menang

KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta penyokong Kelantan yang menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok tidak menimbulkan kekecohan yang memalukan negeri itu.

Beliau, sebaliknya meminta penyokong yang bertandang ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan perlawanan The Red Warriors dengan Negeri Sembilan itu memelihara semangat kesukanan yang tinggi.

"Dua perkara yang kita mahukan, pertama kita mahu menang dan kedua, jangan ada keganasan. Walaupun mengganas di padang bola ia akan memalukan negeri Kelantan. Kita tidak mahu perkara itu berlaku.

"Saya mahu penyokong Kelantan pergi dengan semangat kesukanan, suasana dan akhlak kena jaga. Nak sorak, soraklah tapi jangan sampai lempar botol. Itu budaya orang Eropah, mereka tidak ada akhlak," katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau yakin Kelantan akan menang dan para penyokong juga mampu menunjukkan teladan yang baik dengan sentiasa berpegang kepada akhlak yang dianjurkan oleh Islam.

Jelasnya, kerajaan negeri akan turut memberi insentif kepada pemain bola sepak Kelantan kerana berjaya ke peringkat akhir Piala Malaysia.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan jumlah insentif yang bakal dihadiahkan kepada pemain terbabit, tetapi berbeza dengan musim lalu.

"Insya-Allah kita akan berikan insentif kepada pemain cuma kalau saya beri pula pergi ke Mekah, hanya boleh dirasai oleh orang yang ke sana sahaja. Isteri dan anak-anak di rumah tak dapat merasa.

"Insya-Allah kita akan beri wang tunai supaya mereka (pemain) sekeluarga dapat rasa. Jumlahnya tak akan diberitahu. Kalau kalah pun kita akan beri juga sebagai tanda menghargai kesungguhan pemain," ujarnya.

Nik Aziz memberitahu, beliau akan diwakili oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakub untuk menyaksikan perlawanan tersebut sebagai tanda sokongan kepada pasukan Kelantan.

Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri akan memberikan cuti umum pada 31 Oktober ini bagi memudahkan penyokong ke Bukit Jalil menyaksikan perlawanan tersebut, Nik Abdul Aziz berkata: "Cuti tak boleh beri sebab dah cuti untuk pilihan raya (Galas) pada 4 November. Kerajaan negeri dah beri cuti peristiwa untuk pilihan raya, jadi kita tak boleh beri cuti untuk bola kali ini."

Sumber : Utusan

Thursday, October 28, 2010

Hadiah untuk Sultan Kelantan

SATHIANATHAN (kiri) ketika mengendalikan sesi latihan skuad Kelantan di Kota Bharu semalam sebagi persiapan menghadapi final menentang Negeri Sembilan, Sabtu ini.

HADIAH untuk Sultan Muhammad Ke-V. Itulah yang diluahkan oleh ketua jurulatih Kelantan, B.Sathianthan yang mahu semua pemainnya beraksi cemerlang merampas Piala Malaysia daripada Negeri Sembilan untuk dihadiahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V yang baru ditabalkan.

Menurutnya, peluang beraksi pada final kali ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk memastikan mereka muncul juara dan membawa pulang piala paling berprestij ke Kota Bharu.

"Seluruh rakyat Kelantan gembira apabila menerima Sultan baru dan saya rasa kegembiraan tersebut mungkin lebih bermakna jika pasukan mereka mampu membawa pulang Piala Malaysia ke Kota Bharu.

"Saya dan semua pemain berjanji akan memberikan yang terbaik supaya impian tersebut akan menjadi kenyataan dan kejayaan itu kita akan hadiahkan kepada Tuanku Sultan yang memayungi seluruh rakyat Kelantan," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, segala persiapan berjalan dengan lancar dan semua barisan pemain sudah pun bersedia untuk turun beraksi pada perlawanan akhir itu nanti.

Jelasnya, semua pemainnya kini bebas daripada masalah penggantungan dan kecederaan kecuali tiga pemain iaitu Azizi Mat Rose dan S. Subramaniam untuk posisi pertahananan yang hampir pasti tidak dapat diturunkan.

"Kita sedang memantau perkembangan Akmal (Rizal Rakhli) yang masih belum pulih dan cergas sepenuhnya daripada kecederaan. Saya harap beliau akan pulih dalam masa terdekat ini dan dapat diturunkan pada final kelak.

"Jika ketiga-tiga mereka tidak dapat diturunkan sekali pun, ia tidak merencatkan persiapan pasukan kerana saya masih ada pemain lain yang standard mereka tetap sama dan mampu beraksi baik," ujarnya.

Katanya, beliau mengharapkan para pemainnya fokus ketika aksi di padang, berdisiplin selain sentiasa yakin pada diri sendiri bagi memastikan mereka tidak mudah patah semangat.

"Untuk perlawanan Sabtu ini, saya harap pemain yang akan diturunkan memberikan tumpuan sepenuhnya sepanjang perlawanan, jangan gugup dan sentiasa ingat bahawa kita adalah pasukan yang hebat, jadi kena beraksi sebagai pasukan yang hebat.

"Jangan jadi macam tahun lepas, selepas kena satu jaringan kita hilang fokus dan tidak bermain dengan baik. Pengalaman lalu harus dijadikan pengajaran berguna buat kita untuk perlawanan Sabtu ini," jelasnya.

Sumber : Kosmo

Wednesday, October 27, 2010

Masa untuk Pemimpin Umno berbakti kepada rakyat Kelantan

Menjelang perlawanan akhir Piala malaysia Sabtu ini,masa yang sesuai kepada semua pemimpin Umno kelantan untuk berbakti kepada rakyat Kelantan.Disaat kesukaran untuk mendapatkan tiket yang harganya begitu tinggi bagi yang berpendapatan rendah untuk menonton perlawanan akhir Piala malaysia Sabtu ini dan ini adalah masanya kepada pemimpin umno untuk menolong rakyat Kelantan.
Seperti tahun lepas,ahli parlimen Pasir Mas iaitu Dato' Ibrahim Ali telah memperuntukkan setiap seorang satu keping tiket kepada ahli yang berdaftar di kawasan Pasir Mas.Diharapkan ramai lagi pemimpin UMNO yang tampil bagi meringankan beban rakyat Kelantan untuk menyaksikan pasukan kesayanganya beraksi dipentas final untuk kali ini.
Dan pada tahun ini Ketua UMNO Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz pula tampil untuk berbakti kepada rakyat Tanah Merah dengan memberi tiket secara percuma.
p/s : Jangan lupa pesan tok guru,orang bagi kain ambik,bagi zink ambik,bagi gula ambik, bagi TIKET pun ambik,bila bagi kertas undi pangkah BULAN.

Tuesday, October 26, 2010

Udang disebalik batu?



Dikhabarkan tiket terpaksa dibatalkan penjualanya hari ini di Kota Bharu.Mengikut perancangan asal penyokong Kelantan boleh mendapatkan tiket di kaunter tiket Stadium Muhamed keempat hari ini.Namun sebalikya yang berlaku,Penyokong yang datang untuk mendapatkan tiket terpaksa pulang dengan hampa.

Yang anehnya,banner besar siap dipasang menandakan pembatalan penjualan tiket.Cukup pantas sekali banner dibentangkan.Apa sebenarnya muslihat disebalik kejadian ini.Alasanya diatas masalah teknikal.Tak cukup dengan harga tiket yang naik 50%,nak mendapatkan tiket pun susah.

Yang menjadi mangsa penyokong kelantan sendiri,kepada pihak KAFA dan FAM tolong tangani masalah ini dengan segera,Cukup cukup lah nak memperbodohkan penyokong Kelantan.Kepada pihak berkenaan,diharap jangan sesekali mengambil kesempatan keatas penyokong Kelantan disaat semangat penyokong Kelantan sedang berkobar kobar untuk menyaksikan pasukan kesayangan beraksi dipentas Final.

p/s : terima kasih tuan punya foto

FAM main tarik tali

Ternyata FAM tiada pendirian tetap dalam membuat sesuatu keputusan.Minggu lepas jawatankuasa disiplin FAM telah menggantung jurulatih Kelantan B.Sathianathan selama enam bulan.Namun semalam FAM telah membenarkan B.Sathianathan berada dibangku simpanan bersama dengan pemain pada perlawanan akhir nanti.

Beginilah sikap FAM yang sentiasa membuat keputusan tanpa memikir keseluruhan impak yang terpaksa ditanggung oleh KAFA.Akhirnya FAM semalam terpaksa akur dengan desakan oleh penyokong Kelantan.

Berita penangguhan terhadap hukuman penggantungan yang dikenakan ke atas ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan sedikit sebanyak menjadi suntikan moral buat pemain-pemain skuad The Red Warriors.

Ini kerana, anak-anak buah Sathianathan itu bakal turun berdepan Negeri Sembilan pada aksi final Piala Malaysia 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Namun, bagi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), mereka sebenarnya masih belum boleh menarik nafas lega kerana keputusan penuh terhadap rayuan yang dikemukakan mereka hanya akan diketahui selepas Jawantankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), bersidang semula dalam masa terdekat.

Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim berkata, KAFA sebenarnya menghantar surat rayuan kepada FAM agar meri- ngankan hukuman yang dikenakan terhadap Sathianathan dan bukannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut.

“Diakui, keputusan FAM yang menangguhkan pelaksanaan terhadap hukuman yang dikenakan ke atas Satianathan sememangnya menjadi suntikan semangat kepada kami (Kelantan) menjelang aksi menentang Negeri Sembilan nanti.

“Begitupun, kami masih belum jelas tentang situasi sebe- nar kerana Satianathan sudah mula menjalani hukuman tersebut ketika aksi separuh akhir kedua menentang Kedah di Kota Bharu, Sabtu lalu.

“Jadi... kami mahu kepastian sama ada dalam tempoh tersebut adakah hukuman penggantungan Satianathan itu akan tetap diambil kira ataupun sebaliknya dan diharapkan FAM akan segera memberikan maklum balas,” kata Azman.

Terdahulu, Satianathan yang juga merupakan bekas pengendali skuad kebangsaan, menerusi KAFA telah mengemukakan rayuan kepada FAM bagi meringankan hukuman yang dikenakan ke atasnya semalam.

Setelah menyerahkan surat rayuan tersebut kepada Pengerusi Jawatankuasa Rayuan FAM, A. Ganarajah, pihaknya telah membuat keputusan untuk menangguhkan hukuman penggantungan yang dikenakan berkuat kuasa serta-merta.

“Berdasarkan Perkara 7.1.1 dan 7.5.1 Kod Tatatertib FAM 2010, Pengerusi Jawatankuasa Rayuan FAM dengan ini telah memutuskan hukuman penggantungan yang dikenakan ke atas Satianathan ditangguhkan berkuat kuasa serta-merta,” jelas kenyataan media yang dikeluarkan FAM semalam.

Sebelum ini, Satianathan terpaksa menerima padah digantung untuk tempoh enam bulan dan denda RM2,000 gara-gara memberikan komen mengenai perlawanan antara pasukan Perlis menentang Terengganu yang diadakan di Kuala Terengganu kira-kira tiga bulan lalu.

Monday, October 25, 2010

Penggantungan Sathia tidak rencat Kelantan

SathianaTHan (kanan) mengucapkan tahniah kepada pemain selepas Kelantan mengalahkan Kedah pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, kelmarin.


KOTA BHARU – Kelantan yang akan bertemu Negeri Sembilan pada final Piala Malaysia di Bukit Jalil, Sabtu ini, tidak mahu isu penggantungan ketua jurulatihnya, B. Sathianathan merencatkan semangat pemain untuk meraih kejuaraan berprestij itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, inilah masanya untuk pemain menghadiahkan kemenangan kepada Sathianathan, yang banyak berkorban untuk pasukan itu dengan membenam skuad `hoben jang hoben’.

“Kelantan akur dengan penggantungan Sathianathan dan saya yakin moral pemain Kelantan sama sekali tidak terjejas, sebagaimana yang ditunjukkan sewaktu menewaskan Kedah 1-0.

“Sebab itu peluang kali kedua bertemu Negeri Sembilan pada final, pemain perlu bersemangat tinggi dan buktikan kepada Sathia akan kemampuan kita di Bukit Jalil nanti,” katanya selepas separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, kelmarin.

Pada perlawanan itu, Kelantan menewaskan pasukan Kenari 1-0 hasil sepakan sudut pemain kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-79.

Perlawanan akhir menentang Negeri Sembilan pada final nanti, mengulangi sejarah tahun lalu, yang menyaksikan Negeri Sembilan muncul juara pada edisi ke-83 piala tersebut.

Dua hari lalu, Lembaga Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung Sathianathan selama enam bulan dan denda sebanyak RM2,000 berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, Sathianathan dihukum atas kesalahan memberi kenyataan kepada media berhubung stadium tuan rumah, bagi perlawanan Perlis dan Terengganu ketika Liga Super, musim lepas.

Pada perlawanan kelmarin, Sathianathan hanya menyaksikan pasukannya bermain di tempat duduk penonton dengan dilihat menggunakan walkie talkie untuk memberi arahan kepada penolongnya, Hashim Mustapha dan pengurus pasukan, Azman Ibrahim.

Mengulas perlawanan itu, Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM berkata, beliau berpuas hati dengan corak permainan Kelantan, yang bermain bermati-matian untuk menewaskan Kedah.

“Walaupun menang tipis, kemampuan yang ditunjukkan kesebelasan utama anak buah Sathianathan sudah cukup meyakinkan kita tidak menghadapi masalah menentang Negeri Sembilan di Bukit Jalil nanti,” katanya.

Mengulas imbuhan, Annuar berkata Kafa akan memberi bonus kepada pemain kerana berjaya mara ke final.

Sumber : Utusan

Sunday, October 24, 2010

Tahniah untuk Pasukan Kelantan

Hasrat Skuad Kijang untuk membalas dendam ekoran kekalahan kepada Kedah pada peringkat separuh akhir Piala Malaysia 1993 akhirnya berjaya dilunaskan.Orang yang paling gembira ialah pembantu jurulatih Skuad Kelantan iaitu Hashim Mustapha yang mewakili Kelantan pada ketika itu.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain pemain yang bertungkus lumus untuk memastikan Kelantan sekali lagi melangkah ke Bukit Jalil.Tidak lupa juga ucapan tahniah dan terima kasih tidak terhingga dari peminat kepada kesemua barisan pemain,jurulatih dan juga pengurusan Kelantan FA.

Satu penghargaan kepada ketua jurulatih Kelantan B.Sathianathan yang berjaya mengangkat martabat bola sepak Kelantan apabila berjaya membimbing skuad Kelantan ke peringkat final buat kali kedua berturut turut.Dengan ini,tidak ada apa lagi untuk kita mempertikaikan kredibiliti Sathianathan sebagai seorang jurulatih profesional.

Kini pasukan Kelantan telah menjadi salah satu pasukan yang disegani di Malaysia ketika ini,bukan sahaja pasukan malah penyokong penyokong Kelantan juga digeruni dan dicemburui oleh penyokong pasukan lain.

Tanpa penyokong setia,pasukan Kelantan munkin tidak boleh mencapai kejayaan yang ada sekarang,terima kasih kepada penyokong Kelantan yang selama ini berdiri teguh dan memberi sokongan tanpa henti kepada pasukan Kelantan.Sesungguhnya penyokong setia Kelantan adalah nadi kekuatan Skuad The Red Warriors.

Masih ada satu lagi misi yang belum terlaksana iaitu untuk mendakap Piala Malysia buat kali pertama dalam sejarah bola sepak Kelantan.Untuk itu mari lah kita sama sama mendoakan kejayaan untuk pasukan kesayangan kita.

Saturday, October 23, 2010

Norshahrul Idlan Talaha Membawa Red Warriors Ke Final

Sepakan sudut di minit minit terakhir oleh Norshahrul Idlan Talaha terus melorong ke gawang gol Kedah tidak berjaya di selamat kan oleh penjaga gol Kedah, merupakan gol tercantik.
Hadiah besar kepada Ketua jurulatih B, Sathianathan yang menerima HUKUMAN yang Kontroversi oleh FAM juga hadiah kepada penyokong penyokong setia Kelantan yang manunjukan begitu berdisiplin.

Semasa di interview oleh astro arena Norshahrul berkata “gol nya hadiah untuk B. Sathianathan yang kena gantung”, agregate 1 0.

Di Saat Genting Begini Sathia Tidak Bersama Pemain

sathia Di saat saat genting pasukan Red Warriors menempuh cabaran untuk menuju ke perlawanan akhir Piala Malaysia, lembaga tatatertib FAM pula menjatuhkan HUKUMAN menggantung ketua jurulatih Red Warriors  B. Sathianathan dari bersama pemain pemain selama ENAM bulan, belaiu tidak boleh bersama pemain semasa tempoh PERLAWANAN.

Dalam perlawanan Kelantan bertemu Kedah malam ini, pasukan Kelantan dan peminat peminat mestilah menunjuk kan sikap yang baik, serta kerja keras pemain bagi menunjuk kan apa saja tekanan dari berbagai sudut, mental dan provokasi, Kelantan tetap Gah dengan semangat juang yang kuat sehingga membuah kan hasil dan berjaya menewas kan mana mana saja pasukan lawan.

Red Warrior Ke Tahap PRO Penyokong Peminat Bagaimana ?

Team pasukan Red Warrior semua sekali menghampiri tahap PRO, kesungguhan warga red warrior menampak kan kesungguhan untuk menghadiahkan kepada peminat dan penyokong yang bertebaran seluruh tanahair dengan HADIAH ke peringkat akhir pada MALAM INI, red warrior mesti boleh malam ini, Kedah akan pulang dengan menggigit jari, insyaAllah…………imageSalam ! kepada semua peminat dan penyokong Red Warrior, hanya terletak pada tangan anda saja bagaimana pasukan red warrior akan di SEGANI dan di HORMATI lawan, tunjuk kan sifat PRO anda dan tunjuk bahawa anda datang dari negeri SERAMBI MEKAH, perlu di jaga juga maruah NEGERI kita yang tercinta ini, malah bola sepak juga melampaui batas negeri dan bangsa, jangan lagi ada insiden buruk berpunca dari kita di masa masa hadapan, anggap provokasi adalah musuh untuk melemah kan kita.imageSebelum itu mari lah kita sama sama berdo’a agar Kelantan dan Red Warrior mencapai kejayaan pada malam ini dan harihari mendatang, Amiiin.

Alfatihah juga kepada penyokong kita yang meninggal dunia di stadium Shah Alam tempoh hari……..alfatihah……

p/s : credit pada tuan gambar kerana ciplak.

Mati Hidup Red Warrior Malam Ini Penentu

MALAM ini akan menjadi hari penentuan buat Kelantan dan Kedah yang akan membuat perhitungan pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.

image semua pemain sudah OK, hanya peminat dan penyokong red warrior mesti tunjuk PRO juga.

Apa yang pasti, Kelantan ada dua misi penting untuk dilaksa- nakan pada perlawanan ini.

Pertama, mereka berazam mengulangi sejarah layak ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut -turut dan keduanya untuk membenam Kedah di laman sendiri bagi rekod cemerlang sang Kenari di Stadium Sultan Muhammed IV.

Kedah pernah menewaskan The Red War- riors dalam perlawanan Liga Super 19 Januari lalu dengan jaringan 1-0.

Kekecewaan tewas di tangan gergasi utara itu masih kemas terlekat pada memori para penyokong yang mahu anak-anak buah B. Sa- thianathan membuktikan mereka adalah jaguh sebenar Pantai Timur.

Turun tanpa dua tonggak penting, Azizi Mat Rose dan S. Subramaniam, kem Kelan- tan agak resah, namun kehadiran semula penggempur kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha mungkin mengembalikan keyakinan mereka untuk memburu kemenangan.

Perlawanan di Alor Setar tempoh hari memperlihatkan jentera serangan Kelantan kurang menyengat melalui gandingan Hairu- din Omar dan Akmal Rizal Rakhli selain tiga pertukaran dalam tempoh 15 minit pertama yang telah merencatkan rentak permainan mereka.

Perlawanan fasa kedua peringkat kumpu- lan dan suku akhir adalah ‘benchmark’ kepada Kelantan melalui gandingan Norshahrul dan Akmal Rizal yang menerajui jentera se- rangan Kelantan sehingga berjaya mengha- silkan 13 gol dalam lima perlawanan.

Daripada jumlah tersebut, 11 gol telah di- ledakkan di Kota Bharu dan statistik tersebut seharusnya mengundang resah kepada pemi- nat-peminat setia Kedah terutama buat pengendalinya, Ahmad Yusof.

Selepas seminggu kejayaan membenam dan ‘menghanyutkan’ nama Selangor dari senarai pasukan bertanding dalam Piala Malaysia, penyokong mahu stadium keramat mereka sekali lagi menjadi saksi lakaran kemenangan terus berpihak kepada Kelantan.

Malam ini sekali lagi ‘tentera-tentera merah’ akan membanjiri stadium dan mereka nyata enggan pulang hampa ketika persiapan menuju ke Shah Alam kini sudah pun bermula.

Bagi Sathia, beliau enggan mendabik dada dan lebih selesa sekiranya Kelantan hanya diletakkan selaku underdog, namun tetap op- timis pasukannya itu akan sekali lagi melangkah ke perlawanan akhir 30 Oktober ini.

“Kedah bukan satu pasukan yang mudah buat kita, mereka ada lima pemain kebang- saan dan mereka juga mendapat kembali khidmat dua pemain utama yang digantung sebelum ini. Situasi itu sedikit merisaukan saya.

“Saya percaya pemain-pemain kita sudah siap. Selepas melangkah sampai ke peringkat ini, saya tidak rasa pemain akan memberi laluan mudah kepada Kedah. Peminat setia Kelantan akan sekali lagi menjadi saksi bahawa pasukan mereka berhak ke pentas akhir,” katanya.

Tambahnya, beliau menjangkakan suatu perlawanan sengit akan berlangsung malam ini dan berharap para pemainnya memberikan fokus serta mempamerkan tahap disiplin yang tinggi bagi menjamin keja- yaan.

Jelasnya, percaya pada diri sendiri dan tidak terlalu yakin adalah kekuatan yang mampu menyumbang kejayaan dan melangkah ke perlawanan akhir selepas menewaskan Kedah adalah sesuatu yang sangat manis untuk di kecapi.

“Sebelum ini ramai juga yang tidak yakin kita mampu menewaskan Selangor tetapi pemain telah membuktikan Selangor bukan- lah sebuah pasukan yang boleh menang selalu dan saya mahu pemain melakukan- nya sekali lagi malam esok (malam ini),” ujarnya. [sumber]

Friday, October 22, 2010

Kelantan yakin mampu ke final

Oleh Adnan Mohamad
bhsukan@bharian.com.my
2010/10/22


KEJAYAAN mengikat Kedah di Stadium Darulaman malam kelmarin, meningkatkan keyakinan The Red Warriors untuk mengharungi perlawanan separuh akhir kedua di Kota Bharu, malam esok, meskipun sedar Sang Kenari akan bermati-matian mencari jaringan.

Kelantan yang sebelum ini menumbangkan Gergasi Merah Selangor di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, kini berkira-kira mengulangi episod sama, sekali gus merealisasikan impian mengecap final Piala Malaysia buat tahun kedua berturut-turut, seterusnya menjulang Piala Malaysia buat kali pertama.

Skuad bimbingan B Sathianathan kini dilihat hanya perlu meneruskan rentak biasa walaupun mungkin terpaksa melakukan sedikit perubahan taktikal berikutan kecederaan tiga pemain utama iaitu Azizi Mat Rose, Shakir Shaari dan S Subramaniam yang terpaksa dikeluarkan pada 15 minit pertama ketika separuh akhir pertama kelmarin, selain Akmal Rizal Rakhli.

Tetapi Sathinathan mungkin boleh tersenyum kerana penyerang berbisanya, Nor Shahrul Idlan Talaha dibenarkan beraksi semula selepas penggantungan.

Sathianathan memberitahu, dia tidak terkejut dengan persembahan bersungguh-sungguh pemain gantian kerana sering mengingatkan anak buahnya untuk memberikan 100 peratus komitmen dalam setiap perlawanan.

“Dalam perlawanan itu, pemain dapat bermain dengan baik walaupun beberapa bahagian terpaksa dirombak selepas dilanda kecederaan. Malah, Kelantan lebih banyak menguasai rentak dan mencipta peluang tetapi gagal menjaringkan gol,” katanya.

Menjelang 90 minit lagi aksi pada timbal balik kedua esok, Sathia terus menasihatkan anak buahnya supaya berwaspada dengan Kedah yang pasti lebih garang selepas gagal memanfaat kelebihan di gelanggang sendiri.

“Kita sedia maklum, Kedah pernah mengalahkan Kelantan di Kota Bharu dalam saingan Liga Super, malah menidakkan peluang The Red Warriors pada suku akhir Piala FA tahun ini, jadi Kedah perlu dihormati,” katanya.

“Kejayaan mengikat Kedah di Stadium Darulaman memang satu pencapaian membanggakan tetapi kita kena ingat, masih ada 90 minit lagi untuk mencapai impian ke final dan hajat itu boleh tersekat jika Kedah mendapat gol awal.”

Thursday, October 21, 2010

Kedah, Kelantan terikat tanpa jaringan

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
pengarang@utusan.com.my

ALOR SETAR – Kedah gagal menggunakan kesempatan untuk mencari kemenangan di gelanggang sendiri, apabila sekadar terikat tanpa jaringan dengan Kelantan, dalam perlawanan separuh akhir pertama bola sepak Piala Malaysia di Stadium Darulaman, semalam.

Namun, di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bersama Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun dan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Kedah beraksi tanpa dua tonggak, Mat Sabree Abu dan Khairul Helmi Johari, kerana digantung perlawanan gara-gara mengutip dua kad kuning, tetap berupaya mengimbangi aksi Kelantan.

Kerancakan aksi antara Kedah dengan Kelantan terhidang sebaik perlawanan bermula. Malah baru sahaja 15 minit berlangsung, empat pemain, tiga pasukan pelawat dan seorang tonggak tuan rumah terpaksa dikeluarkan, kerana mengalami kecederaan.

Walaupun tanpa tonggak, khususnya Kedah yang gagal menggunakan khidmat Mat Sabree dan Khairul Helmi kerana digantung perlawanan gara-gara mengutip dua kad kuning, pasukan tuan rumah tetap melakukan beberapa asakan ke kubu lawan.

Kehadiran semula Ahmad Fauzi Shaari, yang menjadi ketua pasukan selepas berehat panjang akibat kecederaan, menyuntik semangat Kedah untuk memberi tekanan kepada Kelantan, tetapi ketumpulan barisan serangan menyelamatkan pasukan pelawat.

Di sebalik keghairahan menyerang, Kelantan bangkit menyusun gerakan untuk kembali mencemaskan tuan rumah.

Bagaimanapun, beberapa percubaan gagal disempurnakan termasuk tandukan ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin melepasi palang pada minit ke-20.

Perlawanan kemudiannya kembali seimbang, apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun gagal mencari jaringan sehingga berakhir babak pertama.

Namun, perlawanan bertambah hangat sebaik separuh masa kedua berlangsung, apabila kedua-dua pasukan berhempas pulas mencari jaringan untuk menjadikan permainan lebih menarik.

Pasukan pelawat memperoleh kesempatan terbaik, namun sepakan percuma Muhd. Nor Farhan Mohamad ditanduk kencang pemain gantian, Khairan Eroza Razali tetapi bola hanya melepasi tiang gol pada minit ke-55.

Dua minit kemudian, giliran tuan rumah mendapat peluang terbaik namun rembatan deras hasil sepakan percuma Badrul Bakhtiar, tepat ke dalam dakapan penjaga gawang, Khairul Che Mat.

Kelantan membalas menerusi beberapa asakan balas yang mencemaskan tuan rumah, namun tetap gagal sehingga berakhir perlawanan untuk berkesudahan tanpa jaringan. Kedua-dua pasukan sekali lagi bertemu dalam separuh akhir kedua di Kelantan, Sabtu ini.

Wednesday, October 20, 2010

Preview Perlawanan

(klik imej)

Satu lagi separuh akhir pada malam ini akan mempertemukan dua wakil selatan tanah air iaitu antara juara Piala FA, Negeri Sembilan dan pasukan berstatus kelab, Johor FC.

Skuad Hoben Jang Hoben yang seolah-olah kembali menemui rentak di Piala Malaysia selepas prestasi hambar di Liga Super sudah tentu makin bersemangat dalam usaha mempertahankan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut.

Ketiadaan Zaquan Adha Abdul Radzak tidak menggusarkan Wan Jamak Wan Hassan kerana ayam tambatan terbarunya, Abdul Halim Zainal akan memegang kunci kejayaan Negeri Sembilan di Piala Malaysia.

Adik kepada dua bekas pemain kebangsaan iaitu Khairil Zainal dan Faizal Zainal itu menjadi kekuatan 'Si Rusa' di samping beberapa pemain pengalaman lain seperti Idris Karim, Rezal Zambery Yahya dan Mohd. Shukor Adan.

Bagi skuad Lebah, kejayaan mara ke separuh akhir sebenarnya boleh dianggap satu pencapaian cukup baik kerana mereka tidak pernah mara sejauh ini di pertandingan Piala Malaysia.

Johor FC layak dilabel sebagai underdog berbanding Negeri Sembilan dan beraksi tanpa sebarang tekanan boleh memberikan kelebihan buat anak-anak buah Azuan Zain untuk mencipta sejarah selaku pasukan kelab kedua menjuarai Piala Malaysia selepas MBPJ pada tahun 2004.

Preview Perlawanan

(klik imej)

Perlawanan diantara Kedah dan kelantan sememangya dinanti nantikan oleh kedua dua penyokong setia masing masing.pertembungan dua jaguh dari utara dan juga pantai timur ini dijangkakan cukup sengit.

Kebangkitan Kedah yang layak ke peringkat separuh akhir pada musim ini setelah mengalami 'igauan ngeri' pada musim lepas.Namun bekas juara double treble ini mampu mengulangai pencapaian pada tahun 2008.

Walaupun mempunyai prestasi yang disifatkan agak yo-yo, skuad Kenari tetap dianggap sebagai salah satu pasukan elit di kancah Liga Malaysia berdasarkan rekod baik pada kejohanan Piala FA dan Piala Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sememangya Skuad Kelantan harus berwaspada dengan kemaraan kedah untuk kali ini,dan harus diingat untuk rekod pertemuan sebanyak empat kali pada musim ini tidak memihak kepada pasukan The Red Warriors.

Skuad Kijang juga pernah berputih mata gara gara dikecewakan oleh skuad kenari pada aksi suku akhir Piala FA yang lalu.

Kesebelasan Kedah yang rata ratanya pemain muda harus dihormati oleh pasukan Kelantan. Namun dengan adanya penyerang berbisa kedah Badrol Bakhtiar mampu merobek gawang Kelantan.

Barisan pertahanan Kelantan yang diterajui oleh Azizi Matt Rose,Rizal fahmi Rosid,Zairul Fitree dan juga Farisham harus berwaspada dengan ancaman pemain ini dan juga pemain lain yang mampu menggugat kekebalan pertahan Kelantan.

Dikhabarkan pasukan Kedah terpaksa beraksi tanpa Sabre Mat Abu dan Khairul Helmi Johari akibat pergantungan.Namun ini tidak merisaukan jurulatih kedah iaitu Ahmad Yusof yang mempunyai beberapa pemain lagi yang boleh mengisi kekosongan tersebut.

Bagi pengendali Kelantan pula B.Sathianathan berpuas hati dengan kesebelasan ketika menentang Selangor tempoh hari.Kepercayaan masih lagi diharapkan kepada Akmal Rizal sebagai peledak untuk pasukan Kelantan.

Akmal Rizal ketika ini nampak semakin berbisa dihadapan pintu gol apabila mampu melaksanakn peluang untuk menjaringkan gol.Tanpa Norshahrul yang digantung perlawanan Akmal dijangkakan sekali lagi bergandingan dengan Hairuddin Omar sebagai ketua serangan pasukan Kelantan.

Dibantu oleh dua pemain sayap berbisa iaitu Indraputra dan juga Norfarhan disamping jentera tengah yang mantap ketika ini Badhri Radzi dan juga Mohd Shakir diharapkan mampu untuk merobek barisan pertahanan kedah.

Tuesday, October 19, 2010

Antara 1993 dan 2010


Esok tanggal 20 oktober 2010 sejarah tujuh belas tahun lepas menyingkap kembali apabila dua pasukan iaitu Kedah dan Kelantan dipertemukan kembali dalam aksi separuh akhir peringkat pertama Piala Malaysia.

Jikalau dulu Kedah berjaya menundukkan Kelantan di Stadium Darulaman dengan kemenangan tipis 3-2.Dua gol hasil jaringan Tuan Kamree dan gol cantik hasil sepakan percuma Hashim Mustapha yang kini sebagai pembantu jurulatih Kelantan.

Namun semangat pasukan Kelantan ketika itu tidak terhenti disitu,apabila perlawanan timbal balik yang berlangsung di Kota Bharu.Tetapi Pasukan kelantan terpakasa akur dengan kehebatan kedah yang berjaya ke perlawanan akhir dengan agregat 4-2.

Akibat daripada kegagalan pasukan Kelantan layak ke peringkat akhir,Penonton penonton Kelantan merusuh dengan menyerang bas yang dinaiki oleh penyokong Kedah. Dan ada juga seorang penonton Kelantan yang lolos kedalam padang untuk menyerang pengadil Perlawanan.

Tapi itu semua sejarah tujuh belas tahun lepas,dan kini 2010 kita percaya skuad yang ada sekarang sememangnya tidak mahu sejarah berulang kembali.

Kini skuad yang digelar The Red Warrios Bimbingan B.Sathianathan sudah bersedia untuk menebus balik kekecewaan seluruh peminat pada tahun 1993.Dan kita semua yakin dengan kehebatan pasukan Kelantan sekarang.

Kepada seluruh peminat setia Kelantan juga,walaupun kemenangan tidak berpihak kepada Kelantan,terimalah keputusan dengan hati terbuka.Janganlah sekali lagi mengulangi perkara sama yang boleh mengundang persepsi buruk umum terhadap penyokong Kelantan.

Monday, October 18, 2010

Semangat juang yang tinggi kunci kejayaan Kelantan

Pasukan Kelantan dijangkakan mampu untuk mengulangi sejarah pada tahun lepas untuk ke final Piala Malaysia musim ini.Prestasi permainanan yang memuncak akhir akhir ini membuktikan skuad The Red Warriors mampu menjuarai piala Malaysia.

Skuad didikan B.Sathianathan ini mempamerkan aksi kehandalanya apabila menewaskan selangor pada suku akhir tempoh hari.Yang nyatanya kebangkitan semula bekas penyerang kebangsaan Akmal Rizal meyakinkan kembali para peminat untuk terus diharapkan menjadi peledak gawang pihak lawan.

Tanpa dibantu oleh Norshahrul Idlan Talaha,Akmal beraksi cemerlang dan menjaringkan gol untuk membantu Kelantan layak ke separuh akhir.Jelas kelihatan pasukan Kelantan tidak sesekali bergantung kepada seseorang pemain untuk mencipta kemenangan.

Mempunyai barisan pertahanan yang begitu ampuh,menjadi nadi kekuatan dan kekebalan pasukan Kelantan daripada dibolosi oleh pihak lawan.Kombinasi yang mantap ditunjukkan oleh Farisham,Rizal Fahmi,Azizi dan Zairul fitri semangnya boleh dibanggakan dan dipuji setiap kali permainan.

Tidak lupa juga kepada pemain harapan negara,Khairul Fahmi diposisi penjaga gawang yang sentiasa konsisiten dan cemerlang setiap kali diturunkan untuk berakasi.Banyak membantu pasukan Kelantan untuk menghampakan pasukan lawan menjaringkan gol dengan ketangkasanya.Sebagai pemain muda yang bercita cita tinggi,beliau dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk cemerlang dalam arena bola sepak ini.

Kebangkitan pemain tengah kreatif iaitu Badri Radzi sememangya diharapkan lagi untuk melancarkan pergerakan dari tengah.Dibantu oleh Mohd Shakir Shaari memudahkan lagi tugas beliau untuk melakukan hantaran dan membantu menggerakkan bahagian serangan.Kini beliau seolah olah mendapatkan kembali sentuhan apabila berjaya mencipta beberapa gol pada aksi Piala malaysia ini.

Harapan sekali lagi perlu digalaskan oleh kapten pasukan Kelantan Indraputra untuk membawa pasukan kelantan ke Bukit Jalil pada tahun ini.Semangat juang yang tinggi sebagai ketua pasukan mampu menaikkan moral pemain pemain lain.

Pengalamanya sebagai pemain perfesional banyak membantu kelantan mencipta kemenangan dan kepintaranya mengawal bola diharapkan lagi dapat membantu mencipta ruang untuk menghasilkan gol.

Norfarhan Mohamad pula pencetus segalanya kemenangan keatas Selangor tempoh hari.Hasil daripada gol pembukaanya ternyata membakar semangat pemain lain untuk beraksi cemerlang.
bermain diposisi sayap kanan,ternyata beliau berkesan sekali untuk mencemaskan pertahan pihak lawan.

Walau apa pun semangat dan kekuatan mental yang tinggi menjadi kunci utama skuad The Red Warrior mencipta kejayaan.Diharapkan Kelantan sekali lagi mengulangi aksi yang sama ketika menentang Selangor tempoh hari.

Sunday, October 17, 2010

Empat Pasukan mengisi slot ke separuh akhir

Semalam tamatlah aksi suku akhir Piala Malaysia untuk musim 2010,maka tinggalah empat lagi pasukan untuk meneruskan cabaran merebut Piala berpestij ini.Selain Kelantan yang merupakan pasukan terawal melepasi peringkat suku akhir,Penyandang juara tahun lalu Negeri Sembilan sudah dijangkakan akan mengikut jejak pasukan Kelantan.

Skuad Hobeng Jang Hobeng sememangnya menjadi pasukan pilihan dalam perebutan Piala Malaysia ini,setelah mudah menjinakkan Perlis 3-1 di tempat lawan.Negeri Sembilan mara dengan agregat 4-1 dan akan bertemu dengan Johor FC Rabu nanti.

Namun sebuah pasukan yang berstatus kelab Johor Fc menjadi pasukan tunggal dari kelab yang berjaya melepasi keperingkat separuh akhir.Johor Fc mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya mengikut jejak Kelantan dan Negeri Sembilan setelah menyingkirkan Pahang dengan agregat 2-2.Namun kelebihan jaringan ditempat lawan berpihak kepada Johor Fc.

Pasukan dari utara tanah air iaitu kedah juga berjaya mengisi empat kuota terakhir setelah membenam Terengganu 3-0 dan 5-2 kiraan agregat.Pasukan Kedah akan menanti kunjungan Pasukan Kelantan di stadium Darulaman Rabu ini.

Saturday, October 16, 2010

Kejayaan demi maruah dan nyawa rakyat Kelantan

Kemenangan keatas Selangor malam tadi merupakan satu kejayaan yang paling bermakna bagi mengembalikan maruah penyokong Kelantan yang ditindas oleh media media arus perdana gara gara satu peristiwa keganasan yang berlaku di Shah Alam Sabtu lalu.

Semenjak peristiwa itu,maruah penyokong penyokong Kelantan dipermainkan dan dipijak, yang memainkan peranan dalam isu ini tidak lain tidak bukan media dan akhbar tempatan yang sengaja mensensasikan beita ini.

Tidak kurang juga suara suara sumbang yang mencaci dan mengeji penyokong Kelantan terutama peminat peminat Selangor yang sememangya membenci dan cemburu terhadap penyokong dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Namun sesungguhya berkat kesabaran ini dibalas dengan satu kejayaan yang begitu bermakna.
Sesungguhnya allah s.w.t akan membela golongan yang teraniyai disamping berkat doa daripada seluruh penyokong setia Kelantan.

Hanya ucapan syukur keatasnya disamping linangan air mata yang mengiringi kejayaan ini. Diharapkan kejayaan ini dapat membuka mata semua pihak yang selama ini memandang serong terhadap penyokong Kelantan.

(Jangan sesekali lupa akan peristiwa ini)

Disaat kita sedang meraikan kejayaan ini,janganlah kita sesekali lupa terhadap saudara kita yang telah kembali kerahmatullah dan yang menjadi mangsa kekejaman penyokong Selangor pada sabtu lalu.

Dan sesungguhya penderitaan,penindasan, dan kesabaran akan dibalas dengan kejayaan. wallahuwa'lam...

Kelantan sentap keegoan Selangor

Akhirnya Kelantan Berjaya menyentap keegoan pasukan yang bergelar The Red Giants dengan menewaskan skuad gergasi dari Lembah Klang itu 3-0 dalam aksi suku akhir pusingan kedua Piala Malaysia di Kota Bharu malam tadi.

Selangor merupakan pasukan pilihan dalam piala malaysia setelah cemerlang dengan kesemua tujuh perlawanan diperingkat awal saingan,akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan The Red Warriors.

Dengan rasa hormat dan rendah diri anak anak buah B.Sathianathan menunjukkan jalan keluar untuk skuad merah kuning daripada Saingan Piala Malaysia musim ini.

Sememangnya kemenangan ini amatlah bermakna untuk pemain pemain Kelantan yang akan menempuhi perlawanan terakhir sebelum ke Bukit Jalil sekiranya berjaya.

Kemenangan ini juga merupakan hadiah 'istimewa' daripada pasukan Kelantan untuk penyokong penyokong setianya yang selama ini tidak berputus asa memberi sokongan.Tiada siapa yang dapat menduga kelantan mampu menewaskan Selangor dengan jaringan 3 gol tanpa balas.

Apa apa pun jadikanlah kemenangan ini sebagai pencetus semangat dan keyakinan kepada pemain pemain bagi menghadapi perlawanan seterusnya untuk melaksanakan misi yang belum selesai.Yang nyata perjuangan kita bukan setakat ini sahaja.








Friday, October 15, 2010

Kelantan sedia gempur Selangor

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my



NORSHAHRUL (tengah) ditenteramkan oleh seorang pegawai perubatan Kelantan selepas dilayangkan kad merah di Stadium Shah Alam, Selasa lalu.

“BOLA sepak adalah sukan dan bukannya perang.” Demikian nasihat jurulatih Kelantan, B. Sathianathan kepada penyokong Kelantan yang akan hadir menyaksikan perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia antara Kelantan dan Selangor di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Menurut Sathianathan, fokus pemain hanya untuk mencipta kemena- ngan dan jika terdapat gangguan luar, pasti tumpuan para pemainnya di padang akan terjejas.
“Kita mengalu-alukan kehadiran penonton seramai yang mungkin tetapi datanglah dengan semangat kesukanan yang tinggi.

“Insiden-insiden yang tidak sepatutnya hanya akan merugikan pasu- kan selain jangan mudah menghukum pemain yang melakukan kesilapan.
“Penyokong Kelantan adalah yang terbaik kerana mereka sentiasa mengiringi perjuangan pasukan dan saya mahu itu dikekalkan,” katanya semalam.

Sathianathan berkata, berdepan Selangor adalah suatu tugas yang bukan mudah tetapi beliau percaya sekiranya para penyokong menjadi ‘pemain ke-12’ Kelantan, tidak musta- hil The Red Warriors akan mampu me- numbangkan Selangor di laman sendiri.

Jelasnya, Kelantan mempunyai peluang yang cerah untuk melangkah ke separuh akhir selepas mengikat Sela- ngor dengan keputusan seri tanpa jaringan di Shah Alam, Selasa lalu.
“Stadium Sultan Muhammed Ke-IV sentiasa menjanjikan tuah kepada Kelantan. Para pemain juga telah bersedia untuk itu dan kita mahu lihat satu keputusan yang positif.

“Sesiapa jua yang akan saya turunkan nanti pastinya pemain yang sudah pun bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mengharungi perlawanan yang dikategorikan sebagai berprofil tinggi,” ujarnya.

Mengenai pengganti Norshahrul Id- lan Talaha yang digantung perlawanan kerana menerima kad merah Selasa lalu, Sathianathan berkata: “Ketiadaannya tidak merencatkan persiapan kita.

“Saya ada ramai pemain yang mempunyai kemampuan yang sama.”

Sumber : Kosmo

Thursday, October 14, 2010

90 minit perlawanan jadi penentu

KOTA BHARU – Seri sudah memadai, tetapi itu belum menjamin tempat buat Kelantan. Masih ada baki 90 minit perlawanan sebelum penentuan pasukan mana layak ke separuh akhir TM Piala Malaysia musim ini akan ditentukan.

Pada perlawanan suku akhir pertama TM Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam semalam, Kelantan berjaya mengikat tuan rumah, Selangor dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Begitu pun, Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan tetap berpuas hati setelah melihat aksi luar biasa barisan pemainnya yang bermain 10 pemain pada separuh masa kedua memaksa tuan rumah, Selangor berkongsi seri tanpa jaringan di Stadium Shah Alam, malam semalam.

“Saya berpuas hati dengan aksi pemain saya. Kita jelas menguasai babak separuh masa kedua. Walau pun dalam separuh masa pertama, barisan pemain kita bermain agak kelam-kabut, di samping melakukan kesilapan dengan hantaran yang tidak tepat, tetapi pemain kita jelas bangkit menguasai babak kedua,” katanya, semalam.

“Jelas Selangor hanya mampu mengambil kesempatan melakukan serangan balas melalui kesilapan hantaran yang tidak tepat itu. Selebihnya tidak ada yang menggusarkan bagi pertahanan kita. Keputusan seri ini bermakna memberi kelebihan kepada kita yang akan bermain dalam perlawanan ulangan Jumaat ini (malam esok).

“Apa yang disaksikan semalam, kita sudah menunjukkan satu persembahan yang terbaik. Tetapi saya percaya, kita mampu bermain lebih baik lagi daripada apa yang ditunjukkan malam semalam. Pemain kita jelas bernafsu besar untuk mencatatkan kemenangan. Ini yang menarik tentang pasukan Kelantan," katanya.

Sathianathan berkata, beliau turut terkilan dengan insiden pergaduhan membabitkan kedua-dua penyokong ketika perlawanan itu. “Sepatutnya dalam bola sepak tidak ada lagi perkara seperti itu (membakar mercun dan membaling objek).

Sebagai penyokong fanatik sekali pun, kita tidak boleh melakukan tindakan seperti itu. “Kalau kita datang ke stadium, kita perlu menikmati suasana menonton bola sepak, bukannya menghancurkan bola sepak," katanya.

Sementara itu, Sathianathan turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga salah seorang penyokong Kelantan yang meninggal dunia selepas menyaksikan perlawanan di Shah Alam itu. “Saya berharap kita mampu mencatatkan kemenangan pada perlawanan malam esok. Kemenangan itu kita hadiahkan kepada arwah yang setia menyokong pasukan Kelantan.

“Saya ingatkan kepada pemain saya bahawa penyokong Kelantan sanggup melakukan apa sahaja berhabis duit demi sokongan terhadap pasukan Kelantan. Mereka (pemain) harus menghargai sokongan seperti itu dan menghadiahkan kemenangan kepada peminat Kelantan,” katanya.

Sumber : Sinar harian

FAS, KAFA berdepan tindakan

INSIDEN yang dianggap keterlaluan ini berlaku di Stadium Shah Alam ketika aksi antara Kelantan dan Selangor kelmarin.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) kini hanya menunggu laporan penuh daripada pegawai perlawanan sebelum mempertimbangkan untuk mengheret Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ke Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, kedua-dua persatuan negeri itu boleh diambil tindakan berhubung insiden pergaduhan dan kekecohan yang ditimbulkan penyokong masing-masing pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

"Kita (FAM) mempunyai peruntukan tertentu untuk mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang terlibat ini mengikut bidang kuasa FAM.

"Selepas mendapat dan mengumpul semua maklumat lengkap, kita akan pertimbangkan sama ada kes ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM atau sebaliknya," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.

Namun Azzuddin menafikan bahawa kurangnya kawalan keselamatan pada perlawanan tersebut menjadi punca penyokong Selangor dan Kelantan 'bertempur' sama ada di dalam mahu pun di luar stadium.

"Mesyuarat pengurus pasukan sehari sebelum perlawanan telah berpuas hati dengan aspek keselamatan yang disediakan pihak tuan rumah.

"Tapi itulah, walau berapa ribu penyokong yang hadir sekali pun, jika pergaduhan itu nak berlaku, ia tetap akan berlaku dan ia sudah menjadi asam garam. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan penyokong Kelantan dan Selangor.

"KAFA dan FAS telah berulang kali menasihatkan penyokong mereka tetapi kekecohan tetap berlaku berpunca daripada tindak tanduk segelintir penyokong ini," jelas Azzuddin.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, hanya seorang penyokong Kelantan yang meninggal dunia akibat sesak nafas sambil menafikan terdapat seorang lagi yang mati akibat bergaduh.

"Saya sendiri berada di hospital sehingga pukul 3 pagi tadi (semalam) dan penyokong tersebut (Che Karma Sulaiman, 39) berasal dari Bachok tetapi bekerja di sini mati akibat sesak nafas dan bukannya disebabkan pergaduhan.

"Pihak FAS bersetuju memberikan RM3,000 kepada keluarga mangsa sebagai sumbangan ikhlas untuk urusan pengkebumiannya. Cuma saya harap semua penyokong lebih berdisiplin pada masa akan datang untuk mengelak insiden pergaduhan berulang," kata Hamidin pada sidang media sama.

Tentang isu mercun di stadium, Hamidin yang juga Setiausaha Agung FAS berkata: "Memang kita buat sekatan di pintu masuk. Tapi masalah stadium di Malaysia yang kelilingnya terbuka memudahkan mereka menyeludup masuk juga mercun. Kita akan fikirkan mekanisme terbaik bagi mengatasinya."

Sumber : Kosmo

Wednesday, October 13, 2010

Peluang masih terbuka kepada lapan pasukan


Peluang untuk mara keperingkat separuh akhir kepada semua pasukan dilihat sama rata, namun sedikit kelebihan kepada dua pasukan yang mencatatkan kemenagan iaitu Negeri Sembilan dan Johor FC.

Juar tahun lalu Negeri Sembilan membawa bekalan satu gol ke Kangar Sabtu nanti setelah menang tipis Perlis 1-0 hasil jaringan Shahurain Abu Samah pada minit ke-50.

Manakal Johor FC pula sememangya tidak boleh lagi berasa selesa kerana hanya 1-0 keatas Pahang di Stadium JCorp Pasir Gudang.Pahang yang beraksi cemerlang ditempat sendiri munkin akan memberi kelebihan kepada skuad Tok Gajah apabila menerima kunjungan Johor FC sabtu ini.

Kedah pula berjaya mengikat tuan rumah Terengganu 2-2 di Kuala Terengganu semalam. Namun Firdaus Mohd Faudzi menjadi penyelamat skuad penyu untuk menjaringkan gol penyamaan.

Perlawanan yang penuh dengan pelbagai 'aksi' didalam padang mahupun di luar padang yang melibatkan Selangor dan juga Kelantan semalam,kedua dua pasukan sekadar seri tanpa jaringan.Perlawanan juga dicemari dengan layanan dua kad merah keatas Norshahrul Idlan Talaha dan seorang pemain pertahan Selangor.

Kegagalan pihak pengurusan punca pergaduhan?

Munkinkah Kegagalan pihak pengurusan dan juga FAS punca berlakunya pergaduhan diantara penyokong kedua dua pasukan.Sepatutnya pihak pengurusan mengambil iktibar daripada apa yang pernah berlaku ketika kedua dua pasukan beraksi dalam aksi liga super yang lalu.

Kejadian yang sama juga berlaku semalam apabila kedua dua penyokong mencetuskan provokasi dengan adegan ejek mengejek pada mulanya sehinggalah baling membaling kearah tempat duduk penonton.

Disitu kita boleh menyaksikan bahawa pihak keselamatan gagal mengawal keadaan sehingga tercetusnya huru hara.Pihak pengurusan juga boleh mengelakkan perkara sebegini berlaku sekiranya menjarakkan kawasan diantara kedua dua belah penyokong.

Sepatutnya pihak pengurusan menempatkan seberapa banyak tenaga pasukan FRU mahupun polis di tengah tengah kawasan tersebut.Dan kita yakin perkara sebegini tidak munkin akan berlaku.

Daripada ketegangan dalam Stadium terbawak ke luar stadium sehingga berlakunya pergaduhan dan pertikaman.Dikhabarkan ada juga penonton yang ditikam dengan botol dan dibelasah sehingga cedera teruk.

Diharapkan pihak berkuasa dan FAM dapat melakukan sesuatu dan melakukan siasatan dengan terperinci berhubung perkara ini.Ini perkara yang serius kerana melibatkan kecederaan yang serius.

Tidak lupa juga untuk mengucapkan takziah kepada penyokong Kelantan yang meninggal dunia semalam akibat kesesakan nafas.Semoga roh nya ditempatkan ditempat orang yang beriman, al-fatihah..amin.

Tuesday, October 12, 2010

Awas!!Penyokong berbaju merah menyerbu Shah Alam

Saat-saat yang dinantikan oleh semua penyokong penyokong The Red Warriors kini sudah pun hampir.Hanya beberapa jam lagi kita akan meyaksikan satu satunya perlawanan bola sepak yang terhebat di malaysia ini yang membabitkan pertemuan diantara Selangor dan kelantan.

Umumnya sudah pun mengetahui kedua dua pasukan ini mempunyai peminat yang begitu ramai yang tidak ada pada pasukan lain.

Kepada penyokong penyokong Kelantan diharapkan dapat menunjukkan semangat kesukanan yang begitu tinggi dengan penuh berdisiplin.buktikan kepada seluruh malaysia yang kita adalah penyokong yang paling terbaik ketika ini.

Jangan sesekali mengulangi sikap seperti yang pernah berlaku pada musim lepas yang boleh menjatuhkan nama baik Presiden KAFA Tan Sri Anuar Musa sebagai timbalan Presiden FAM.

Kepada penyokong penyokong juga jangan cuba mencetuskan provokasi terhadap penyokong pasukan lawan mahupun kepada pemain pemain yang sedang berkasi seperti membaling botol dan juga membakar mercun.

Jadikanlah perlawanan malam ini sebagai satu perlawanan yang paling 'bersih' yang pernah kita saksikan tanpa ada sebarang kekecohan daripada segelintir penyokong Kelantan.Untuk itu selamat menonton dengan berhemah dan tunjukkan sikap yang berakhlak kita sebagai rakyat Kelantan.

Red Giants vs The Red Warriors

  • (klik pada gambar untuk besarkan)

Terkini dari Skuad Kelantan

Berita yang menggembirakan dari kem Skuad Kelantan apabila peledak utama skuad sang Kijang Norshahrul Idlan Talaha dilaporkan akan diturunkan pada perlawanan menentang Selangor pada malam ini.

Beliau dilaporkan sudah pun cergas dan bersedia untuk beraksi bersama sama Badhri Radzi dan juga pemain pertahanan iaitu Azizi Matt Rose.

Namun nasib sebaliknya yang menimpa pemain sayap lincah iaitu S.Chanturu yang berkemunkinan tidak dapat diturunkan sekiranya demam yang dialaminya berterusan.

Chanturu yang ditemui semalam dalam keadaan demam selsema akibat faktor cuaca menurutnya.Namun beliau yakin akan dapat beraksi sekiranya pulih daripada demam.

Kelantan tidak gentar

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my




KELANTAN akan menagih pengalaman Akmal Rizal (kiri) untuk memusnahkan kubu Selangor.

“SELANGOR bukan sebuah pasukan yang digeruni. Mereka juga mempunyai kelemahan dan kami tidak perlu bimbang.”

Demikian tegas pengendali Kelantan, B. Sathianathan menjelang pertemuan dengan skuad The Red Giant itu pada pusingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini.

Bagi Sathia, pertembungan kali ini diibaratkan sebagai perlawanan akhir yang diawalkan selain kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri ketika pertemuan dalam Liga Super sebelum ini dan percaya tahap permainan akan berada pada paras tertinggi

Justeru, beliau berharap agar pemainnya berada dalam keadaan paling cergas termasuk pemain simpanan bagi menghadapai perlawanan terhebat itu.

“Selangor adalah sebuah pasukan yang biasa bermain perlawanan berprofil tinggi seperti ini, tetapi jangan lupa mereka juga mempunyai kekura- ngan. Jadi, saya mahu semua pemain bersedia untuk mencipta sesuatu.

“Selangor hanya menurunkan pasukan kedua ketika perlawanan terakhir tetapi pemain kita terpaksa bertungkus-lumus sehingga perlawanan terakhir peringkat kumpulan menyebabkan pemain-pemain kita agak keletihan selepas beraksi dalam tiga perlawanan dalam tempoh sembilan hari,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, untuk menjadi sebuah pasukan yang bergelar juara, ketakutan tidak seharusnya menjadi penghalang dalam diri pemain, siapa saja yang bakal ditentang, mereka perlu yakin.
Jelasnya, beliau pasti K. Devan dan anak-anak buahnya juga bimbang menghadapi Kelantan yang turun dengan reputasi sebagai naib juara Liga Super selain finalis Piala Malaysia musim lalu.

“Mereka juga pasti bimbang bertemu kita (Kelantan). Tekanan mungkin lebih kepada Selangor kerana mereka juara Liga Super, rekod tanpa kalah dalam kumpulan selain aksi pertama ini akan dilangsungkan di tempat mereka terlebih dahulu.

“Bagi saya, seri sudah cukup tetapi menang adalah satu bonus. Cuma saya mahu pemain- pemain saya pulang bersama jaringan gol sebanyak mungkin untuk meredakan tekanan ketika aksi di Kota Bharu,” ujarnya.

Bagaimanapun, ada khabar yang kurang gembira di kem Kelantan apabila beberapa pemain utamanya mengalami kecederaan seperti Azizi Mat Rose, Norshahrul Idlan Talaha serta Badri Radzi dan status mereka hanya akan diketahui hari ini.

Sumber : Kosmo

Monday, October 11, 2010

Status Norshahrul Idlan Talaha masih diragui

Jurulatih Kelantan B Sathianathan berkata status pemain penyerangnya,Norshahrul Idlan Talaha masih lagi diragui untuk bertarung dalam perlawanan suku akhir peringkat pertama menentang Selangor esok.

Norshahrul mengalami kecederaan dan masih lagi menunggu laporan perubatan.Norshahrul berjaya membantu Kelantan menjaringkan dua gol untuk kemenangan Kelantan 4-0.

Selain Norshahrul menurut Sathia, pemain pertahanan Azizi Mat Rose dan juga Badhri Radzi juga mengalami kecederaan.

Walau apa pun,Sathia masih lagi mempunyai beberapa lagi pemain yang hebat untuk mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan.Dan Sathia percaya anak buahnya akan beraksi cemerlang sekiranya diberi peluang.

Amaran Kepada Selangor


Pasukan Kelantan melaungkan amaran awal kepada Selangor setelah menamatkan perlawanan di peringkat kumpulan dengan dua kemenagan yang penuh bergaya.Kelantan seolah-olah baru bangkit setelah membelasah dua pasukan berstatus kelab PKNS dan juga KL Plus dengan jaringan 4-0 dan sememangnya sudah bersedia menghadapi pasukan yang di gelar The Red Giants.

Lapan gol dalam dua perlawanan terakhir yang dihasilkan The Red Warriors membuktikan bahawa jentera penggempur B. Sathianathan kini 'kemaruk' jaringan dengan rentak permainan yang semakin konsisten.

Bagi Sathia, permainan yang dipamerkan malam kelamrin begitu membanggakan apabila semua pemainnya berjaya mengekalkan disiplin selain disifatkannya sebagai bermotivasi tinggi untuk layak ke suku akhir.
Menurutnya, Kelantan berjaya menguasai keseluruhan permainan dengan serangan-serangan yang cukup berbahaya dan hampir menambah beberapa lagi jaringan sebelum dihalang oleh nasib yang tidak menyebelahi.

"Dalam bola sepak tidak semua serangan akan berakhir dengan gol. Apabila tempoh 90 minit dimanfaat dengan sebaiknya bermakna anda akan memperoleh hasil yang cukup membanggakan dan saya gembira apa yang dilakukan pemain malam semalam (kelmarin).

"Kita memulakan saingan Piala Malaysia dengan agak perlahan sehingga terpaksa menerima beberapa keputusan yang agak mengejutkan tetapi kita berjaya kembali kepada rentak asal dan pemain juga sudah mendapat semula keyakinan serta semangat mereka," katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, sehingga kini Kelantan sudah menepati sasaran iaitu layak ke suku akhir namun, percaya perjalanan pasukan kendaliannya tidak akan terhenti setakat ini kerana pemainnya masih mahu membuktikan sesuatu kepada peminat setia.

Jelasnya, beliau cukup berpuas hati dengan aksi penyerang-penyerang dan jentera tengah yang berjaya mencipta beberapa peluang menarik sehingga gagal dikekang oleh pertahanan KL Plus sehingga berjaya merekodkan empat gol.

"Bagaimanapun, kita masih ada kelemahan. Pertahanan kita sedikit longgar dan ini perlu segera dibaiki sebelum turun menentang Selangor di Shah Alam, Selasa ini.

"Apa yang merisaukan saya, beberapa pemain berada dalam keadaan ragu-ragu untuk diturunkan Selasa ini. Azizi (Mat Rose), Piya (Badri Radzi) dan Norshahrul (Idlan Talaha) mengalami kecederaan dan saya hanya akan menerima laporan perubatan mereka esok (hari ini)," ujarnya.

Jelasnya, beliau yakin siapa juga pemain yang akan diturunkan menentang Selangor pada suku akhir pertama pastinya akan memberikan komitmen penuh ketika di padang selain pastinya sokongan peminat yang akan memberikan mereka tonik tambahan.

Sumber : Kosmo

Photo :The Red Warriors.com

Sunday, October 10, 2010

The Red Warriors Mara

Pasukan Kelantan melengkapkan kuota lapan pasukan ke pusingan suku akhir setelah menang bergaya ke atas KL Plus 4-0 di stadium MPPJ malam tadi.

Setelah selesai mengharungi enam perlawan di peringkat kumpulan,pasukan Kelantan mengumpul 11 mata dengan kemenangan tiga,seri dua kali dan tewas hanya sekali.Kelantan bersama dengan Negeri Sembilan yang sudah awal lagi melepasi ke suku akhir bagi kumpulan A.

Pasukan Kelantan turun dengan kesebelasan yang sama ketika menentang Selangor PKNS tempoh hari dengan misi untuk mengutip tiga mata penuh diiringi bersama ribuan tentera merah yang memenuhi stadium MPPJ malam tadi.

Sejurus wisel dibunyikan Skuad anak didik B.Sathianathan dilihat bersemangat melancarkan serangan kearah kubu KL Plus yang diketuai oleh Norhafiz Zamani Misbah.Jentera serangan Kelantan yang diketuai oleh penyerang sensasi kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha yang dibantu oleh Akmal Rizal.

The Red Warrior berjaya menghasilkan gol pertama menerusi perancang tengah Kreatif Badhri Radzi yang berjaya melepaskan tendangan yang gagal diselamatkan oleh Faizal Rashid pada minit ke-26.Badhri Radzi berjaya mengulangi aksi cemerlangnya ketika menentang Selangor PKNS tempoh hari.

Sememangya gol pertama memberi semangat kepada pemain pemain kelantan untuk menambahkan jaringan dan hasilnya Norshahrul berjaya menggandakan jaringan pada minit ke-35 menerusi larian pantasnya yang menarik dan menggelecek pemain pertahanan dan memperdayakan penjaga gol sebelum merembat menggegar jaring.

Gol tersebut menggamatkan lagi stadium dengan sorakan penyokon penyokong setia yang hadir, gol tersebut juga menamatkan kemarau jaringan Norshahrul yang sekian lama tidak menghasilkan gol bersama skuad Kijang.

Norshahrul menambahkan satu lagi koleksi jaringan peribadinya dan gol ketiga untuk pasukan Kelantan apabila berjaya memanfaatkan peluang yang terhidang dalam keadaan kelam kabut dihadapan pintu gol KL Plus pada minit ke40.

Pemain pertahanan kelantan Rizal Fahmi berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring, apabila berjaya menolak bola masuk hasil hantaran Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-69 untuk melengkapkan kemenagan bergaya skuad Kijang.

Saturday, October 9, 2010

The Road Warriors VS The Red Warriors

* ihsan dari kijangmerah

Tiada laluan mudah buat Kelantan: Husni

KOTA BHARU – “Tiada laluan mudah untuk Kelantan”. Begitulah pesanan Pengurus Pasukan KL Plus FC, Husni Md Yusuf kepada anak buah B Sathianathan dalam menghadapi perlawanan menentang pasukannya di Kelana Jaya, malam ini. “Kita tetap akan turun bermain seperti biasa.

Tiada tekanan terhadap pasukan kami. Walaupun sudah tersingkir dalam saingan kempen TM Piala Malaysia musim ini tetapi itu tidak bermakna kami akan mudah menyerah kalah kepada Kelantan.

“Walaupun perlawanan malam ini sekadar pelengkap jadual perlawanan bagi pasukan kami, tetapi Kelantan kena berusaha keras untuk memenangi perlawanan ini sekiranya mahu ke peringkat suku akhir. “Sama ada Negeri Sembilan, Kelantan dan Selangor PKNS FC, semua pasukan tersebut tetap berpeluang ke suku akhir.

Selangor PKNS FC sekiranya menang ke atas Negeri Sembilan, mereka turut berpeluang manakala Negeri Sembilan mungkin mengimpikan kemenangan untuk jadi juara kumpulan. Jadi Kelantan juga kena menang dalam perlawanan malam ini,

” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam. Husni berkata, tidak ada rombakan dilakukan terhadap pasukannya dalam menghadapi kebangkitan lewat pasukan Kelantan pada perlawanan ini. “Persiapan kita tetap berjalan seperti biasa.

Walau pun kehilangan Azi Shahril (Azmi) yang menerima kad merah dan Es Lizuan (Zahid Amir) mengumpul tiga kad kuning namun itu tidak menjejaskan persiapan pasukan kami. “Pengganti mereka mungkin mampu menggalas tugas tersebut.

Memang saya akui ini perlawanan yang sukar bagi kita setiap kali bertemu Kelantan tetapi itu bukan alasan untuk kami tidak boleh memberi saingan. “Walau apa pun, saya serahkan sepenuh kepercayaan kepada jurulatih, Janos Krecska dalam menentukan kesebelasan utama pemain yang akan turun malam ini.

Pada saingan TM Piala Malaysia musim lalu, pasukan KL Plus FC mengukir kejayaan apabila melayakkan diri ke peringkat suku akhir namun ditunjukkan jalan keluar oleh Kelantan dengan kekalahan agregat 4-1.

Musim ini, KL Plus FC seakan tidak bermaya mengharungi cabaran dalam kempen TM Piala Malaysia setelah mengutip dua mata daripada lima perlawanan yang dihadapinya setakat ini.

Sumber

Thursday, October 7, 2010

Penyokong Kijang Puas

Rata rata penyokong The Reds Warrior berpuas dengan aksi pemain Kelantan setelah mencatatkan kemenangan bergaya 4-0 keatas Selangor PKNS pada aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Mohamad 1v malam tadi.

Setelah dikritik hebat sepanjang kempen Piala Malaysia bermula,namun skuad anak didik B.Sathianathan berjaya membuktikan kehebatan sebenar dan sekali gus memadamkan segala kritikan daripada peminat.

Kemenangan dengan jaringan besar 4 berbalas 0 yang dilakarkan,inilah yang ditagih tagih oleh semua penyokong selama ini,yang sekian lama mendahagakan aksi bertenaga skuad Kijang.

Pujian harus diberikan kepada pemain pertahan Kelantan iaitu Farisham Ismail yang membuka jaringan untuk pasukan Kelantan.beliau juga bermain cemerlang dibahagian pertahanan dan berjaya menahan asakan daripada pihak lawan untuk membolosi gol.

Gol pembukaan Kelantan hadir pada minit ke-28  setelah tolakan dari Akmal rizal gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Selangor PKNS dan Farisham Ismail pantas menyudahkan peluang tersebut.Gol pertama itu juga menceriakan ribuan penyokong The Reds Warriors.

Pada minit ke-53 Akmal Rizal menambah gol kedua untuk Kelantan.Gol yang berpunca daripada kesilapan pemain pertahan Selangor PKNS yang gagal menampan bola dengan kemas,berjaya dirampas oleh Akmal Rizal dan memperdaya penjaga gawang sebelum menjaringkan gol.

Pemain tengah Badhri Radzi juga berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring setelah kempunan beberapa peluang termasuk sepakan pecumanya yang tersasar terkena tiang.Hantaran lintang cantik daripada Norshahrul Idlan Talaha berjaya dapat dilepaskan tendangan padu oleh Badhri Radzi dan terus menggegar jaring.

Kelantan berjaya mendapatkan sepakan penalti pada lewat permainan setelah hantaran daripada pemain gantian S.Chanturu terkena tangan pemain pertahan didalam kotak penalti.Ketua pasukan kelantan Indraputra berjaya menyudahkan sepakan penalti untuk menewaskan penjaga gol pada minit ke-85.

Pada aksi lain dalam kumpulan A, Negeri Sembilan mengesahkan tempat ke suku akhir setelah berjaya menewaskan KL Plus di Kelana Jaya semalam.Negeri Sembilan kini mengetuai kumpulan A dengan mengumpul 11 mata diikuti Kelantan dengan 8 mata.

Selangor PKNS dan juga Kelantan masing masing mempunyai peluang untuk mengisi satu lagi slot ke suku akhir,manakala KL Plus sudahpun terkeluar disaingan peringkat kumpulan.

Sabtu nanti,Kelantan akan bertandang ke Kelana jaya untuk perlawanan yang terakhir bertemu dengan KL Plus.Seharusnya Pasukan Kelantan tidak boleh berbangga dengan kedudukan kedua, kerana Selangor PKNS akan berusaha untuk mengutip tiga mata penuh apabila bertemu dengan Negeri Sembilan nanti.


Tuesday, October 5, 2010

Tandukan ala Zinedine Zidane

The Red Warriors mesti bangkit

Skuad kelantan mesti mencatatkan kemenangan keatas Selangor PKNS pada
malam esok untuk merampas kembali kedudukan kedua dalam kumpulan A
dan sekali gus mencerahkan lagi peluang untuk ke peringkat suku akhir.

Jika keputusan sebaliknya terjadi,maka tertutuplah peluang skuad kijang untuk
mara keperingkatsuku akhir buat kali kedua.Dan perjalanan skuad The Red Warrior
dalam kancah Piala Malaysia hanya terhenti diperingkat kumpulan sahaja.

Ini semestinya mengecewakan seluruh peminat peminat setia Kelantan yang selama
ini tidak henti henti memberi sokongan kepada pasukan kesayangan.

Diperingkat awal saingan piala malaysia,pasukan Kelantan dilihat satu pasukan pilihan
dan laluan untuk keringkat suku akhir agak mudah.Namun itu semua hanya satu andaian
dan yang nyata sekarang perjalanan yang ditempuhi oleh pasukan yang mempunyai ramai
pemain berstatus bintang ternyata berliku.

Harapan dari seluruh penyokong Kelantan untuk melihat pasukan Kelantan melakar kemenangan apabila bertemu dengan Selangor PKNS nanti semestinya dipikul sepenuhnya oleh seorang individu iaitu pengendali B.Sathianathan.Satu perubahan yang dituntut oleh peminat peminat.

Tidak dinafikan juga,tekanan munkin dirasai oleh Sathianathan untuk mencari ramuan atau 'tonik' baru sebagai altenatif bagi mencongak strategi dan taktikal bagi mengharungi perlawanan yang boleh dianggap hidup dan mati pada malam esok.

Aksi yang kurang konsisten ditunjukkan oleh pemain pemain sebelum ini menjadi keresahan buat penyokong penyokong Kelantan.Kelonggaran dan kecuaian disetiap posisi tampak jelas jika kita saksikan persembahan yang ditunjukkan sebelum ini terutama dibahagian pertahan. Ini yang perlu ditekankan oleh Sathia kepada pemain pemainya.

Untuk itu,munkin inilah harapan terakhir dari peminat peminat setia yang sering berdiri
teguh dibelakang skuad The Red Warriors untuk melihat pasukan kesayangan beraksi
dengan cemerlang,dan hanya kemenangan yang diinginkan untuk mencerahkan lagi peluang ke peringkat suku akhir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...