Grab the widget 

Saturday, January 8, 2011

Cardiff bantu Kelantan jadi skuad terkuat

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan Kelantan (Kafa) akan bekerjasama dengan kelab bola sepak Inggeris, Cardiff City dalam semua aspek, termasuk pengurusan dalam usaha untuk membentuk sebuah pasukan yang kuat di negara ini.

Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa berkata, buat permulaan, pihaknya akan meminta bantuan pemilik kelab Inggeris itu, Datuk Chan Tien Ghee, yang juga rakyat Malaysia dalam mereka bentuk stadium baru.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, hubungan di antara skuad Red Warrior dengan pasukan yang berada ditangga kedua Divisyen 1 Inggeris itu adalah atas dasar persahabatan dan belum ada hubungan secara rasmi lagi.

"Banyak benda yang dapat kita pelajari daripada pasukan profesional ini dan berharap satu masa nanti, kita boleh menghantar pegawai serta pemain untuk menimba ilmu di Cardiff.

"Sekarang kita meminta pertolongan dari Cardiff untuk mereka bentuk stadium kerana mereka mempunyai stadium bola sepak yang cantik biarpun kecil," katanya selepas majlis memperkenalkan pemain Red Warriors 2011 dan pelancaran jersi pasukan itu di sini, semalam.Tien Ghee yang juga Pengerusi Cardiff City, melancarkan kad keahliran kelab tersebut.

Lebih 1,000 penyokong Red Warriors membanjiri pusat beli belah berkenaan untuk melihat pemain pasukan tersebut, serta trofi Piala Malaysia dan Piala Suzuki AFF yang dipamerkan.

Paling istimewa anak Tian Ghee, Nicholas Chan, 18, turut memperkuatkan skuad Kelantan musim depan dan dikatakan akan menjadi bintang baru bagi menggantikan bekas ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin yang berhijrah ke T-Team.

Skuad Red Wrriors juga akan membariskan lima muka baru iaitu K. Soley, Nurul Izwan Roya, Wan Rohaimi Wan Ismail, Daniel Fadly Abdullah dan bekas penyerang sensasi Red Warriors musim 2009, Khalid Jamlus.

Sementara itu, Tien Ghee membuat pengumuman mengejut apabila memberikan penajaan sebanyak RM100,000 kepada Kelantan dan berjanji akan membawa pegawai, pemain dan penyokong bertuah ke Cardiff untuk bertemu dengan penyerang sensasinya, Craig Bellamy.

Laporan dipetik dari utusan online

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...