Grab the widget 

Sunday, October 10, 2010

The Red Warriors Mara

Pasukan Kelantan melengkapkan kuota lapan pasukan ke pusingan suku akhir setelah menang bergaya ke atas KL Plus 4-0 di stadium MPPJ malam tadi.

Setelah selesai mengharungi enam perlawan di peringkat kumpulan,pasukan Kelantan mengumpul 11 mata dengan kemenangan tiga,seri dua kali dan tewas hanya sekali.Kelantan bersama dengan Negeri Sembilan yang sudah awal lagi melepasi ke suku akhir bagi kumpulan A.

Pasukan Kelantan turun dengan kesebelasan yang sama ketika menentang Selangor PKNS tempoh hari dengan misi untuk mengutip tiga mata penuh diiringi bersama ribuan tentera merah yang memenuhi stadium MPPJ malam tadi.

Sejurus wisel dibunyikan Skuad anak didik B.Sathianathan dilihat bersemangat melancarkan serangan kearah kubu KL Plus yang diketuai oleh Norhafiz Zamani Misbah.Jentera serangan Kelantan yang diketuai oleh penyerang sensasi kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha yang dibantu oleh Akmal Rizal.

The Red Warrior berjaya menghasilkan gol pertama menerusi perancang tengah Kreatif Badhri Radzi yang berjaya melepaskan tendangan yang gagal diselamatkan oleh Faizal Rashid pada minit ke-26.Badhri Radzi berjaya mengulangi aksi cemerlangnya ketika menentang Selangor PKNS tempoh hari.

Sememangya gol pertama memberi semangat kepada pemain pemain kelantan untuk menambahkan jaringan dan hasilnya Norshahrul berjaya menggandakan jaringan pada minit ke-35 menerusi larian pantasnya yang menarik dan menggelecek pemain pertahanan dan memperdayakan penjaga gol sebelum merembat menggegar jaring.

Gol tersebut menggamatkan lagi stadium dengan sorakan penyokon penyokong setia yang hadir, gol tersebut juga menamatkan kemarau jaringan Norshahrul yang sekian lama tidak menghasilkan gol bersama skuad Kijang.

Norshahrul menambahkan satu lagi koleksi jaringan peribadinya dan gol ketiga untuk pasukan Kelantan apabila berjaya memanfaatkan peluang yang terhidang dalam keadaan kelam kabut dihadapan pintu gol KL Plus pada minit ke40.

Pemain pertahanan kelantan Rizal Fahmi berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring, apabila berjaya menolak bola masuk hasil hantaran Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-69 untuk melengkapkan kemenagan bergaya skuad Kijang.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...