Grab the widget 

Wednesday, November 3, 2010

2010 tahun kegemilangan pasukan Kelantan

Pemenang Anugerah

Setelah berjaya mencipta sejarah dengan merangkul Piala Malaysia buat julung kalinya minggu lepas,kini Pasukan Kelantan boleh berbangga lagi dengan kejayaan tiga wakil daripada pasukan Kelantan yang berjaya memenangi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2010 yang berlangsung semalam.

Penyerang berbisa kebangsaan Norsharul Idlan Talaha memenangi anugerah penyerang terbaik dan juga pemain paling berharga.Beliau berjaya membawa balik dua trofi dan wang tunai sebanyak RM3500.

Manakala Khairul Fahmi Che Mat pula dinobatkan pejaga gol terbaik mengetepikan empat pencabar yang lain termasuk penjaga gol utama kebangsaan Sharbinee Alawi.Selain itu juga Khairul Fahmi menggondol anugerah pemain muda terbaik.

B.Satianthan pula berjaya memenangi anugerah jurulatih terbaik,walaupun beliau dihukum penggantungan selama enam bulan,beliau sememangya layak dipilih sebagai jurulatih terbaik untuk tahun 2010.

Foto(berita harian)

Norshahrul terbaik

PARA pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM2010 bergambar dengan Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa (lima dari kanan) dan Pengarah Urusan F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd,, James Teo (enam dari kanan) pada majlis anugerah tersebut di Holtel Hilton, Petaling Jaya semalam.

PENYERANG Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM 2010 yang berlangsung di Hotel Hilton, Petaling Jaya tengah hari semalam.

Selain itu, Norshahrul yang juga penyerang kebangsaan merangkul satu lagi anugerah iaitu Penyerang Terbaik, menewaskan calon-calon lain terdiri daripada Safee Sali, Ashaari Shamsuddin, Azlan Ismail dan Zamri Hassan.

Rakan sepasukan Norshahrul dalam skuad kebangsaan dan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat turut merangkul dua anugerah iaitu Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Muda Terbaik.

Dua lagi tonggak skuad kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak dari Negeri Sembilan dipilih sebagai Pemain Pertahanan Terbaik manakala Baddrol Bakhtiar dari Kedah menerima anugerah Pemain Tengah Terbaik.

Bekas jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan pula dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik setelah berjaya membawa Kelantan muncul juara Piala Malaysia buat kali pertama musim ini.

Tiga anugerah lain menyaksikan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dipilih sebagai Persatuan Bola Sepak (FA) Negeri Terbaik, Johor FC sebagai Kelab Bola Sepak (FC) Terbaik dan Kedah sebagai Kelab Penyokong Terbaik.

Norshahrul, 24, yang berasal dari Besut, Terengganu, menganggap anugerah tertinggi yang diperolehnya itu adalah hasil penat lelah dan perjuangannya sepanjang musim ini.

“Pengorbanan saya berbaloi. Anugerah ini adalah untuk isteri saya dan semua jurulatih yang pernah membimbing saya selama ini. Ia pasti membakar semangat saya untuk terus beraksi cemerlang pada Sukan Asia nanti.

“Tentang haluan musim depan, besar kemungkinan saya akan terus kekal bersama Kelantan biarpun ada menerima tawaran daripada Selangor, Negeri Sembilan dan Perak,” katanya ketika ditemui Kosmo! selepas majlis tersebut semalam.

Selain trofi, Norshahrul turut menerima wang tunai RM3,000 untuk anugerah MVP.

Pemenang untuk anugerah lain masing-masingnya menerima wang tunai RM500 setiap seorang. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dan Pengarah Urusan F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., James Teo.

Sumber: Kosmo

Tuesday, November 2, 2010

PIALA MALAYSIA 'DICABUL'


CALON PILIHANRAYA KECIL GALAS MEMPERAGAKAN LOGO BARU BERBENTUK PIALA MALAYSIA DALAM USAHA MERAIH SOKONGAN MAUT DARIPADA PEMINAT-PEMINAT BOLASEPAK TEMPATAN BAGI MEMBERI UNDI MUDAH KEPADANYA DALAM PILIHANRAYA YANG BAKAL BERLANGSUNG BEBERAPA HARI SAJA LAGI.

TINDAKAN TERDESAK ITU DI AMBIL KERANA LOGO KATI/DACING SEDIA ADA KURANG MENYENGAT DI KALANGAN PEMINAT BOLASEPAK DI SELURUH NEGARA.

SEDIKIT MASA LAGI MUNGKIN LOGO MANCHESTER UNITED ATAUPUN CHELSEA AKAN DIGUNAKAN BAGI MENGGANTIKAN LOGO KATI ATAUPUN DACING YANG SEMAKIN KURANG TARIKANNYA.

SEMUANYA AKAN DIUMNGOKKAN SESUAI DENGAN TUNTUTAN SEMASA DAN PEMINAT BOLASEPAK TEMPATAN PERLULAH AKUR DENGAN PERKEMBANGAN YANG BERLAKU INI.

UNDILAH PIALA MALAYSIA!!!
Sumber asal :disini

Sambut meriah

Oleh Adnan Mohamad

PENANTIAN 89 tahun rakyat Kelantan yang mengharapkan Piala Malaysia dibawa pulang ke negeri Cik Siti Wan Kembang berakhir semalam apabila piala berprestij itu diarak menyusuri jalan-jalan utama di Kota Bharu.

Kepulangan pemain The Red Warriors disambut meriah apabila hampir 3,000 penyokong Kelantan berkumpul di Kelantan Trade Centre (KTC) seawal jam 5 petang semata-mata bagi memberikan ucapan tahniah kepada pemain yang bertanggungjawab merealisasikan impian rakyat Kelantan.

Kemuncak majlis sambutan berkenaan gegak gempita apabila piala yang julung-julung kalinya tiba di Kelantan itu diperlihatkan kepada penyokong oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa dan kapten Kelantan, Indraputra Mahayuddin.

Difahamkan, skuad Kelantan yang membawa pulang piala terbabit dirai di sepanjang perjalanan ke Kota Bharu termasuk di Gua Musang serta Kok Lanas sebelum menyusur masuk ke Kota Bharu sambil diiringi kumpulan motosikal berkuasa tinggi dan ratusan penyokong.

Kumpulan penyokong hadir di KTC, kira-kira 100 meter dari Stadium Sultan Mohd IV dilihat tidak berganjak biarpun ketibaan rombongan membawa piala turut disertai hujan renyai-renyai.

Annuar dalam ucapan penuh emosi di hadapan ribuan penyokong setia Kelantan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang tidak pernah putus-putus menyatakan kesetiaan kepada pasukan meskipun dilanda pelbagai masalah.

eliau menegaskan, meskipun skuad Kelantan menghadapi laluan sukar dalam perjuangan membawa pulang Piala Malayisa namun dengan berkat sokongan peminat serta karisma jurulatih, B Satianathan, impian seluruh rakyat Kelantan akhirnya terlaksana dengan begitu cemerlang.

“Kini Kelantan mampu berdiri sama tinggi dengan pasukan dianggap kuat dan terbukti terbaik antara yang terbaik.

Beliau menegaskan, meskipun skuad Kelantan menghadapi laluan sukar dalam perjuangan membawa pulang Piala Malayisa namun dengan berkat sokongan peminat serta karisma jurulatih, B Satianathan, impian seluruh rakyat Kelantan akhirnya terlaksana dengan begitu cemerlang.

“Kini Kelantan mampu berdiri sama tinggi dengan pasukan dianggap kuat dan terbukti terbaik antara yang terbaik.

“Piala Malaysia sudah digenggam dan matlamat selepas ini adalah juara liga dan Piala FA. Kami yakin berkat sokongan padu penyokong dan pemain berbakat, potensi menggenggam dua lagi piala terbabit tidak mustahil,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Annuar turut berjanji pihak Kafa akan mengadakan satu lagi majlis khas khusus bagi meraikan penyokong setia yang sebenarnya bertanggungjawab sehingga piala kebanggaan ramai itu hadir di bumi Kelantan.

Selain itu, katanya, Piala Malaysia juga akan dibawa ke istana untuk dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Sabtu ini.

Sumber : Metro

Monday, November 1, 2010

Gambar Penyokong Dan Juara Piala Malaysia 2010 Red Warriors

Kepada semua penyokong Kelantan Red Warriors gambar gambar ini boleh di kongsi sebagai kenangan dalam seumur hidup anda.

DSC08185    SONY DSC     SONY DSC    rwcroud DSC08085 SONY DSC SONY DSC SONY DSC DSC08135

Akhir nya Kelantan Red Warriors berjaya juga mengGALAS piala idaman ini (piala malaysia), berkat usaha semua pihak termasuk juga Do’a yang di pohon ke Hadrat Allah SWT.

Kemenangan ini juga merupakan hadiah teristimewa kepada Duli Yang Mulia Sultan Mohammad V, Sultan Kelantan yang baru di Masyhurkan.

Jangan lupa juga Do’a Tok Guru, mari pakat ramai ramai sokong Tok Guru di Galas pulok.

Takbir !………. Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !

Khairul Fahmi calon pilihan


SEIRING dengan slogan 100- PLUS, Outdo Yourself, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat berjaya membuktikan bahawa dia sememangnya calon paling layak untuk merangkul anugerah Pemain Muda Terbaik 2010.

Namun, keputusan pemenang bagi kategori itu serta be- berapa kategori lain hanya akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM 2010 yang akan berlangsung di Hotel Hilton Petaling Jaya tengah hari esok.

Khairul, 21, telah beraksi cemerlang biarpun tewas menerusi sepakan penalti pada awal permainan untuk membantu Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 malam kelmarin.

"Selepas kami ketinggalan menerusi sepakan penalti, ia membuatkan kami semakin bersemangat untuk bangkit memenangi perlawanan. Ia jelas kelihatan apabila kami berjaya menguasai permainan selepas itu.

"Ia pengalaman pertama buat saya beraksi di pentas final. Suasana cukup gamat di hadapan puluhan ribu penonton. Dibolosi awal membuatkan saya bertekad untuk terus bekerja keras menga- wal pintu gol.

"Bila dicalonkan untuk anugerah ini pula, ia sesuatu yang bagus buat diri saya dan seorang lagi calon iaitu Faizal Abu Bakar (penyerang Kedah).

"Saya cukup gembira kerana berpeluang beraksi dalam banyak perlawanan sepanjang musim ini," kata pemain kelahiran Kota Bharu itu.

Biarpun masih baru dalam skuad kebangsaan, Khairul yang memasang impian untuk beraksi bersama kelab Jerman, Bayern Munich suatu hari nanti kini sedang memburu tempat berada dalam skuad ke Piala AFF Suzuki 2010 yang akan berlangsung awal Disember depan.

Sementara itu, pemain tengah Kelantan, Badhri Radzi telah dipilih sebagai pemenang anugerah 100PLUS Outdo Yourself malam kelmarin selepas dia menjaringkan gol kemenangan Kelantan pada perlawanan tersebut.

Bagi memastikan hanya yang terbaik dipilih sebagai pemenang pada majlis anugerah yang akan berlangsung esok, panel pemili- han kali ini terdiri daripada para jurulatih, ahli-ahli Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) serta pegawai dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sumber : Kosmo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...