Grab the widget 

Tuesday, April 5, 2011

Kelantan Diaibkan T-Team

Kelantan akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 4-3 kepada T-team dalam aksi liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah K.Trengganu sebentar tadi.Kekalahan ini juga merupakan kekalahan kedua untuk Kelantan setelah mengharungi sembilan pelawanan.

Gol gol pasukan T-team dijaringkan oleh dua bekas pemain Kelantan musim lalu iaitu Nor Farhan, Indraputra dan dua lagi dijaringkan oleh Zairo Anuar dan Haris Safwan.Walupun ketinggalan 0-3 pada awalnya,Pasukan Kelantan bangkit untuk mencari gol dan hasilnya Danial Fadly berjaya membuka jaringan untuk Kelantan.

Selang beberapa minit S.Chanturu menceriakan penyokong Kelantan dan sekali gus membuka peluang untuk Kelantan menyamakan kedudukan dengan gol kedua untuk pasukan Kelantan.

Keghairahan pemain Kelantan mencari gol penyamaan akhirnya menerima padah apabila pasukan T-Team sekali lagi menghukum barisan pertahanan Kelantan untuk menjarakkan kedudukan kepada 4-2.

Pada minit-minit terakhir pengadil menghadiahkan penalti kepada pasukan Kelantan apabila S.Chanturu dijatuhkan didalam kotak penalti dan Shakir Shaari tidak mensia siakan peluang yang kedua setelah sepakan pertama dibatalkan.

Namun kehebatan Pasukan T-Team untuk menyekat kemaraan pasukan Kelantan menyamakan kedudukan akhirnya berjaya sebaik saja wisel penamat dibunyikan.Buat pertama kali pintu gawang Kelantan dibolosi empat gol dan dengan kekalahan ini pasukan Kelantan turun ketangga ketiga dibelakang Selangor dan Perak.

1 comments:

Cikli said...

adab bermain.
ada kalah, ada menang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...