Grab the widget 

Tuesday, October 26, 2010

FAM main tarik tali

Ternyata FAM tiada pendirian tetap dalam membuat sesuatu keputusan.Minggu lepas jawatankuasa disiplin FAM telah menggantung jurulatih Kelantan B.Sathianathan selama enam bulan.Namun semalam FAM telah membenarkan B.Sathianathan berada dibangku simpanan bersama dengan pemain pada perlawanan akhir nanti.

Beginilah sikap FAM yang sentiasa membuat keputusan tanpa memikir keseluruhan impak yang terpaksa ditanggung oleh KAFA.Akhirnya FAM semalam terpaksa akur dengan desakan oleh penyokong Kelantan.

Berita penangguhan terhadap hukuman penggantungan yang dikenakan ke atas ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan sedikit sebanyak menjadi suntikan moral buat pemain-pemain skuad The Red Warriors.

Ini kerana, anak-anak buah Sathianathan itu bakal turun berdepan Negeri Sembilan pada aksi final Piala Malaysia 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Namun, bagi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), mereka sebenarnya masih belum boleh menarik nafas lega kerana keputusan penuh terhadap rayuan yang dikemukakan mereka hanya akan diketahui selepas Jawantankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), bersidang semula dalam masa terdekat.

Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim berkata, KAFA sebenarnya menghantar surat rayuan kepada FAM agar meri- ngankan hukuman yang dikenakan terhadap Sathianathan dan bukannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut.

“Diakui, keputusan FAM yang menangguhkan pelaksanaan terhadap hukuman yang dikenakan ke atas Satianathan sememangnya menjadi suntikan semangat kepada kami (Kelantan) menjelang aksi menentang Negeri Sembilan nanti.

“Begitupun, kami masih belum jelas tentang situasi sebe- nar kerana Satianathan sudah mula menjalani hukuman tersebut ketika aksi separuh akhir kedua menentang Kedah di Kota Bharu, Sabtu lalu.

“Jadi... kami mahu kepastian sama ada dalam tempoh tersebut adakah hukuman penggantungan Satianathan itu akan tetap diambil kira ataupun sebaliknya dan diharapkan FAM akan segera memberikan maklum balas,” kata Azman.

Terdahulu, Satianathan yang juga merupakan bekas pengendali skuad kebangsaan, menerusi KAFA telah mengemukakan rayuan kepada FAM bagi meringankan hukuman yang dikenakan ke atasnya semalam.

Setelah menyerahkan surat rayuan tersebut kepada Pengerusi Jawatankuasa Rayuan FAM, A. Ganarajah, pihaknya telah membuat keputusan untuk menangguhkan hukuman penggantungan yang dikenakan berkuat kuasa serta-merta.

“Berdasarkan Perkara 7.1.1 dan 7.5.1 Kod Tatatertib FAM 2010, Pengerusi Jawatankuasa Rayuan FAM dengan ini telah memutuskan hukuman penggantungan yang dikenakan ke atas Satianathan ditangguhkan berkuat kuasa serta-merta,” jelas kenyataan media yang dikeluarkan FAM semalam.

Sebelum ini, Satianathan terpaksa menerima padah digantung untuk tempoh enam bulan dan denda RM2,000 gara-gara memberikan komen mengenai perlawanan antara pasukan Perlis menentang Terengganu yang diadakan di Kuala Terengganu kira-kira tiga bulan lalu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...