Grab the widget 

Tuesday, November 2, 2010

Sambut meriah

Oleh Adnan Mohamad

PENANTIAN 89 tahun rakyat Kelantan yang mengharapkan Piala Malaysia dibawa pulang ke negeri Cik Siti Wan Kembang berakhir semalam apabila piala berprestij itu diarak menyusuri jalan-jalan utama di Kota Bharu.

Kepulangan pemain The Red Warriors disambut meriah apabila hampir 3,000 penyokong Kelantan berkumpul di Kelantan Trade Centre (KTC) seawal jam 5 petang semata-mata bagi memberikan ucapan tahniah kepada pemain yang bertanggungjawab merealisasikan impian rakyat Kelantan.

Kemuncak majlis sambutan berkenaan gegak gempita apabila piala yang julung-julung kalinya tiba di Kelantan itu diperlihatkan kepada penyokong oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa dan kapten Kelantan, Indraputra Mahayuddin.

Difahamkan, skuad Kelantan yang membawa pulang piala terbabit dirai di sepanjang perjalanan ke Kota Bharu termasuk di Gua Musang serta Kok Lanas sebelum menyusur masuk ke Kota Bharu sambil diiringi kumpulan motosikal berkuasa tinggi dan ratusan penyokong.

Kumpulan penyokong hadir di KTC, kira-kira 100 meter dari Stadium Sultan Mohd IV dilihat tidak berganjak biarpun ketibaan rombongan membawa piala turut disertai hujan renyai-renyai.

Annuar dalam ucapan penuh emosi di hadapan ribuan penyokong setia Kelantan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang tidak pernah putus-putus menyatakan kesetiaan kepada pasukan meskipun dilanda pelbagai masalah.

eliau menegaskan, meskipun skuad Kelantan menghadapi laluan sukar dalam perjuangan membawa pulang Piala Malayisa namun dengan berkat sokongan peminat serta karisma jurulatih, B Satianathan, impian seluruh rakyat Kelantan akhirnya terlaksana dengan begitu cemerlang.

“Kini Kelantan mampu berdiri sama tinggi dengan pasukan dianggap kuat dan terbukti terbaik antara yang terbaik.

Beliau menegaskan, meskipun skuad Kelantan menghadapi laluan sukar dalam perjuangan membawa pulang Piala Malayisa namun dengan berkat sokongan peminat serta karisma jurulatih, B Satianathan, impian seluruh rakyat Kelantan akhirnya terlaksana dengan begitu cemerlang.

“Kini Kelantan mampu berdiri sama tinggi dengan pasukan dianggap kuat dan terbukti terbaik antara yang terbaik.

“Piala Malaysia sudah digenggam dan matlamat selepas ini adalah juara liga dan Piala FA. Kami yakin berkat sokongan padu penyokong dan pemain berbakat, potensi menggenggam dua lagi piala terbabit tidak mustahil,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Annuar turut berjanji pihak Kafa akan mengadakan satu lagi majlis khas khusus bagi meraikan penyokong setia yang sebenarnya bertanggungjawab sehingga piala kebanggaan ramai itu hadir di bumi Kelantan.

Selain itu, katanya, Piala Malaysia juga akan dibawa ke istana untuk dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Sabtu ini.

Sumber : Metro

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...