Grab the widget 

Monday, October 18, 2010

Semangat juang yang tinggi kunci kejayaan Kelantan

Pasukan Kelantan dijangkakan mampu untuk mengulangi sejarah pada tahun lepas untuk ke final Piala Malaysia musim ini.Prestasi permainanan yang memuncak akhir akhir ini membuktikan skuad The Red Warriors mampu menjuarai piala Malaysia.

Skuad didikan B.Sathianathan ini mempamerkan aksi kehandalanya apabila menewaskan selangor pada suku akhir tempoh hari.Yang nyatanya kebangkitan semula bekas penyerang kebangsaan Akmal Rizal meyakinkan kembali para peminat untuk terus diharapkan menjadi peledak gawang pihak lawan.

Tanpa dibantu oleh Norshahrul Idlan Talaha,Akmal beraksi cemerlang dan menjaringkan gol untuk membantu Kelantan layak ke separuh akhir.Jelas kelihatan pasukan Kelantan tidak sesekali bergantung kepada seseorang pemain untuk mencipta kemenangan.

Mempunyai barisan pertahanan yang begitu ampuh,menjadi nadi kekuatan dan kekebalan pasukan Kelantan daripada dibolosi oleh pihak lawan.Kombinasi yang mantap ditunjukkan oleh Farisham,Rizal Fahmi,Azizi dan Zairul fitri semangnya boleh dibanggakan dan dipuji setiap kali permainan.

Tidak lupa juga kepada pemain harapan negara,Khairul Fahmi diposisi penjaga gawang yang sentiasa konsisiten dan cemerlang setiap kali diturunkan untuk berakasi.Banyak membantu pasukan Kelantan untuk menghampakan pasukan lawan menjaringkan gol dengan ketangkasanya.Sebagai pemain muda yang bercita cita tinggi,beliau dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk cemerlang dalam arena bola sepak ini.

Kebangkitan pemain tengah kreatif iaitu Badri Radzi sememangya diharapkan lagi untuk melancarkan pergerakan dari tengah.Dibantu oleh Mohd Shakir Shaari memudahkan lagi tugas beliau untuk melakukan hantaran dan membantu menggerakkan bahagian serangan.Kini beliau seolah olah mendapatkan kembali sentuhan apabila berjaya mencipta beberapa gol pada aksi Piala malaysia ini.

Harapan sekali lagi perlu digalaskan oleh kapten pasukan Kelantan Indraputra untuk membawa pasukan kelantan ke Bukit Jalil pada tahun ini.Semangat juang yang tinggi sebagai ketua pasukan mampu menaikkan moral pemain pemain lain.

Pengalamanya sebagai pemain perfesional banyak membantu kelantan mencipta kemenangan dan kepintaranya mengawal bola diharapkan lagi dapat membantu mencipta ruang untuk menghasilkan gol.

Norfarhan Mohamad pula pencetus segalanya kemenangan keatas Selangor tempoh hari.Hasil daripada gol pembukaanya ternyata membakar semangat pemain lain untuk beraksi cemerlang.
bermain diposisi sayap kanan,ternyata beliau berkesan sekali untuk mencemaskan pertahan pihak lawan.

Walau apa pun semangat dan kekuatan mental yang tinggi menjadi kunci utama skuad The Red Warrior mencipta kejayaan.Diharapkan Kelantan sekali lagi mengulangi aksi yang sama ketika menentang Selangor tempoh hari.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...