Grab the widget 

Sunday, October 24, 2010

Tahniah untuk Pasukan Kelantan

Hasrat Skuad Kijang untuk membalas dendam ekoran kekalahan kepada Kedah pada peringkat separuh akhir Piala Malaysia 1993 akhirnya berjaya dilunaskan.Orang yang paling gembira ialah pembantu jurulatih Skuad Kelantan iaitu Hashim Mustapha yang mewakili Kelantan pada ketika itu.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain pemain yang bertungkus lumus untuk memastikan Kelantan sekali lagi melangkah ke Bukit Jalil.Tidak lupa juga ucapan tahniah dan terima kasih tidak terhingga dari peminat kepada kesemua barisan pemain,jurulatih dan juga pengurusan Kelantan FA.

Satu penghargaan kepada ketua jurulatih Kelantan B.Sathianathan yang berjaya mengangkat martabat bola sepak Kelantan apabila berjaya membimbing skuad Kelantan ke peringkat final buat kali kedua berturut turut.Dengan ini,tidak ada apa lagi untuk kita mempertikaikan kredibiliti Sathianathan sebagai seorang jurulatih profesional.

Kini pasukan Kelantan telah menjadi salah satu pasukan yang disegani di Malaysia ketika ini,bukan sahaja pasukan malah penyokong penyokong Kelantan juga digeruni dan dicemburui oleh penyokong pasukan lain.

Tanpa penyokong setia,pasukan Kelantan munkin tidak boleh mencapai kejayaan yang ada sekarang,terima kasih kepada penyokong Kelantan yang selama ini berdiri teguh dan memberi sokongan tanpa henti kepada pasukan Kelantan.Sesungguhnya penyokong setia Kelantan adalah nadi kekuatan Skuad The Red Warriors.

Masih ada satu lagi misi yang belum terlaksana iaitu untuk mendakap Piala Malysia buat kali pertama dalam sejarah bola sepak Kelantan.Untuk itu mari lah kita sama sama mendoakan kejayaan untuk pasukan kesayangan kita.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...