Grab the widget 

Tuesday, October 12, 2010

Awas!!Penyokong berbaju merah menyerbu Shah Alam

Saat-saat yang dinantikan oleh semua penyokong penyokong The Red Warriors kini sudah pun hampir.Hanya beberapa jam lagi kita akan meyaksikan satu satunya perlawanan bola sepak yang terhebat di malaysia ini yang membabitkan pertemuan diantara Selangor dan kelantan.

Umumnya sudah pun mengetahui kedua dua pasukan ini mempunyai peminat yang begitu ramai yang tidak ada pada pasukan lain.

Kepada penyokong penyokong Kelantan diharapkan dapat menunjukkan semangat kesukanan yang begitu tinggi dengan penuh berdisiplin.buktikan kepada seluruh malaysia yang kita adalah penyokong yang paling terbaik ketika ini.

Jangan sesekali mengulangi sikap seperti yang pernah berlaku pada musim lepas yang boleh menjatuhkan nama baik Presiden KAFA Tan Sri Anuar Musa sebagai timbalan Presiden FAM.

Kepada penyokong penyokong juga jangan cuba mencetuskan provokasi terhadap penyokong pasukan lawan mahupun kepada pemain pemain yang sedang berkasi seperti membaling botol dan juga membakar mercun.

Jadikanlah perlawanan malam ini sebagai satu perlawanan yang paling 'bersih' yang pernah kita saksikan tanpa ada sebarang kekecohan daripada segelintir penyokong Kelantan.Untuk itu selamat menonton dengan berhemah dan tunjukkan sikap yang berakhlak kita sebagai rakyat Kelantan.

1 comments:

semiey said...

meme kemah game male td.nati mari kb jumaat ni sep kitow timbuk sedak blakow2.tp berita mengejutkan jugok mengenai kematian penonton pada kul 12 male td berlaku akibat sesak nafas..mari lah kita ramai2 sedekahkan AL FATIHAH...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...