Grab the widget 

Saturday, April 9, 2011

Kelantan Mengamuk,T-team Tunjuk Taring

Pasukan kelantan berpesta gol di stadium Sultan Muhamad keempat stelah menewaskan Felda United 6 gol tanpa balas sekaligus berjaya merampas takhta liga daripada Selangor Setelah Perak kecundang 1-2 kepada Sabah.

Keputusan jurulatih The Red Warriors yang merehatkan kapten Kelantan,Piya ternyata berbuah hasil hasil apabila meletakkan Danial Fazly bergandingan dengan Shakir Shaari dibahagian tengah berjaya menggerakkan jentera serangan untuk menghasilkan peluang gol.


Hasilnya Pasukan Kelantan menjadikan Felda United sebagai mangsa belasahan dengan kemenangan paling besar setakat ini 6-0.Shakir Shaari membuka jaringan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-43 disusuli jaringan Norshahrul Idlan Talaha hasil sepakan penalti dua minit sebelum berakhir babak pertama.


Pada babak separuh masa kedua pula,Kelantan mengeluarkan Norshahrul yang digantikan dengan Nizad Ayub.Nizad ternyata tidak mensia-siakan peluang yang diberi untuk beraksi apabila berjaya menyumbangkan dua gol untuk Kelantan masing-masing pada minit ke-62 & 73.


Gol kelima kelantan dihasilkan melalui sepakan percuma oleh Danial Fazly pada minit ke-84 dan pemain dari Skuad Presiden Mohd Izuan Salahuddin mencatatkan nama sebagai penjaring gol keenam untuk Kelantan pada minit-minit terkahir perlawanan.


Manakala di Stadium Shah Alam Selangor menjadi mangsa terbaru kepada T-Team selepas Kelantan dengan kekalahan 0-2 dan sekaligus Skuad Red Giants turun ketangga kedua liga. Selangor hanya sempat bertahan selama lima hari dipuncak liga dan dirampas kembali oleh Pasukan Kelantan.

Tuesday, April 5, 2011

Kelantan Diaibkan T-Team

Kelantan akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 4-3 kepada T-team dalam aksi liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah K.Trengganu sebentar tadi.Kekalahan ini juga merupakan kekalahan kedua untuk Kelantan setelah mengharungi sembilan pelawanan.

Gol gol pasukan T-team dijaringkan oleh dua bekas pemain Kelantan musim lalu iaitu Nor Farhan, Indraputra dan dua lagi dijaringkan oleh Zairo Anuar dan Haris Safwan.Walupun ketinggalan 0-3 pada awalnya,Pasukan Kelantan bangkit untuk mencari gol dan hasilnya Danial Fadly berjaya membuka jaringan untuk Kelantan.

Selang beberapa minit S.Chanturu menceriakan penyokong Kelantan dan sekali gus membuka peluang untuk Kelantan menyamakan kedudukan dengan gol kedua untuk pasukan Kelantan.

Keghairahan pemain Kelantan mencari gol penyamaan akhirnya menerima padah apabila pasukan T-Team sekali lagi menghukum barisan pertahanan Kelantan untuk menjarakkan kedudukan kepada 4-2.

Pada minit-minit terakhir pengadil menghadiahkan penalti kepada pasukan Kelantan apabila S.Chanturu dijatuhkan didalam kotak penalti dan Shakir Shaari tidak mensia siakan peluang yang kedua setelah sepakan pertama dibatalkan.

Namun kehebatan Pasukan T-Team untuk menyekat kemaraan pasukan Kelantan menyamakan kedudukan akhirnya berjaya sebaik saja wisel penamat dibunyikan.Buat pertama kali pintu gawang Kelantan dibolosi empat gol dan dengan kekalahan ini pasukan Kelantan turun ketangga ketiga dibelakang Selangor dan Perak.

Tuesday, January 25, 2011

Sathia nyala semangat Kelantan

KUTIP tiga mata Liga Super dan rampas Piala Sultan Ahmad Shah daripada Selangor!
Itu pesan jurulatih Kelantan, B Sathianathan yang kembali menerima padah hukuman penggantungan enam bulan yang tertangguh sejak Oktober lalu.

“Saya masih belum melihat surat penggantungan itu, selepas membaca sendiri surat itu baru saya akan bincangkan dengan Tan Sri (Annuar Musa) mengenai kedudukan saya sebagai jurulatih,” kata Sathianathan ketika dihubungi, semalam.

Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bersidang semalam menolak rayuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkenaan penggantungan Sathia yang sepatutnya bermula Oktober lalu, sebaliknya memilih meneruskan hukuman itu lima hari sebelum sepak mula musim baru Liga Super.

Kelantan berdepan Selangor dalam perebutan Piala Sultan Ahmad Shah 29 Januari ini, terpaksa turun tanpa kelibat bekas jurulatih kebangsaan itu, sekali gus merencatkan persiapan juara Piala Malaysia itu pada perlawanan pembuka tirai musim ini.

“Apapun keputusan FAM, saya tidak mahu skuad Kelantan lemah semangat,” kata Sathia. “Penyokong dan pemain Kelantan adalah nyawa bola sepak Malaysia, jadi saya mahu mereka meneruskan aksi dengan cemerlang dan menang perlawanan ini walaupun tanpa kehadiran saya.

“Mengenai keputusan FAM, jika benar saya digantung sehingga Julai depan, saya tidak mahu komen apa-apa. Cuma saya rasa untuk mencari jurulatih baru dalam tempoh singkat ini memang sesuatu yang sukar.”

Oktober lalu, Sathia dikenakan tindakan gantung enam bulan kerana mengkritik jadual perlawanan FAM musim lalu. Namun penggantungan itu ditangguh bagi memberi laluan kepadanya menerajui Kelantan pada aksi final Piala Malaysia.

Jawatankuasa Rayuan turut mengekalkan penggantungan enam bulan ke atas bekas pengendali T-Team, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Noor yang berakhir 21 April depan - juga kerana mengkritik badan induk itu.

Sumber : Kosmo

FAM tetap hukum Sathia

DENDA sudah pun dibayar, rayuan juga sudah dibuat, namun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampak masih “terasa” dengan kritikan pedas dilontarkan oleh B Sathianathan, tahun lalu.

Semalam, Jawatankuasa Rayuan badan induk berkenaan mengekalkan hukuman gantung enam bulan ke atas jurulatih Kelantan yang harus menerbitkan segala rasa gelisah kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyahut cabaran musim Liga Malaysia tanpa seorang pengendali pada saat getir ini.

Sathia terpaksa ‘menyepi’ sehingga 23 Julai ini selepas hukuman itu berkuatkuasa, semalam. Juara baru Piala Malaysia itu menentang Selangor dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

“Saya serahkan kepada Tan Sri (Annuar Musa) untuk memutuskan kedudukan saya sebagai jurulatih,” kata Sathia yang sehingga kini masih menganggap dirinya sebagai jurulatih Kelantan selagi tidak diputuskan Presiden KAFA itu.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan itu juga tampil menafikan khabar angin yang bertiup kencang, semalam bahawa dia sudah meletak jawatan.

Sementara itu, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan menerima surat rasmi dari FAM berkenaan penggantungan itu semalam, tetapi turut menafikan khabar angin yang mengatakan Sathia meletak jawatan.

Saturday, January 22, 2011

The Red Warriors mula tunjukkan peningkatan

Pasukan Kelantan mula menunjukkan aksi positif apabila menutup tirai perlawanan siri persahabatan dengan mencatatkan kemenangan bergaya keatas Pulau Pinang 4-0.Sebelum itu Skuad kijang juga memenangi perlawanan Piala muhibah keatas Perlis 2-0.

Peningkatan mula jelas keatas barisan anak buah B.Sathianathan setakat ini setelah dibelenggu kekalahan demi kekalahan sebelum ini.Kehadiran semula Norshahrul Idlan Talaha dan juga Khairul Fahmi Che Mat kedalam kesebelasan utama dilihat dapat menyemarakkan lagi semangat dan moral pemain pemain lain.

Namun Kemenangan ini tidak boleh untuk dibanggakan kerana ini merupakan perlawanan persahabatan cuma dengan keputusan ini dapat meningkatkan lagi keyakinan para pemain untuk menghadapi Selangor minggu depan.

Bagi B.Sathianathan pula,beliau munkin berpuas hati dengan peningkatan aksi anak anak buahnya,dan beliau sudahpun membayangkan skuad yang akan dibentuk untuk menghadapi saingan liga super untuk musim ini.

Tuesday, January 18, 2011

Bersediakah The Red Warriors

Sudah bersediakah skuad gergasi pantai timur Kelantan untuk menghadapi cabaran liga super untuk musim 2011 dan yang paling penting untuk merampas piala sumbangsih daripada Selangor untuk julung kalinya.

Dengan gabungan beberapa pemain baru yang dibawa masuk kedalam team Kelantan untuk musim ini,mampukah keserasian dapat ditunjukkan oleh anak anak buah B.Sathianathan untuk mempamerkan persembahan bertenaga berbanding tahun lalu.

Bagi penyokong penyokong setia pasukan The Red Warriors pula,semangat berkoba koba dalam diri masing masing tidak dapat disembunyikan lagi untuk menantikan persembahan pembuka tirai pasukan kesayanganya yang akan berhadapan dengan Selangor pada 29 Jan nanti.

Ada juga yang masih meragui dengan kemampuan Skuad Kelantan untuk menghadapi saingan musim ini,andai dilihat dengan beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum ini yang mencatatkan keputusan tidak memuaskan.

Memang benar kata B.Sathianathan,keputusan perlawanan persahabatan bukan pengukur kekuatan pasukan,namun rasa gelisah segelintir penyokong yang mula mempertikaikan kemampuan pemain pemain pasukan Kelantan.

Apa-apa pun,saingan masih belum bermula untuk menilai prestasi pasukan,dan adakah B.Sathianathan mampu mempersiapkan team yang mantap untuk memulakan saingan Liga Super dengan baki sebelas hari lagi.

Wednesday, January 12, 2011

Karier tiga pemain tergugat

INDRA...tukar angin

TIGA bekas pemain Kelantan diketuai kapten The Red Warriors musim lalu, Indra Putra Mahayuddin yang bertindak menyertai T-Team untuk saingan Liga Malaysia 2011 ber kemungkinan berdepan dengan penggantungan satu musim serta denda sehingga RM25,000 setiap orang sekiranya di dapati bersalah.

Namun semuanya bergan tung kepada budi bicara dan pertimbangan yang bakal di putuskan Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada mesyuaratnya pada penghu jung bulan ini.


Kes berkenaan antara yang ditangguh jawatankuasa itu selepas bermesyuarat kelma rin diketuai oleh pengeru sinya, Datuk Takiyuddin Hassan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan penangguhan itu dengan menjelaskan mesyuarat berkenaan lebih menjurus kepada perbincangan me ngenai prosedur jawatankuasa itu untuk menjadi lebih telus di dalam mengenda likan sesuatu perkara.


“Salah satu langkah yang diputuskan adalah memanggil pihak membuat aduan dan yang dituduh untuk memberikan penjelasan lan jut berhubung perkara yang menjadi pertikaian,” kata nya.


Selain Indra Putra, dua lagi tonggak Kelantan musim la lu adalah pemain sayap, Norfarhan Muhammad dan pemain pertahanan, Azizi Mat Rose menyertai T-Team musim ini walaupun dilaporkan masih mempunyai kontrak dengan skuad The Red Wa rriors itu.

Tindakan tiga pemain itu dilaporkan menjejaskan per siapan Kelantan bagi meng hadapi saingan liga musim ditambah dengan pengguguran beberapa pemain ber pengalaman seperti Hairuddin Omar dan Che Hishammuddin Hassan. Mereka dikatakan tidak membalas surat tawaran lan jutan kontrak yang dihantar oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan di dalam tempoh ditetapkan sekali gus bermakna kontrak mereka akan dilanjutkan secara automatik.


Sebelum ini Takiyuddin tu rut menjelaskan perkara itu dengan berkata pemain perlu membalas tawaran kontrak lanjutan itu di dalam tempoh 14 hari dan sekiranya pemain tidak menerima tawaran dalam tempoh tiga bulan sebelum tamatnya kontrak, mereka berhak untuk mencari pasukan lain.

Sumber : Metro

Tuesday, January 11, 2011

Kelantan uji Pulau Pinang

KOTA BHARU – Skuad Liga Super Kelantan akan turun bertemu dengan pasukan Pulau Pinang dalam satu perlawanan persahabatan yang akan berlangsung di padang Institut Perguruan Kampus Kota Bharu, Pengkalan Chepa petang ini.

Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim selain bertemu dengan Pulau Pinang petang ini, beberapa siri perlawanan persahabatan menentang pasukan utara tanah air juga telah diatur sebagai persediaan menghadapi Selangor bagi merebut Piala Sumbangsih penghujung bulan ini.

“Kita akan turun menentang pasukan Pulau Pinang dalam perlawanan persahabatan petang ini. Perlawanan ini begitu penting untuk kita mengukur sejauh mana keupayaan pasukan setelah tewas tiga daripada empat perlawanan persahabatan di Lembah Kelang baru-baru ini.

“Perlawanan persahabatan ini juga menyaksikan kita sekali lagi kempunan untuk mendapatkan khidmat dua pemain kebangsaan iaitu Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat setelah mereka kembali ke ibu negara kerana perlu menghadiri beberapa majlis penting sempena kejayaan skuad kebangsaan muncul juara Piala AFF Suzuki baru-baru ini.

“Selain itu, kita akan berkelana ke utara tanah air dengan mengadakan empat perlawanan persahabatan di sana. Kita akan bertemu dengan Kedah pada 15 Januari ini, USM Pulau Pinang FC (17 Januari), Perlis (18 Januari) dan sekali lagi bertemu Pulau Pinang (21 Januari) sebelum kembali ke Kota Bharu bagi menjalani persiapan terakhir selama seminggu sebelum menentang Selangor pada 29 Januari nanti,” katanya, semalam.

Azman berkata, walaupun keputusan perlawanan persahabatan di Lembah Kelang baru-baru ini tidak menghasilkan sesuatu yang positif bagi pasukan Kelantan tetapi beliau percaya masih ada ruang untuk diperbaiki dalam tempoh yang ada ketika ini.

“Tahap keyakinan pemain masih rendah kerana mereka seperti ragu-ragu ketika turun beraksi. Bukan kerana ketiadaan tiga pemain (Indra Putra Mahayuddin, Azizi Matt Rose dan Mohd Norfarhan Muhammad). Cuma tahap keyakinan mereka sahaja yang tidak cukup kuat ketika ini.

“Lagipun kita turun tanpa enam pemain tonggak ketika perlawanan persahabatan itu. Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) dan Apex (Khairul Fahmi Che Mat) bersama skuad kebangsaan. S Chanturu, S Subramaniam dan Solehin Kanasian Abdullah pula mengalami kecederaan. Shakir (Shaari) pula hanya sempat beraksi 10 minit sahaja kerana mengalami kecederaan lutut.

“Kita masih ada masa, saya harap para peminat tidak gusar dengan prestasi semasa pasukan kita. Masih ada ruang untuk diperbaiki, mujur sepak mula Liga Super bermula lewat, sekurang-kurangnya pemain kita ada masa untuk kembali sembuh daripada kecederaan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Azman juga turut mengesahkan khidmat penjaga gol veteran, Mohd Halim Napi yang dipanggil pada saat-saat akhir bagi mengisi kuota 25 pemain dilakukan bagi mengimbangi kekuatan di posisi tersebut memandangkan penjaga gol ketiga Kelantan, Norhadi Ubaidillah mengalami kecederaan patah jari kelengkeng dan mungkin memerlukan jangka masa yang panjang untuk kembali pulih.

Sumber : Sinar Harian

Sunday, January 9, 2011

KAFA yang pertama mempunyai kelab keahlian rasmi

Persatuan bola sepak Kelantan KAFA merupakan persatuan bola sepak yang pertama di Malaysia yang mempunyai kelab keahlian yang tersendiri apabila secara rasmi melancarkan keahlian kelab The Red Warriors (TRWC) khusus bagi peminat bola sepak di negeri ini.
Pelancaran kelab keahlian tersebut dilakukan dalam majlis memperkenalkan Pasukan The Red Warriors 2011 dan pelancaran jersi baru serta kad keahlian TRW yang diadakan di KB Mall,dua hari lalu.

Pengerusi kelab bola sepak Cardiff City,Dato' Chan Tien Ghee diberi penghormatan oleh pihak KAFA untuk melancarkan secara rasmi kad keahlian TRWC dalam majlis tersebut.

Baca berita lanjut disini

Gambar sekitar majlis memperkenalkan pemain

Solehan & Indru (nama baru)

Sedang menunggu kedatangan wira merah
KLIK IMEJ UNTUK LIHAT LEBIH JELAS

Saturday, January 8, 2011

Majlis Memperkenalkan Pemain Dan Jersi Baru




KLIK IMEJ UNTUK LIHAT LEBIH JELAS

Cardiff bantu Kelantan jadi skuad terkuat

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan Kelantan (Kafa) akan bekerjasama dengan kelab bola sepak Inggeris, Cardiff City dalam semua aspek, termasuk pengurusan dalam usaha untuk membentuk sebuah pasukan yang kuat di negara ini.

Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa berkata, buat permulaan, pihaknya akan meminta bantuan pemilik kelab Inggeris itu, Datuk Chan Tien Ghee, yang juga rakyat Malaysia dalam mereka bentuk stadium baru.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, hubungan di antara skuad Red Warrior dengan pasukan yang berada ditangga kedua Divisyen 1 Inggeris itu adalah atas dasar persahabatan dan belum ada hubungan secara rasmi lagi.

"Banyak benda yang dapat kita pelajari daripada pasukan profesional ini dan berharap satu masa nanti, kita boleh menghantar pegawai serta pemain untuk menimba ilmu di Cardiff.

"Sekarang kita meminta pertolongan dari Cardiff untuk mereka bentuk stadium kerana mereka mempunyai stadium bola sepak yang cantik biarpun kecil," katanya selepas majlis memperkenalkan pemain Red Warriors 2011 dan pelancaran jersi pasukan itu di sini, semalam.Tien Ghee yang juga Pengerusi Cardiff City, melancarkan kad keahliran kelab tersebut.

Lebih 1,000 penyokong Red Warriors membanjiri pusat beli belah berkenaan untuk melihat pemain pasukan tersebut, serta trofi Piala Malaysia dan Piala Suzuki AFF yang dipamerkan.

Paling istimewa anak Tian Ghee, Nicholas Chan, 18, turut memperkuatkan skuad Kelantan musim depan dan dikatakan akan menjadi bintang baru bagi menggantikan bekas ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin yang berhijrah ke T-Team.

Skuad Red Wrriors juga akan membariskan lima muka baru iaitu K. Soley, Nurul Izwan Roya, Wan Rohaimi Wan Ismail, Daniel Fadly Abdullah dan bekas penyerang sensasi Red Warriors musim 2009, Khalid Jamlus.

Sementara itu, Tien Ghee membuat pengumuman mengejut apabila memberikan penajaan sebanyak RM100,000 kepada Kelantan dan berjanji akan membawa pegawai, pemain dan penyokong bertuah ke Cardiff untuk bertemu dengan penyerang sensasinya, Craig Bellamy.

Laporan dipetik dari utusan online

'Kelantan di hatiku'

NORSHAHRUL...sudah ikat kontrak bersama Kelantan.

PELUANG beraksi di liga luar negara mungkin hanya datang sekali apatah lagi ia hadir seperti ‘satu penghargaan’ selepas mempamerkan aksi terbaik dan mengerah keringat hampir sebulan di Piala Suzuki AFF pada Disember lalu.

Namun, penyerang lincah kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha terpaksa menolaknya meskipun sudah mendapat tawaran daripada tiga kelab Indonesia termasuk kelab Liga Super Indonesia (ISL), Sriwijaya FC.

Menurut pemain berusia 24 tahun kelahiran Besut, Terengganu, tindakan itu diambil kerana sudah mengikat kontrak untuk kekal bersama juara Piala Malaysia 2010, Kelantan sebelum saingan Piala Suzuki AFF bermula lagi.

“Saya akui tawaran itu agak lumayan dan memberi peluang bermain di luar negara namun saya terpaksa menolaknya kerana sudah tersenarai bersama skuad Kelantan dalam saingan Liga Malaysia (LM) 2011 yang bermula kira-kira tiga minggu lagi,” katanya yang dipilih Pemain Paling Bernilai dan Penyerang Terbaik pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan tahun lalu.

Norshahrul kini menumpukan sepenuh perhatian untuk membantu Kelantan mencapai sasaran ditetapkan iaitu menjadi empat pasukan teratas Liga Super, separuh akhir Piala FA dan mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia serta layak beraksi di Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada 2012.

Pada saingan Piala Suzuki AFF itu, Norshahrul menggegar jaring lawan sebanyak dua kali namun dilihat sebagai penggerak utama jentera serangan terutama ketika membantu Malaysia membenam Indonesia 3-0 pada final pertama di Bukit Jalil.

Keberanian dan kemahirannya menggelecek pemain pertahanan Indonesia berjaya membuka ruang kepada dua jaringan Malaysia pada perlawanan itu dan seterusnya membantu Malaysia menjulang piala itu buat kali pertama sejak mula dipertandingkan 14 tahun lalu.
“Saya sangat gembira dengan kejayaan yang dicapai bersama Kelantan dan skuad kebangsaan pada tahun lalu. Saya harap meneruskan aksi konsisten seperti itu pada saingan LM musim ini.

“Namun sebagai pemain muda, saya sedar masih banyak perlu dipelajari untuk menjadi penyerang berkualiti dan benar-benar digeruni lawan,” jelasnya.

Selain Norshahrul, seorang lagi penyerang kebangsaan Mohd Safee Sali yang juga penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol turut dilapor mendapat tawaran daripada beberapa kelab Indonesia dan Vietnam.

Sumber : Harian Metro

Barisan Pemain Red Warriors 2011 (gambar)

Majlis memperkenalkan pemain pemain pasukan The Red Warrior musim 2011 di Kota Bharu dan Pelancaran Jersi Baru pada 7 jan 20011.

DSC00049Barisan pemain lama dan baru bersama ketua jurulatih B.Sathianathan

DSC00003antara muka muka baru dan lama

DSC00021 dengan penampilan jersi baru

DSC00031 gandingan yang lama dan baru dengan jersi baru

Thursday, January 6, 2011

Kelantan bakal beraksi sebelah petang

Pasukan Kelantan akan memulakan saingan liga super pada musim ini terpaksa beraksi pada sebelah siang di Stadium Sultan Muhammed IV.Ini kerana struktur lampu limpah yang gagal memenuhi syarat yang ditetapkan oleh FAM.
Stadium Sultan Muhammed IV

Selain pasukan Kelantan,enam lagi pasukan yang lain juga tidak dibenarkan dilangsungkan perlawanan pada sebelah malam iaitu T-Team, Johor FC,Harimau Muda A Perak,Sabah dan juga Terengganu.

Enam venue iaitu Stadium Sultan Muhammed IV,Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Stadium JCorp ,Stadium Perak ,Stadium MBPJ dan Stadium Likas didapati gagal mencapai tahap pencahayaan minimum 800 lux seperti yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Lihat sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...