Grab the widget 

Wednesday, October 20, 2010

Preview Perlawanan

(klik imej)

Perlawanan diantara Kedah dan kelantan sememangya dinanti nantikan oleh kedua dua penyokong setia masing masing.pertembungan dua jaguh dari utara dan juga pantai timur ini dijangkakan cukup sengit.

Kebangkitan Kedah yang layak ke peringkat separuh akhir pada musim ini setelah mengalami 'igauan ngeri' pada musim lepas.Namun bekas juara double treble ini mampu mengulangai pencapaian pada tahun 2008.

Walaupun mempunyai prestasi yang disifatkan agak yo-yo, skuad Kenari tetap dianggap sebagai salah satu pasukan elit di kancah Liga Malaysia berdasarkan rekod baik pada kejohanan Piala FA dan Piala Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sememangya Skuad Kelantan harus berwaspada dengan kemaraan kedah untuk kali ini,dan harus diingat untuk rekod pertemuan sebanyak empat kali pada musim ini tidak memihak kepada pasukan The Red Warriors.

Skuad Kijang juga pernah berputih mata gara gara dikecewakan oleh skuad kenari pada aksi suku akhir Piala FA yang lalu.

Kesebelasan Kedah yang rata ratanya pemain muda harus dihormati oleh pasukan Kelantan. Namun dengan adanya penyerang berbisa kedah Badrol Bakhtiar mampu merobek gawang Kelantan.

Barisan pertahanan Kelantan yang diterajui oleh Azizi Matt Rose,Rizal fahmi Rosid,Zairul Fitree dan juga Farisham harus berwaspada dengan ancaman pemain ini dan juga pemain lain yang mampu menggugat kekebalan pertahan Kelantan.

Dikhabarkan pasukan Kedah terpaksa beraksi tanpa Sabre Mat Abu dan Khairul Helmi Johari akibat pergantungan.Namun ini tidak merisaukan jurulatih kedah iaitu Ahmad Yusof yang mempunyai beberapa pemain lagi yang boleh mengisi kekosongan tersebut.

Bagi pengendali Kelantan pula B.Sathianathan berpuas hati dengan kesebelasan ketika menentang Selangor tempoh hari.Kepercayaan masih lagi diharapkan kepada Akmal Rizal sebagai peledak untuk pasukan Kelantan.

Akmal Rizal ketika ini nampak semakin berbisa dihadapan pintu gol apabila mampu melaksanakn peluang untuk menjaringkan gol.Tanpa Norshahrul yang digantung perlawanan Akmal dijangkakan sekali lagi bergandingan dengan Hairuddin Omar sebagai ketua serangan pasukan Kelantan.

Dibantu oleh dua pemain sayap berbisa iaitu Indraputra dan juga Norfarhan disamping jentera tengah yang mantap ketika ini Badhri Radzi dan juga Mohd Shakir diharapkan mampu untuk merobek barisan pertahanan kedah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...