Grab the widget 

Monday, October 4, 2010

Kelantan gagal manfaat kelebihan

Skuad The Red Warriors Kini dalam keadaan tertekan setelah hanya mampu berkongsi mata ketika bertemu Negeri Sembilan pada aksi piala malaysia semalam.Lebih kecewa lagi apabila terpaksa turun ketangga ketiga apabila Selangor PKNS berjaya mengalahkan KL Plus sekali gus merampas kedudukan kedua daripada Kelantan denhan mengumpul enam mata.

Berbaki dua perlawanan lagi,Kelantan perlu mencatatkan kemenangan keatas Selangor PKNS dan juga KL Plus untuk mengelakkan daripada tersinggkir awal diperingkat kumpulan.Kelantan kini berada ditangga ketiga setelah mengharungi empat perlawanan dengan mengumpul lima mata.

Pada aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi semalam,Kelantan gagal menfaatkan peluang setelah pasukan Negeri Sembilan terpaksa bermain dengan sepuluh orang.Pemain pertahan Negeri sembilan Rahman zabul diperintahkan keluar padang oleh pengadil apabila menerima kad merah setelah mengutip kad kuning kedua pada minit ke-39.

Skuad hobeng jang hobeng terus menerima tamparan,kini giliran jurulatih pula Wan Jamak diperintah meninggalakan bangku pemain simpanan apabila mempertikaikan keputusan pengadil pada minit ke-44.

Namun Skuad anak didik Sathianathan gagal mengambil peluang untuk menguasai permain. Tuan rumah terlebih dahulu dihadapan apabila Shurain Abu Samah berjaya melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi pada minit ke 25 untuk menceriakan ribuan penyokong Negeri Sembilan.

Bersambung separuh masa kedua,Stadium sekali lagi bergema dengan sorakan penyokong tuan rumah apabila Negeri Sembilan dihadiahkan sepakan penalti setelah Azizi Matt rose menjatuhkan pemain Negeri Sembilan dalam kotak penalti.Abdul Halim Zainal mudah memperdayakan Khairul Fahmi untuk gol kedua Negeri sembilan.

Tersentak dengan dua gol negeri Sembilan,pasukan Kelantan mula bangkit mengubah sedikit tempo permainan dan hasilnya berjaya mendapat gol pertama menerusi Zairul Fitri Ishak pada minit ke-66.

Selang tiga minit kemudian giliran penyerang gantian iaitu Akmal Rizal berjaya menyamakan kedudukan dengan tandukanya yang berjaya menerjah jaring sekali gus 'mendiamkan' sorakan penyokong tuan rumah.

Penyokong penyokong Kelantan terus mengharapkan gol ketiga untuk Kelantan,namun pemain pemain Kelantan gagal untuk mencari gol kemenangan sehingga ke wisel penamat.
Perlawanan semalam juga agak panas dengan aksi tolak menolak kedua dua pasukan tak kurang juga aksi tegang penyokong penyokong Kelantan dengan pihak Keselamatan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...