Grab the widget 

Wednesday, October 20, 2010

Preview Perlawanan

(klik imej)

Satu lagi separuh akhir pada malam ini akan mempertemukan dua wakil selatan tanah air iaitu antara juara Piala FA, Negeri Sembilan dan pasukan berstatus kelab, Johor FC.

Skuad Hoben Jang Hoben yang seolah-olah kembali menemui rentak di Piala Malaysia selepas prestasi hambar di Liga Super sudah tentu makin bersemangat dalam usaha mempertahankan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut.

Ketiadaan Zaquan Adha Abdul Radzak tidak menggusarkan Wan Jamak Wan Hassan kerana ayam tambatan terbarunya, Abdul Halim Zainal akan memegang kunci kejayaan Negeri Sembilan di Piala Malaysia.

Adik kepada dua bekas pemain kebangsaan iaitu Khairil Zainal dan Faizal Zainal itu menjadi kekuatan 'Si Rusa' di samping beberapa pemain pengalaman lain seperti Idris Karim, Rezal Zambery Yahya dan Mohd. Shukor Adan.

Bagi skuad Lebah, kejayaan mara ke separuh akhir sebenarnya boleh dianggap satu pencapaian cukup baik kerana mereka tidak pernah mara sejauh ini di pertandingan Piala Malaysia.

Johor FC layak dilabel sebagai underdog berbanding Negeri Sembilan dan beraksi tanpa sebarang tekanan boleh memberikan kelebihan buat anak-anak buah Azuan Zain untuk mencipta sejarah selaku pasukan kelab kedua menjuarai Piala Malaysia selepas MBPJ pada tahun 2004.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...