Grab the widget 

Tuesday, January 25, 2011

FAM tetap hukum Sathia

DENDA sudah pun dibayar, rayuan juga sudah dibuat, namun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampak masih “terasa” dengan kritikan pedas dilontarkan oleh B Sathianathan, tahun lalu.

Semalam, Jawatankuasa Rayuan badan induk berkenaan mengekalkan hukuman gantung enam bulan ke atas jurulatih Kelantan yang harus menerbitkan segala rasa gelisah kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyahut cabaran musim Liga Malaysia tanpa seorang pengendali pada saat getir ini.

Sathia terpaksa ‘menyepi’ sehingga 23 Julai ini selepas hukuman itu berkuatkuasa, semalam. Juara baru Piala Malaysia itu menentang Selangor dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

“Saya serahkan kepada Tan Sri (Annuar Musa) untuk memutuskan kedudukan saya sebagai jurulatih,” kata Sathia yang sehingga kini masih menganggap dirinya sebagai jurulatih Kelantan selagi tidak diputuskan Presiden KAFA itu.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan itu juga tampil menafikan khabar angin yang bertiup kencang, semalam bahawa dia sudah meletak jawatan.

Sementara itu, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan menerima surat rasmi dari FAM berkenaan penggantungan itu semalam, tetapi turut menafikan khabar angin yang mengatakan Sathia meletak jawatan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...