Grab the widget 

Saturday, April 9, 2011

Kelantan Mengamuk,T-team Tunjuk Taring

Pasukan kelantan berpesta gol di stadium Sultan Muhamad keempat stelah menewaskan Felda United 6 gol tanpa balas sekaligus berjaya merampas takhta liga daripada Selangor Setelah Perak kecundang 1-2 kepada Sabah.

Keputusan jurulatih The Red Warriors yang merehatkan kapten Kelantan,Piya ternyata berbuah hasil hasil apabila meletakkan Danial Fazly bergandingan dengan Shakir Shaari dibahagian tengah berjaya menggerakkan jentera serangan untuk menghasilkan peluang gol.


Hasilnya Pasukan Kelantan menjadikan Felda United sebagai mangsa belasahan dengan kemenangan paling besar setakat ini 6-0.Shakir Shaari membuka jaringan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-43 disusuli jaringan Norshahrul Idlan Talaha hasil sepakan penalti dua minit sebelum berakhir babak pertama.


Pada babak separuh masa kedua pula,Kelantan mengeluarkan Norshahrul yang digantikan dengan Nizad Ayub.Nizad ternyata tidak mensia-siakan peluang yang diberi untuk beraksi apabila berjaya menyumbangkan dua gol untuk Kelantan masing-masing pada minit ke-62 & 73.


Gol kelima kelantan dihasilkan melalui sepakan percuma oleh Danial Fazly pada minit ke-84 dan pemain dari Skuad Presiden Mohd Izuan Salahuddin mencatatkan nama sebagai penjaring gol keenam untuk Kelantan pada minit-minit terkahir perlawanan.


Manakala di Stadium Shah Alam Selangor menjadi mangsa terbaru kepada T-Team selepas Kelantan dengan kekalahan 0-2 dan sekaligus Skuad Red Giants turun ketangga kedua liga. Selangor hanya sempat bertahan selama lima hari dipuncak liga dan dirampas kembali oleh Pasukan Kelantan.

Tuesday, April 5, 2011

Kelantan Diaibkan T-Team

Kelantan akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 4-3 kepada T-team dalam aksi liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah K.Trengganu sebentar tadi.Kekalahan ini juga merupakan kekalahan kedua untuk Kelantan setelah mengharungi sembilan pelawanan.

Gol gol pasukan T-team dijaringkan oleh dua bekas pemain Kelantan musim lalu iaitu Nor Farhan, Indraputra dan dua lagi dijaringkan oleh Zairo Anuar dan Haris Safwan.Walupun ketinggalan 0-3 pada awalnya,Pasukan Kelantan bangkit untuk mencari gol dan hasilnya Danial Fadly berjaya membuka jaringan untuk Kelantan.

Selang beberapa minit S.Chanturu menceriakan penyokong Kelantan dan sekali gus membuka peluang untuk Kelantan menyamakan kedudukan dengan gol kedua untuk pasukan Kelantan.

Keghairahan pemain Kelantan mencari gol penyamaan akhirnya menerima padah apabila pasukan T-Team sekali lagi menghukum barisan pertahanan Kelantan untuk menjarakkan kedudukan kepada 4-2.

Pada minit-minit terakhir pengadil menghadiahkan penalti kepada pasukan Kelantan apabila S.Chanturu dijatuhkan didalam kotak penalti dan Shakir Shaari tidak mensia siakan peluang yang kedua setelah sepakan pertama dibatalkan.

Namun kehebatan Pasukan T-Team untuk menyekat kemaraan pasukan Kelantan menyamakan kedudukan akhirnya berjaya sebaik saja wisel penamat dibunyikan.Buat pertama kali pintu gawang Kelantan dibolosi empat gol dan dengan kekalahan ini pasukan Kelantan turun ketangga ketiga dibelakang Selangor dan Perak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...