Grab the widget 

Thursday, October 7, 2010

Penyokong Kijang Puas

Rata rata penyokong The Reds Warrior berpuas dengan aksi pemain Kelantan setelah mencatatkan kemenangan bergaya 4-0 keatas Selangor PKNS pada aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Mohamad 1v malam tadi.

Setelah dikritik hebat sepanjang kempen Piala Malaysia bermula,namun skuad anak didik B.Sathianathan berjaya membuktikan kehebatan sebenar dan sekali gus memadamkan segala kritikan daripada peminat.

Kemenangan dengan jaringan besar 4 berbalas 0 yang dilakarkan,inilah yang ditagih tagih oleh semua penyokong selama ini,yang sekian lama mendahagakan aksi bertenaga skuad Kijang.

Pujian harus diberikan kepada pemain pertahan Kelantan iaitu Farisham Ismail yang membuka jaringan untuk pasukan Kelantan.beliau juga bermain cemerlang dibahagian pertahanan dan berjaya menahan asakan daripada pihak lawan untuk membolosi gol.

Gol pembukaan Kelantan hadir pada minit ke-28  setelah tolakan dari Akmal rizal gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Selangor PKNS dan Farisham Ismail pantas menyudahkan peluang tersebut.Gol pertama itu juga menceriakan ribuan penyokong The Reds Warriors.

Pada minit ke-53 Akmal Rizal menambah gol kedua untuk Kelantan.Gol yang berpunca daripada kesilapan pemain pertahan Selangor PKNS yang gagal menampan bola dengan kemas,berjaya dirampas oleh Akmal Rizal dan memperdaya penjaga gawang sebelum menjaringkan gol.

Pemain tengah Badhri Radzi juga berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring setelah kempunan beberapa peluang termasuk sepakan pecumanya yang tersasar terkena tiang.Hantaran lintang cantik daripada Norshahrul Idlan Talaha berjaya dapat dilepaskan tendangan padu oleh Badhri Radzi dan terus menggegar jaring.

Kelantan berjaya mendapatkan sepakan penalti pada lewat permainan setelah hantaran daripada pemain gantian S.Chanturu terkena tangan pemain pertahan didalam kotak penalti.Ketua pasukan kelantan Indraputra berjaya menyudahkan sepakan penalti untuk menewaskan penjaga gol pada minit ke-85.

Pada aksi lain dalam kumpulan A, Negeri Sembilan mengesahkan tempat ke suku akhir setelah berjaya menewaskan KL Plus di Kelana Jaya semalam.Negeri Sembilan kini mengetuai kumpulan A dengan mengumpul 11 mata diikuti Kelantan dengan 8 mata.

Selangor PKNS dan juga Kelantan masing masing mempunyai peluang untuk mengisi satu lagi slot ke suku akhir,manakala KL Plus sudahpun terkeluar disaingan peringkat kumpulan.

Sabtu nanti,Kelantan akan bertandang ke Kelana jaya untuk perlawanan yang terakhir bertemu dengan KL Plus.Seharusnya Pasukan Kelantan tidak boleh berbangga dengan kedudukan kedua, kerana Selangor PKNS akan berusaha untuk mengutip tiga mata penuh apabila bertemu dengan Negeri Sembilan nanti.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...